Friday, October 17, 2014

Anugerah Syawal

Bismillah..

Lama betul menyepi tiba-tiba tajuk entri anugerah syawal, padahal syawal dah berlalu hampir 3 bulan T_T

Alhamdulillah, sehari sebelum 1 syawal hari tu, kami dapat berita gembira. Setelah penantian hampir 2 tahun, akhirnya Allah makbulkan doa kami untuk dikurniakan zuriat.

Perasaan pada masa tu tak tergambar dengan kata-kata. Dua-dua tak sangka yang check UPT kali ni jadi positif. Sebelum ni asyik negatif je, sampai kadang-kadang rasa nak putus asa. Tapi memang betul la orang cakap, bila kita dah betul-betul redha, rezeki tu akan datang pada kita.

Kali pertama double line keluar :)

Memang pada masa tu, lain sikit banding dengan bulan-bulan sebelumnya, tak begitu mengharap. Masa tu memang dah redha, kalau ada rezeki kami, ada la. Dan syukur Alhamdulillah, Allah kurniakan juga rezeki untuk kami jadi ibu dan bapa.

Sekarang usia kandungan dah masuk 19 minggu. Sekejap je dah nak 5 bulan. Dan syukur juga, setakat ni mistulip tak mengalami alahan yang teruk. Sekadar rasa penat dan mengantuk. Sekali dua je ada muntah, tu pun masa gosok gigi. Cumanya makan tak berapa lalu sikit, lebih-lebih lagi kalau nasi. Bila dah hujung-hujung tu rasa berat je nak habiskan. Nasib baik sihat je, bila pegi checkup tak ada masalah lagi setakat ni.

Antara usaha mistulip untuk mengandung:

1. Makan follic acid. Orqng cakap elok untuk persediaan awal rahim. Kalau yang baru nak kahwin tu, 3 bulan sebelum kahwin lagi dah digalakkan makan.

2. Consume vitamin shaklee, ambik set basic je. Kali pertama beli GLA complex untuk mistulip dan Zinc complex untuk husband. Lepas bulan pertama still period cycle tak stabil, mistulip tambah alfalfa. Makan hampir 5 bulan juga, baru lekat. Sebelum tu dah rasa nak give up sebab macam tak jadi pape pun. Hahaha.

3. Berurut dengan bidan kat kampung. Sempat 3 kali juga pegi megurut. Mengurut ni kena pegi masa tengah period. Hari pertama period je terus mistulip balik kampung sorang2 naik bas. Terpaksa sebab husband susah nak dapat cuti. Bidan pun ada bagi makan nenas yang dah dibacakan dengan ayat2 quran. Kena makan masa tengah period tu. Untk bersihkan rahim, bagi keluar semua darah2 lama yang degil tak nak keluar. Lepas tu dia pesan lepas je dah habis period amalkan minum air kelapa muda. Ni untuk lawaskan period yang next month.

4. Maklumkan pada mak ayah dan juga mertua. Biar diorang tau dan minta dorang doakan kita. Makin ramai orang doakan, insyaAllah diizinkan. Doa ibu bapa ni kan berkat, sama dengan doa wali-wali. InsyaAllah.

5. Teruskan berdoa. Mistulip buat juga solat sunat dhuha, minta dimurahkan rezeki. Solat hajat pun buat, minta sungguh2 dari Allah. Hanya Dia tempat kita bergantung harap. Kebetulan last period tu sebelum bulan puasa. So, sepanjang bulan puasa tu, lagi banyak buat solat dhuha n hajat, plus baca quran sume. Dan dengan berkat bulan ramadhan, doa kami dimakbulkan. Alhamdulillah.

10 minggu

Itu saja usaha yang mistulip lakukan. Moga dapat membantu pada siapa2 yang masih belum dikurniakan zuriat. Yang penting terus berusaha dan berdoa. Jangan putus asa.

Moga zuriat dalam kandungan ini dilindungi sehingga hari bersalin.  Lahir dengan sihat dan sempurna. Amin.

Wednesday, January 1, 2014

2013 yang bermakna

Assalamualaikum...

Selamat tahun baru 2014 semua!! berkurun tak update blog..hehe..cepat je masa berlalu sekarang kan?Rasa baru je jd isteri org hujung tahun 2012 ari tu..ni dah masuk 2014..so, apa pencapaian sepanjang tahun lepas?

For me, pencapaian yang paling membanggakan diri ni mesti la dah abes masters..wah, excited tau..setelah pelbagai dugaan dan cabaran, turun naik emosi, cukup 3 tahun setel submit tesis yang dah jilid..yeay!!!!


Tesis kesayanganku


Kan entri sebelum ni mistulip cite yang susah payah nak submit thesis untuk tunggu viva, akhirnya lepas 2 bulan manunggu, baru dapat email dari pejabat siswazah yang tarikh viva jatuh pada 13.11.13..cantik tarikh viva saya..hehe..

Kebetulan masa dapat email tu, mistulip kat kampung cuti deepavali masa tu..nasib baik diorang bagitau awal, ada dalam 2 minggu jugak la masa untuk mistulip balik dari kampung dan prepare slide semua..

So, 11 hb lagi mistulip dah gerak ke bangi dari jb. Tinggalkan suami tercinta..sobs..Kena pegi awal, takut ada pape ke kan..sampai sana dalam tngahari..dan esoknya, 12 hb tu just buat preparation..

Hari viva, rabu, 13 hb..perasaan punya la nervous..mistulip siap puasa hari tu..sebab mistulip mmg jenis yang kalau ada pape yang penting, memang tak lalu makan..so, baik la puasa. Viva start pukul 2.30 ptg, tapi pukul 2 mistulip dah kena pegi unatuk make sure slide sume ok kat projector.

Macam mana viva?Alhamdulillah dalam nervous2 tu, mistulip rasa puas hati dengan presentation dan jugak masa Q&A. sebabnya dapat jawab semua soalan, walaupun ada la jugak yang goreng..hahaha..dan kebetulan, external examiner tak dapat datang sebab demam hari tu..so, memang lega la..kalau tak mungkin banyak lagi kena tanya..

Dah abes Q&A session, jawatankuasa minta mistulip dan supervisor keluar dari bilik kejap, sebab diorang nak bincang result..dalam tak sampai 10 minit, masuk balik lepas dipanggil..dan syukur alhamdulillah lulus dan mistulip diberi masa sebulan untuk buat correction dan submit yang jilid. So, due date 13 Disember 2013.

Mula2 risau jugak, sempat ke tak. Correction memang la tak banyak, tapi urusan untuk submit tu banyak prosedur dia..pengesahan buat correction la, check format kat fakulti la, check format kat pps la, banyak pihak yang nak kena minta tandatangan sume..so nervous jugak..

Dengan esoknya, mistulip terpaksa balik jb semula sebab nak ambik tesis dari external. Kan dia tak datang, so tesis yang nak buat correction ada pada dia. Nasib baik dia tu lecturer dekat utm, skudai n dekat jugak la ngan umah mistulip. So, decide baik ambik by hand. Takut klu nak pos sume lambat.

Jumaat tu pegi utm ambik tesis. Dan hujung minggu tu buat sikit2 correction mana yang boleh buat. Hari selasa depannya pegi bangi balik. Sedaya upaya siapkan correction dalam minggu tu jugak..dan alhamdulillah ari jumaat tu dah submit correction dekat main sv dan juga internal examiner.

Minggu depanyya pulak, dah setel sume part correction, check format kat fakulti dulu. Hari tu hari rabu. Actually dah agak lambat, sebab appointment untuk check format dekat pps hari khamis. Semuanya sebab internal agak busy masa hari isnin dan selasa. Selasa petang baru dapat jumpa dia dan minta tandatangan.

Nasib baik check format esoknya di fakulti tak ambik masa yang lama. hantar pagi, lepas lunch hour tu dah siap. Dan semuanya ok, dah tak perlu correction. Jadi, cuma tunggu untuk check format dekat pps esoknya.

Appointment check format dekat pps pukul 2.30. Bawak satu salinan tesis dan mengadap pendaftar kat sana. Memang page by page dia check..hehe..dan sekali lagi alhamdulillah, tak banyak yang kena baiki..cuma ada satu table numbering tu salah. Pastu terus dapat kelulusan untuk jilid. Masa tu hati punya la berbunga-bunga.

Esoknya, hari jumaat pagi-pagi pegi lab, terus print satu copy tesis. Tengahari tu, pegi kedai fotostat depan komuter ukm, fotostat 9 copy, print colour sume dan tinggal tesis untuk jilid. Tauke cakap hari isnin boleh ambik.

Plan nak submit hari isnin tu jugak, tapi disebabkan ada sikit masalah, tandatangan ketua jabatan hari selasa baru dapat. Akhirnya, petang selasa 3.12.13, setel submit 5 copy tesis dekat fakulti, 2 copy tesis dan CD-ROM dekat pps. Syukur alhamdulillah..sedar tak sedar, tak sampai 3 minggu pun, mistulip dah submit. Punya la risau awal2 tu takut tak sempat..hehehe..

Jadinya, sekarang kiranya mistulip dah grad la..cuma tak rasmi je lagi..sebab konvo bulan oktober 2014..hahaha..lama gile nak tunggu..takpe la, asalkan semuanya dah setel.

Punye panjang cite..hahaha..jadi tahun 2013 memang sangat bermakna bagi mistulip. 2013 jugak dah setahun mistulip jadi isteri kepada suami tercinta. Alhamdulillah, kehidupan kami bersama buat kami lebih gembira..walaupun belum dikurniakan rezeki yang satu tu, syukur kami diberikan kesihatan dan kebahagiaan hidup berumah tangga..

Bagi mistulip, en.suami adalah segala-galanya. Dia lah kawan yang mendengar keluh-kesah isteri dia yang banyak songeh..hahaha..Dialah teman tempat mistulip meluahkan segala macam perasaan. Dia la tukang buat lawak, penghibur hati mistulip..Dia la pendamping yang memberikan kasih sayang yang secukupnya buat seorang isteri. Dia la pelindung yang selalu risaukan mistulip kalau mistulip seorang diri di bangi. Dan dia la suami yang membimbing msitulip dengan seadanya mengikut kemampuan dirinya. 


Insan kasayanganku

Tiba-tiba rasa sedih..huuuu...pape pun, alhamdulillah syukur pada-Mu ya Allah atas nikmat kasih sayang ini. Moga cinta ini terus subur hingga ke syurga. Moga tahun baru 2014 akan lebih baik berbanding yang sebelumnya dan kami terus dimurahkan rezeki dan berpeluang untuk menjadi ibu dan bapa. Amin..



mistulip: selamat tinggal 2013 yang mencatat pahit manis kenangan hidup...

Saturday, October 12, 2013

Masak memasak: Ketam bercili

Assalamualaikum...

Hari ni nak bagi resepi ketam bercili yang mistulip buat selasa lepas. Makan dengan nasi putih, telur dadar dan sayur kangkung kicap.



Bahan-bahan:

  • 2 ekor ketam
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili merah
  • 2 sudu makan cili giling
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Garam, kunyit dan gula
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis


Cara-cara:

  1. Potong ketam kepada dua, bersihkan dan lumurkan kunyit dan garam.
  2. Goreng sebentar dalam kuali, angkat dan toskan.
  3. Tumiskan cili giling hingga pecah minyak.
  4. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili merah yang dikisar bersama terlebih dahulu. Tumis sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan air mengikut banyak mana kuah yang diingini.
  6. Masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa.
  7. Masukkan ketam dan balik-balikkan sehingga masak.


Selamat mencuba! memang sedap..tapi setiap kali makan ketam, mesti sakit dada. alergic ke?