Thursday, December 30, 2010

Masak Memasak: Cornflakes Madu


Kali ni aku bagi resepi kegemaran kanak-kanak. Bukan setakat kanak-kanak, mak kanak-kanak pun confirm suka. Cornflakes madu ni aku buat masa raya hari tu. Senang dan simple sangat nak buatnya, adik aku yang darjah 5 pun boleh tolong sekali buat. Ok, resepi kat bawah ni:

Bahan-bahan:
  • 375 gm cornflakes (kotak besar)
  • 185 gm butter
  • 3/4 cawan gula
  • 7 sudu makan madu
Cara-cara:
  1. Campurkan butter dan gula di dalam kuali. Masak atas api perlahan hingga larut. Masukkan madu dan kacau hingga sebati.
  2. Masukkan cornflakes ke dalam adunan yang dah cair, aduk sampai rata.
  3. Masukkan dalam acuan kertas (paper cup) dan taburkan hiasan yang disukai. Bakar selama 10 minit pada suhu 180 C.
  4. Hiasan boleh guna kacang, chocolate rice, chocolate chip, manik warna warni dan macam-macam lagi. Tak nak letak pun boleh. Kurang cantik jela...
...google jugak..buat dulu tak ambik gambar pun

Dengan sukatan kat atas boleh hasilkan dalam 100-120 biji cornflakes madu. Kalau nak buat lagi banyak atau kurang, boleh nisbahkan sendiri sukatan tu. Makan benda ni depan tv memang tak sedar apa kot. Tengok-tengok kejap je tinggal separuh. Masa raya, kuih ni la yang paling laku. Sampai terpaksa buat untuk kali kedua lepas raya.

p/s: penah bagi kat si dia makan lepas raya hari tu, dia cakap manis sangat..hehe..memang la manis sebab madu campur gula..aku rasa ok je, maybe dah terbiasa makan manis sejak kecik, tak macam dia..jangan aku kena kencing manis sudah..huuuu...

Wednesday, December 29, 2010

Entri Kosong 2: Mood Jiwang


Hari ni hari yang tak bersemangat pada aku. Nak buat kerja, semua malas..Dah jadi macam ni, tiba-tiba teringat kat satu lagu dari Kangen Band..Mood jiwang datang dengan tak semena-mena...


~ Yakinlah Aku Menjemputmu ~

Teringat selalu wajah kekasihku

Saat ku menuai lalu

Coba engkau dengarkan

Ku tuaikan nada lirik lagu sederhana

Ku ceritakan kisah tentang kita


Peluklah tubuhku bila engkau rapuh

Saat kau mulai terjatuh

Aku datang menyelamatkanmu

Ini surga kita tiada yang menguasainya

Tempat kita bersandar dan bertahta


Tenang sayang, ku pasti akan datang

Yakinlah aku menjemputmu

Jangan menangis, hapus air matamu

Yakinlah ku tetap milikmu


Tenang sayang, ku tepati janjiku

Karna kau wanita terhebat

Peluk tubuhku, matilah di pelukanku

Biar seluruh jagad raya tahu


Tenang sayang, ku sambut engkau datang

Ku yakin engkau menjemputku

Jangan menangis, hapus air matamu

Yakinkan ku tetap milikmu


Tenang sayang, ku pasti akan datang
Yakinlah aku menjemputmu

Jangan menangis, hapus air matamu

Yakinlah ku tetap milikmu

Tenang sayang, ku tepati janjiku
Karna kau wanita terhebat

Peluk tubuhku, matilah di pelukanku

Biar seluruh jagad raya tahu


Tenang sayang, ku sambut engkau datang

Ku yakin engkau menjemputku

Peluk tubuhku, matilah di pelukanku

Biar seluruh jagad raya tahu
Kau milikku


p/s: waaaa..sedih pulak rasa..mood buat kerja sila la datang kepada saya..poor me..

Tuesday, December 28, 2010

Masak Memasak: Singgang Ikan Aya


Assalamualaikum...


Untuk resepi yang pertama, aku pilih singgang ikan aya (ikan tongkol). Kenapa pilih singgang? Sebab ni masakan favourite kat rumah aku kot. Dalam seminggu 3 4 kali mak aku masak lauk ni. Semua pun suka makan ni..lebih-lebih lagi makan dengan budu..hehe..Ok, resepinya kat bawah ni..


Bahan-bahan:
Seekor ikan aya (ikan tongkol)
bawang merah 1 ulas(dihiris)
bawang putih 4 ulas(dihiris)
1 inci lengkuas (dihiris)
1/2 inci kunyit hidup (dihiris)
asam keping
cili api 3 biji
air
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

Rebus ikan, lengkuas, bawang merah, bawang putih, asam keping, cili api, dan kunyit di dalam air. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tunggu sehingga ikan masak dan hidangkan.

...dari google..aku duk asrama, tak boleh nak masak lagi

p/s: sangat simple..siapa yang suka letak aji, boleh juga letak. siapa yang tak nak letak gula, boleh abaikan (aku orang besut, memang letak gula..huhu..) Kunyit hidup ganti dengan serbuk kunyit pun boleh. Ganti dengan ikan lain pun boleh, tapi ikan aya la yang paling sedap rasanya.

Friday, December 24, 2010

Bad Habit 2: Dehydration


"Dehydration means your body does not have as much water and fluids as it should. Dehydration can be caused by losing too much fluid, not drinking enough water or fluids, or both".


Aku manusia yang sangat kurang minum air. Tapi tak ada la sampai pernah jadi dehydration sampai pitam ke apa. Tajuk entri tu saje je, nak over sikit. Hyperbola..Walau camne pun symptom dehydration tu tetap ada. Memang sangat maklum yang air tu penting untuk tubuh badan, tapi aku tetap degil untuk minum air banyak-banyak. Habit sejak kecil memang sukar nak ditinggalkan.

Kalau nak tahu, 1 botol air mineral yang 500 ml pun aku susah nak habiskan. Lagi teruk, bila makan kat luar, punya la berlagak order air yang sedap-sedap. Jus tembikai la, jus epal la. Tapi separuh gelas pun tak mampu nak habiskan. Mintak air suam, baru la InsyaAllah aku boleh habiskan. Ni kira salah satu lagi perangai buruk membazir.

Sebab tak minum air ni, kulit aku jadi kering. Yang paling kering mesti la bibir. Bibir kering ni dah sebati dengan diri aku selama lebih kurang 20 tahun kot. Sejak kecik lagi dah jadi camni. Hasilnya, satu lagi perangai buruk. Geram nak kutis-kutis (betul ke istilah ni?) bibir tu bila kering. Kadang-kadang perangai ni terjadi tanpa sedar. Sampai berdarah-darah pun ada. Dah macam-macam aku pakai. Dari lip balm, vaseline sampai la ke johnson baby oil, semuanya sia-sia.


sangat takut kalau jadi macam ni..

Sebenarnya, benda ni terjadi pun sebab aku memang tak cukup vitamin. Sangat degil untuk makan sayur. Sayur yang terpilih saja aku boleh makan, tapi tu pun bukan jadi makanan favourite. Memang patut kan jadi macam ni pada aku. Tapi tetap tak nak makan sayur. Sikit-sikit boleh la. So, bila makan sayur ni memang aku tak mampu nak amalkan, aku tetap kena banyakkan minum air.

Sekarang ni bibir dah kurang kering, perangai buruk kutis bibir pun dah kurang sikit. Sebabnya, aku dah perlahan-lahan cuba bersenam dan jogging. Bila dah senam ni, memang automatik akan haus dan aku akan minum air dengan banyaknya..yeay!! Harap-harap perangai kurang minum air yang menyebabkan kulit kering dan menjadikan aku ni seorang yang membazir akan hilang tak lama lagi. Boleh tak jadikan ni azam tahun baru?

Berapa banyak air yang korang perlukan dalam satu hari? Nak tahu sila ke website ni.


p/s: aku perlu minum 1.8 L air sehari. tak banyak pun sebenarnya, tapi untuk orang degil macam aku ni, agak susah nak capai matlamat tu..moga anda semua tak ada habit kurang minum air macam aku ni. nanti sangat susah nak ubah...

Lelaki & Perempuan Berbeza


“When a man opens a car door for his wife, it's either a new car or a new wife.”

Aku jumpa quote ni masa tengah bosan-bosan surfing..sekali baca macam kelakar je. Bila difikirkan, memang ada banyak kes yang macam ni berlaku di sekeliling kita..Especially orang melayu la..Tapi bukan la kes buka pintu kereta saja, banyak lagi contoh lain.

Sebenarnya, kes gaduh, poligami, cerai-berai semua ni bagi aku sebab masing-masing tak bertolak ansur. Si suami cakap lain, si isteri cakap lain. Si isteri cakap lain, si suami plak cakap lain. Salah faham berlaku, pastu masing-masing plak ada ego, tak nak mengalah..last-last gaduh memanjang, sampai persefahaman pun dah tak ada. Sebabnya yang utama lelaki dan perempuan ni cara pemikiran dan cara bertindaknya berbeza. Macam kat bawah ni:


(L) Mempunyai ego tersendiri yg menyebabkan sukar menerima pertolongan org lain dan pandangan org lain terutama sekali pasangannya.
(P) Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan org lain lebih2 lagi dgn org yg dicintainya.


(L) Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.

(P) Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yg tidak berbelah bagi.


(L) Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yg berlaku didepan mata.

(P) Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya org yg disayangi.


(L) Suka menyendiri dan menjauhkan diri apabila berada dlm keadaan tertekan.

(P) Suka bercerita kpd org lain tentang masalah yg sedang dihadapi dgn harapan mendapat simpati.


(L) Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.

(P) Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yg lambat reda.


(L) Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yg mempunyai kuasa.

(P) Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.


(L) Bersikap pemurah atau boros.

(P) Bersifat kedekut atau berjimat.


(L) Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.

(P) Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.


(L) Tidak fokus kepada sesuatu perkara

(P) Fokus kepada sesuatu perkara.


(L) Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.

(P) Cinta sepenuh hati dan setia pd yg satu.


(L) Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat

(P) Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.


(L) Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat

(P) Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.


(L) Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.

(P) Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan


(L) Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.

(P) Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.


(L) Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.

(P) Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.


(L) Tidak suka bercakap tentang pasangannya

(P) Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya


(L) Agak keberatan meminta maaf

(P) Lebih mudah meminta maaf


(L) Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran

(P) Risau apabila menghadapi kesukaran


(L) Suka MEMBUAT keputusan

(P) Suka MENGIKUT keputusan


(L) Terasa selesa berjauhan dgn keluarga

(P) Suka bersama keluarga


...man vs woman

Banyak kan perbezaan lelaki dan perempuan. Dalam banyak-banyak tu ada jugak yag aku tak setuju, tapi ada jugak benarnya. Ada kajian yang telah dijalankan ada 10 perbezaan otak lelaki dan perempuan yang menyebabkan cara berfikir tu berbeza. Nak tahu lebih lanjut silalah ke website ni.

Jadi, setiap pasangan kena la kenal pasti setiap perbezaan tu, cuba untuk memahami kenapa pasangan anda berfikir dan bertindak berbeza daripada cara anda. Bila persefahaman tu wujud, boleh la nak bertolak ansur. Kalau gaduh pun, InsyaAllah boleh diselesaikan. Kes cerai pun boleh dikurangkan. Tak macam sekarang, bilangan kes cerai lagi banyak dari bilangan orang kahwin. Moga-moga semua ni tak berlaku dalam keluarga aku dan juga pada diri aku sendiri pada masa akan datang..

Masak Memasak


Siapa yang tahu masak, sila angkat tangan!


Semua orang tahu masak kan. Budak sekolah rendah pun tahu masak. Cuma yang pandai masak tu yang susah. Aku tahu masak, tapi nak cakap pandai tak tahu boleh ke tak. Sebabnya, nak jamin sedap dan buat semua orang puas hati tak berani lagi. Selera orang kan lain-lain. Nanti aku cakap sedap, orang lain cakap tak sedap jadi syok sendiri plak kan..


Oleh itu, aku dengan semangatnya nak tambah ilmu memasak ni. Yela, nanti akan ada family sendiri, malu la masak tak sedap. Harapkan rupa je jadi. Paling penting malu kat keluarga belah mentua kot..huhu..Nanti aku akan buat entri pasal resipi-resipi terpilih. Kalau nanti nak masak, tak berapa yakin dengan resepi, aku refer kat blog je..hehe..



...google

Lepas ni InsyaAllah banyak resepi akan menyusul. Kali ni just entri pendek untuk mukadimah kepada niat suci aku kearah usaha untuk jadi perempuan yang pro dalam ilmu rumah tangga..hoho..serius je ayat..


Best kan kalau aku pandai buat kek yang macam
ni...

p/s: pernah masak makaroni bakar dengan cheese. bagi aku sedap. adik aku pun cakap sedap. tapi ma aku tak boleh terima sebab tak biasa dengan makanan pelik-pelik camtu. teringin plak nak makan..huhu..

Monday, December 20, 2010

Entri Kosong 1: Student Again


Buah cempedak di luar pagar

Ambil galah tolok jolokkan

Saya budak baru sambung belajar

Kalau salah tolong ajarkan


Berpantun pulak aku kali ni..huhu..saje je nak bagitau yang hari ni aku dah jadi student lagi..P58271..officially registered..best ke no matrik baru ni?tak best kan?tapi ok la, senang jugak nak ingat..


Dah jadi student balik ni banyak pulak benda yang kena ingat. Password smpweb baru, email dan password fakulti pun ada..Alaa yang macam email lecturer tu..macam ni: _____@eng.ukm.my. Tapi macam tak best pun ada email banyak-banyak ni..Aku lebih suka tumpu pada 1 je sebab senang..Nanti kena check banyak-banyak aku jugak yang pening..huh..Tapi tak pe la, buat jela kan..asalkan ada...


Dah jadi student balik ni aku kena lagi semangat buat kerja. Nanti mesti kena banyak jumpa sv dan kena selalu hantar progress report..Kena selalu present jugak. Kena rajin buat lab yang paling penting..Jadi, diri sendiri, silalah RAJIN ye..


Sebenarnya tak ada apa yang nak diceritakan. Just nak catatkan dalam blog hari ni sebagai hari aku mula jadi seorang pelajar untuk kali ke-6..Eh, 6 ke? Betul la, tadika pertama, sekolah rendah ke-2, sekolah menengah ke-3, matrikulasi ke-4, bachelor degree ke-5, jadi untuk MSc ni ke-6 la kan..dah banyak kali rupanya aku bergraduasi dan sambung belajar..hehe..Tapi, akan ada ke yang ke-7? Kita tunggu dan lihat..


Ok la, tak nak membebel dah...Harapan untuk diri sendiri, moga-moga hari yang mendatang dapat ditempuhi dengan penuh semangat dan iltizam..tabah hadapi segala cabaran dan dugaan..Amin..

p/s: alang-alang entri kali ni cerita yang agak bosan, so tak perlu la ada gambar pape...biar jadi lagi bosan bila baca..haha..aku dah sewel..

Friday, December 17, 2010

Sharing Is Caring 2: Gajet Syaitan


Assalamualaikum...


Kali ni kongsi satu lagi nukilan dari en. yakuza. Dia cakap semua yang ditulis datang dari hatinya sendiri yang dah lama tak tenang melihatkan budaya hiburan di televisyen. Moga-moga dapat memberi kesedaran kepada semua dan juga peringatan kepada diri sendiri. Selamat bermuhasabah diri...

GAJET SYAITAN = TV, yg korang confirm hari2 wajib tengok


GAJET SYAITAN --> JAUHKAN LAH DARI KEHIDUPAN SEORANG ISLAM SEBENAR--

Setiap rumah wajib ada satu, btol laa, kata para sahabat dalam rumah umat akan dtg ader tuhan sendiri masing-masing, yang umat Islam sangat setia, terikut-ikut, lupa tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah, spend masa mengadap benda ni setiap hari. Lepas breakfast tgk sekejap, sambil rehat tengok sekejap, lepas makan malam tengok sekejap, kongsi masa dengan famili sambil tengok jgak. btol tak? Gajet syaitan ni 3 jam pun xde masalah laa xyah makan minum or take any break laa..bleh stay tanpa rasa kebas mana2 anggota badan pun..korang sangat setia dengan gajet syaitan ini. Satu hari 5 kali yang xsampai 5 min pun korang dah malas giler.. Siapa TUHAN KORANG SEBENARNYA?



...devil tv

Semua yg dalam tu memaparkan jauh giler dengan Islam, bkn
?

- Mesti menghabiskan masa dengan melihat mainan syaitan, drama2, filem2, cerita yang membuatkn korang takkan ingat tuhan. Kalu korang ingat pun korang mesti cakap sebelum nak sembahyang "tunggu cerita ini habis dahulu" = sebiji tahi syaitan korang dah telan!!, kerana melambatkan sembahyang dan mungkin sampai lupa..dan ade juga langsung xingat perlu ke sembahyang?? ni dah tahap giler.

- kebanyakan dalam tuu adalah WANITA. Anak buah aku menyatakan adalah tidak wajib pakai tudung kerana dalam TV ramai tidak pakai tudung, so logically tudung adalah tidak penting! she just follow the majority..same thing goes to you, right?

- sebelum korang minum or makan, KORANG WAJIB BERJOGET-JOGET ATAU MENYANYI.. semua iklan mengajar cara itu! dan itu yg korang kena ikut! sebelum nak makan kita nyanyi dulu sambil berjoget. semua perkara mesti berjoget seperti cacing ke, siamang ke katak berjoget ke..DOA & BACE BISMILLAH?? Ade ajar ke dalam TV tuu..off cos takkan dah nama GAJET SYAITAN mestilah xde.. Negara Islam ek Malaysia nie??

- perlawanan bola siaran langsung adalah waktu pagi semasa korang tido, so macam mn??? " aku tido awal laaa malam nie nak tengok bola laa" " wei, ko kejut aku nanti..kita tengok sama-sama"."klu ko kejut bangun tido..ko roger2 r aku skali yer"...TAIK SYAITAN PUNYER DIALOG, subuh nak bangun bagi alasan seribu! tido lewat laaa, kawan tidak kejut subuh laa, letih la macam-macam, tapi bila bola? sumer jadi takde masalah..just roger je.. usahkan nak qiamullai kan??


- punggung perempuan adalah untuk tatapan UMUM, dulu iklan ini budak kecik tidak tahu untuk ape..tapi sekarang budak tadika sudah tahu, iklan tisu itu adalah masa untuk melihat punggung perempuan dengan tanpa sekatan atau kesalahan..malah dipupuk dari dalam rumah lagi! so budak perempuan atau anak-anak korang jgn malu untuk menunjukkan punggung korang kerana itu diajar dalam TV..dari umah korang jugak. siapa berani bantah? dalam TV itu tak salah pun? boleh je tayang? budak lelaki darjah 1 maybe sudah ada syahwat awal...



...google

Gajet syaitan adalah tuan korang yg wajib korang ikut..kerana setiap hari brape jam korang akan tengok..satu hari 24 jam..maybe 4 jam maksimum adalah yg Islamik, yang selebihnyer adalah wayang syaitan..1 minggu brape jam? satu hari brape lama korang ingat tuhan???hiburan dalam Islam, ibarat garam dalam masakan, perlu hanya secukup rasa... tapi korang sudah terbalikkan.. Islam itu hanyalah garam untuk secukup rasa dalam kehidupan korang?


Sudah brape tahun korang jadi hamba syaitan, mengadap hari2????

p/s: Teringat pada cikgu sejarah aku masa form 4 dan form 5, rumah dia tak ada tv pun. Bila dah tv pun tak ada, aku assume internet pun tak ada la kan..Kalau anak-anak dia tak terdedah ngan cerita dan pengaruh dari kawan-kawan, aku agak mesti dorang tak kenal siapa yuna, siapa wonder girls, siapa shahir AF8 dan siapa megan fox..Bagi aku, semuanya atas keimanan masing-masing. Yang dah besar kira ok la, dah boleh fikir sendiri. Cuma nak ke tak nak je elak dari semua ni..Yang budak-budak kecik ni la yang kita patut risau. Sebabnya, walau tv tak ada, internet tak ada kat rumah..banyak cara lagi pengaruh hiburan boleh menular dalam pemikiran masyarakat kita. Tu belum masuk lagi majalah mangga..huhu..still ada lagi ke majalah ni ek?


Artikel ini turut di post di blog
http://hady-83.blogspot.com/

3 Lelaki


Assalamualaikum...


Semalam aku ke ulu yam naik kereta proton exora bersama 3 orang lelaki. Aku ke sana untuk mengambil sampel kesum bagi menjalankan ujikaji di makmal teknologi pemisahan, jabatan kejuruteraan kimia. Kenapa perlu ambil kesum hingga ke ulu yam? Wahhh, macam ayat karangan budak sekolah plak kan..biar la, skema sekali sekala. Tapi penulisan aku sebelum ni pun skema jugak kan..huhu..



...google

Sebenarnya, test-test yang aku nak jalankan sepanjang buat research ni cuma sesuai ngan sampel kesum ulu yam. Tak main la kesum beli kat pasar dan yang tanam kat tepi rumah. Memang manja betul, nak yang jauh-jauh. Kesian aku terpaksa menghadapi 3 lelaki disebabkan kesum.


Aduss, kenapa la aku perlu berada di dalam situasi tersebut..Perkataan ulu yam dan exora tu macam dah best, sebab nampak la macam aku jalan-jalan naik kereta buatan malaysia. Tapi perkataan 3 orang lelaki tu memang buat aku pening kepala. 1 hari sebelum tu aku dah risau fikir macam mana keadaan aku sepanjang perjalanan nanti bersama 3 orang lelaki tersebut..Driver exora aku tak kisah sangat, sebab dia pegawai sains inbiosis (institut biologi sistem) yang memang aku deal pasal sampel, memang dah kenal setahun dah. 2 orang lagi tu siapa?


Mula-mula gerak tu, teramat la janggal situasinya. Mesti la aku duk kat depan. Tapi bila kat depan terasa lagi janggal kot...huhu, aku rimas. Tak mampu nak bersuara. Aku sangat tak pandai nak menghadapi situasi macam ni..Aku pemalu satu. Satu lagi, ingat tak bahaya ke aku perempuan sorang-sorang sampai ke ulu yam dengan 3 orang lelaki. Bahaya la wei, kalau tak en. yakuza tak ada la turut pening kepala..


Bukannya aku nak cakap 3 orang lelaki tu ada niat jahat ke apa, tapi aku rasa aku patut ada perasaan insecure. Betul tak? Nasib baik aku ada penyembur lada..Sepanjang perjalanan cuma mampu dengar je perbualan 3 orang lelaki tersebut. Dari cerita pasal politik tempat kerja, hobi memancing di segala ceruk sungai, tasik dan laut, cerita pasal dna tumbuhan yang aku tak berapa faham, hobi tunggang superbike, hobi main gitar hinggalah ke cerita politik negara. Aku cuma boleh senyum sekali sekala. Bercakap hanya bila ditanya. Sungguh seksa perjalanan itu.


Sampai-sampai di ulu yam, rupa-rupanya aku cuma jadi pemerhati dan tukang ambil gambar masa sampling. Kalau macam ni aku tak perlu ikut pun tak apa. Punya la ingat aku pun kena masuk sekali dalam paya ambik daun kesum. Siap semangat bawak kasut lagi sebab pengalaman setahun lepas masa undergrad, aku sendiri yang buat sampling. Aku dah macam sakit hati, kenapa nak aku pergi jugak?



korang nampak tak kesum?semak je kan..

Setibanya di UKM (Alhamdulillah tak ada pape yang berlaku), still sampel kesum aku cuma boleh dapat keesokannya sebab dorang nak asingkan dulu. Nampak sangat la macam tak guna pun aku ke sana. Kan lebih baik dorang tolong ambilkan dan aku ambil dari dorang esoknya (means hari ni la).

Satu perjalanan yang agak tak bermakna bagi aku rasanya, tapi sebenarnya ada juga yang baiknya. Aku tak perlu la masuk lab yang bosan tu semalam. Bukan ponteng tau, sebab ni urusan kerja dan sv aku tau aku pergi ulu yam tu. Sebenarnya nak cerita yang tu je. 1 hari tak masuk lab memang NIKMAT..hehehe..


p/s: oh lupa nak bagitau. 2 orang lelaki yang lain tu RA kat inbiosis. Umur 22 tahun. Cehh, mati-mati aku ingat semua lagi tua dari aku. Muka masing-masing dah otai semacam, tapi muda setahun dari aku rupanya. Tapi mungkin juga aku awet muda. Macam pakcik aku penah cakap, aku macam budak sekolah form 5...hohoho..percaya atau tidak?

Wednesday, December 15, 2010

Sharing Is Caring 1: Duit atau Tuhan?


A: klu nk share article yang post kat syok dlm blog ni blh ke?

D: blh...
D: tpi tak aunthentic la blog tu..
D: nnti xpe ke?


A: blog ni kan bebas..

A: mcm2 ada..

A: hehe..


D: bkn itu mksd sy..

D: blog bebas awk hnya nukilan dr awk..


A: bkn hsl tulisan sndiri ek..


D: yupp


A: xla..

A: xniat nk tulis sume cmtu..

A: selang2 jgk nk share yg org punye..

A: tp lbh bnyk yg tulis sndiri la..


D: ikut laa..tp btter bg idea sendri jgak lg baik..


A: a'ah..

A: nanti tmbh la pndpt sendiri jgk..


D: yup

D: ok..


A: ok..


Lepas dia ym aku suruh baca artikel yang die post kat syok.org, aku terus terfikir aku patut kongsi pendapat penulis lain dalam blog aku ni jugak. Bukan sekadar cerita pasal diri sendiri tapi patut juga bagi panduan dan kesedaran pada pembaca. Perkongsian ilmu. Aku terus ym dia balik minta kebenaran. Mana boleh main ambik copy paste orang lain punya kan? Nak tulis sendiri aku tak pandai sangat, nanti tak terkesan di hati pembaca. So, kat bawah ni hasil nukilan dari dia. Selamat bermuhasabah diri...

DUIT ATAU TUHAN?


Duit lebih penting daripada pahala! dalam erti kata lain duit lebih penting daripada taat kepada Tuhan!!!

Aku harap ader yang brani komen dengan sejujurnya!! mana lebih penting daripada Duit dan Tuhan.


Contohnya permulaan hidup kita, bangun SUBUH..perghhh malas gilerr, dah bangun tapi nak tambah extra time 5min sambung tido! pahtuu masuk extra time lg...sudden death...then DEATH.. subuh hilang entah ke manaa.. bangun-bangun tanpa rasa bersalah (sangat bahaya ni..means iman sudah tiada)----- tapi bila bangun mau pergi kerja tengok jam dah lewat sikit bukan main berlari-berlari masuk tandas mandi! time subuh takde pulak tengok jam lewat terus berlari-lari amik WUDUK...betol kan?

Punch card punyer taknak kasi merah...takut duit gaji kena potong 50sen..cisss taik la korang! pahala subuh-subuh pun xde plak ko rasa nak berkira macam tuu...terang lagi pahala tu lebih besar dari gaji ko seumur hidup

Tiba sahaja bab makan! gaji dah masuk kan..awal bulan ni mesti nak makan bes-bes nie..paling kurang pun lamb chop laa 3malam berturut-turut.. tapi takde pulak korang pikir awal bulan nie nak SEDEKAH banyak mana yer dekat anak yatim, surau, masjid, peminta sedekah tepi jalan tuu.. korang tau pertolongan korang yang sedikti membuat seseorang tu bahagia kerana beban yg tertimpa padanya rasa sudah diringan kan,contoh paling mudah cerita keluang man laa(xtau cerita nie seyesss bukan rakyat malaysia).


Pernah tak kita menolong orang dengan ikhlas membuat kita rasa TENANG!..xpernah?? maknanya-ko mati xde aku kesah pun

Setiap hari manusia sibuk pikir nak beli iphone, blueberry, upgrade pc, shopping, modified kereta, kasut baru n macam2 laaa..tapi serius jarang sekali pikir nak beli kopiah baru, telekung baru, sejadah baru...pasal aku dah tengok nazak sangat la korang punyer..bau haprak tuu xtahan sangat.. yg lelaki tunggu hari jumaat jer baru cari benda2 tuu... butang baju melayu xde pun xperlaaa..INI MAU MENGADAP TUHAN!! ...aduss kereta calar sikit bukan main mengamuk padahal anak sendiri yang buat. Yang mana sepatutnya penting nieeeeee???


Korang nampak dah kan, penangan DUIT adalah segalanya..



...google

p/s: Aku pun tak lari dari semua ni..Berangan nak hp baru, kamera baru, semua benda baru..padahal duit yang ada tak seberapa. Telekung baru? Memang ada beli yang baru, tapi setelah berapa lama guna yang lama. Agak dah nampak lusuh,baru terfikir nak beli yang baru. Orang sekarang ikutkan trend. Kuar blackberry, beli blackberry. Baru 2 minggu beli, kuar iPhone terus menggelebah cari orang nak jual blackberry tu sebab nak beli iPhone lak..memang duniawi..teringat pada seorang lecturer, supervisor kepada room mate aku, dah dapat pangkat Prof. Madya tapi masih guna kereta iswara yang dia guna masa belajar dulu. Semua orang tanya bila nak tukar kereta, tapi dia jawab tak penting tu semua. Agak-agak aku nanti boleh ke jadi macam dia?

Artikel ni turut di post di blog
http://hady-83.blogspot.com

Tuesday, December 14, 2010

Bad Habit 1: Shopping Itu Best!


Bad habit atau perangai bur
uk ni, pasti ada pada setiap manusia. Semua orang tak sempurna. Setiap kelebihan pasti ada kekurangan dan sebaliknya.. Kalau orang tu cantik, tak semestinya dia pembersih. Kalau orang tu rajin, tak semestinya dia suka tolong orang. Kalau orang tu kasar, tak semestinya dia kurang ajar dan jahat. Sebab tu ada idiom, don't judge a book by its cover.

Macam bad habit aku kali ni. Memang boleh buat suami aku akan datang lingkup. Sangat bahaya perangai buruk gila shopping ni. Benda tak sepatutnya pun pegi beli.

Teringat masa sekolah, suka gila beli pembalut hadiah. Konon cantik la kan..konon nak buat macam hobi la kan...aku pegi usung pembalut hadiah yang banyak2 tu dari terengganu ke matrik melaka, pastu ke ukm. 4 tahun jugak kerja mengusung tu berterusan setiap kali pindah bilik di kolej za'ba. Konon nak buang sayang, takut nanti sampai masa nak guna. Tapi setiap kali nak bagi hadiah kat sape-sape, aku bantai beli yang baru jugak. Akhirnya? Pembalut semua tu still tersadai dalam bilik. Kalau dikira, dah 7 ke 8 tahun dah aku simpan pembalut tu. Agak-agak kalau aku simpan sampai ke tua boleh jadi barang antik hantar ke muzium tak?hehehe..

Baju baru...
Seluar baru...
Tudung baru...
Lip balm baru...
Krim muka baru..
Kasut/sandal baru...
Pelembap muka baru..
Set penjagaan rambut Loreal...

Kenapa semua list yang aku nak makin panjang?macam tangga dah aku tengok..Kalau ikutkan banyak lagi nak masuk list..Bila la aku akan dapat yang anak tangga paling bawah tu..paling bawah dan paling panjang means paling mahal..Duit gaji yang dapat kena simpan untuk beli harta sendiri tak lama lagi..kalau tak macam mana aku nak datang lab bila duk umah sewa nanti. Takkan nak menumpang orang sampai bila-bila...

Memang betul perempuan dikurniakan 1 akal dan 9 nafsu kalau tengok pada list kat atas tu..nafsu shopping yang tak dapat ditahan-tahan walaupun purse tak setebal mana. Kenapa ye perempuan kebanyakannya macam aku ni? Gila shopping. Semua benda nak.


...google

Ikut pengalaman aku yang tak seberapa dengan kaum lelaki ni, aku tengok dorang tak ada la macam kaum perempuan. Still boleh tahan daripada beli something yang tak diperlukan sangat. Macam aku ni, baju seluar tudung semua tu kalau ikutkan dah banyak. penuh almari dan boleh rotate sebulan sekali, tapi bila tengok baju yang cantik-cantik kat kedai mula la jadi tak keruan.

Kalau tak dapat mula la sampai termimpi-mimpi..last-last pegi beli jugak walaupun hujung bulan ada 2 minggu lagi. Dah sampai penghujung bulan, mula menyesal sebab bajet saving lari...huhuhu.. sangat teruk..ni la salah satu aku punya bad habit..tak pandai berjimat..macam mana nak buat ye? Moga-moga aku dapat menahan diri dari berbelanja berlebihan. Kalau tak, macam mana nak kahwin (statement gatal sikit) kan? Ok, itu saja nak membebel..

p/s: sesungguhnya membazir itu amalan syaitan.

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."

[Surah al-Israa : 27]

Monday, December 13, 2010

Why Blogging?


Kenapa semua orang nak ada blog?Kenapa budak sekolah pun ada blog?Kenapa orang tua pun ada blog?Kenapa kawan-kawan aku ramai yang ada blog?Kenapa aku pun gatal tangan nak ada blog?Ada apa dengan blog?


Oh, kenapa begitu banyak persoalan kenapa dalam entry kali ni? Kenapa? Kenapa? Why? Ok dah, kita stop melalut.


Sebenarnya entry kali cuma nak cerita pasal sebab-sebab kenapa aku buat blog. Semua orang ada sebab yang tersendiri buat blog ni. Ada yang nak tambah kenalan sambil kongsi pendapat, ada yang jadikan blog sebagai tempat luahan perasaan, ada yang buat blog sebagai tempat nak bergosip, tempat untuk tambah pendapatan juga mungkin dengan adanya blog. Sekarang dah banyak produk jual online via blog kan?



...google...

Tapi kenapa aku buat blog?Kenapa lagi..hehehe..Aku suka baca blog orang lain. Ni sebab pertama yang buat aku rasa nak ada blog jugak. Baca punya baca, mesti la teringin nak ada blog jugak. Aku rasa bukan aku sorang je ada perasaan macam tu. Sorang hamba Allah cakap kat aku.

"Bila nak buat blog sendiri?Takkan baca orang lain punye je. Cuba la tulis lak"

"Tak tahu lagi, akan datang insyaAllah buat. Belum ada keyakinan nak tulis. Ada ke orang nak baca blog membebel nanti"

Tu jawapan aku pada dia. Lepas tu aku fikir, tak kisah la aku membebel ke apa, orang nak baca ke tak sepatutnya tak perlu jadi masalah. Asalkan aku tulis ikut kata hati aku, ikhlas dari hati aku. So, dorongan dari hamba Allah ni jadi sebab kedua aku buat blog.

Aku suka sangat baca novel. This is my third reason. Sejak sekolah aku berangan nak tulis novel sendiri. Disebabkan bakat yang tak seberapa, memang rasanya possibility aku nak jadi penulis novel tu cuma 0.1%. Memang tak ada bakat la. Ayat pun macam karangan SPM je, ada hati nak tulis novel.

Tapi tak pe la kan, semua orang berhak ada cita-cita walaupun tak semestinya tercapai. Sebab tu la, aku buat blog ni. Kiranya boleh juga aku latih diri ni menulis. Aku pun syok sendiri jugak buat cerita pendek Balik Kampung. Siap ada sambungan lagi (tak tahu bila nak tulis sambungan ni).. Bajet ada orang nak baca.hehe..

But nevermind..selagi ada yang nak diceritakan, tulis je..tak kisah la sekadar suka2 ke untuk kongsi info ataupun untuk pengajaran pada orang lain. Tulis jangan tak tulis..Yang paling penting, dengan menulis kat blog dan baca blog orang lain, aku boleh luaskan pemikiran aku.

Sebabnya, tak semua yang berlaku di depan mata kita, tak semua yang kita nampak dan tak semua yang kita dengar, itulah yang sebenar-benarnya. Kadang-kadang ada makna yang tersirat di sebalik apa yang berlaku. Kita yang perlu bijak menilainya. Harap-harap dengan menulis kat blog ni buat aku lebih matang. Amin...


...google...

p/s: sebenarnya blog ni wujud sejak mac 2010 lagi, tapi officially active on 24 November 2010. kiranya, ni tarikh hari lahir blog aku la kan?

Saya Memang Sihat!


Assalamualaikum...

Selasa lepas aku dah terima surat master..yeay!! so, aku dah tak risau pasal permohonan ni sebab tunggu nak settle pasal daftar je..Seperti biasa la, dalam tu ada offer letter, borang medical checkup, borang mohon kad matrik, slip yuran dan panduan segala bagai tu.

Dan dua hari lepas tu, dengan semangatnya aku pegi pusat kesihatan ukm untuk buat medical checkup. Dari lawatan aku ke pk buat mc ni, dengan ini dapat disimpulkan bahawa (ceeewahh, ayat skema karangan);

  1. RM60 perlu dikeluarkan. Nape tak boleh murah lagi ek..huhu..
  2. Telah berlaku pertambahan berat badan. Tapi BMI normal ye...
  3. Penglihatan aku masih baik. Kedua-dua belah mata 6/6..
  4. Keputusan x-ray semuanya normal. Tapi rasanya agak pelik bila dalam bilik x-ray tu cuma ada seorang kakitangan lelaki (juru x-ray). Agak menakutkan juga la, bila kita seorang perempuan nak masuk bilik ni. Tau-tau jela bila nak x-ray, kena buka baju semua. Bahaya2..Alhamdulillah tak ada pape yang berlaku..
  5. Aku rasa kerja doktor sangat senang (statement jahat..hahaha) Doktor-doktor jangan marah tau, aku gurau je...Bukan apa, masa masuk bilik doktor, doc tu cuma check nadi aku sambil tanya, pernah masuk hospital?Bila aku jawab tak pernah. Dia terus tanda normal pada semua kotak. Dan tanda pada kotak yang menunjukkan aku sihat, tiada sebarang masalah kesihatan. Then, terus aku boleh keluar. Eh, camtu je ke?
  6. Kesimpulannya, aku memang sihat!


Comelnya doc ni...dari google..

Tapi kalau mc ni ada buat blood test, mesti akan ada rekod "Beliau disahkan positif G6PD deficiency". Walau macam mana pun, aku rasa aku tetap dapat status sihat. Klik sini untuk entry tentang G6PD sebelum ni.

p/s: dalam usaha menjalani hidup sihat dengan bersenam (sebenarnya lebih tepat usaha menurunkan berat badan...nak kurus macam dulu. I can do it!).

Friday, December 10, 2010

Pepper Spray Tested


Satu hari di hujung minggu:

"Handbag jadi kembung sebab bawak tu eh?"

"Ha ah"


Aku jawab soalan dia dengan yakinnya. Kami teruskan menikmati hidangan tengahari sebelum tiba-tiba dia bersuara.


"Try nak tengok jap pepper spray tu. Nak tengok logo kat depan die"

"Eh?Ooo,tanya handbag kembung tu pasal pepper spray ek..hehehe..sori, ingatkan cakap kembung pasal bawak alat makeup..jap eh..ehhh??lupa nak bawak plak."

Dia buat muka dah..aku dah gelabah semacam.

"Lupa..selalu bawak je pegi lab,ada dalam beg..ni sebab kuar ngan abg, tu jadi lupa..tak pe la kan?bukan kuar sorang2..hehehe."


Aku buat muka kesian sambil sengih2..nasib baik tak kena marah..fuuuhh...

*****

Satu hari di cuti umum:

"Pepper spray bawak tak?"

"Bawak2..ada dalam beg"

Aku jawab laju2 dan kuarkan pepper spray bagi pada dia. Dia belek2 pepper spray tu. Tiba2 dia halakan muncung pepper spray tu kat dinding..Aku dah cemas..

"Jangan spray kat dinding, nanti terus kena kat muka"

Aku bersuara. Tapi die tekan jugak. Yang aku terkejut, dia dekatkan muka di dinding. Kesannya, dia bersin dengan kuatnya lebih 3x..muka tak payah cakap la, kelat semacam. Dengan batuk2 lagi, nasib baik ada air mineral boleh minum. Kalau tak menggelepar kat situ je...Agaknya kalau direct spray kat depan muka dan kena mata, boleh berguling2 kat bawah kot. Yela, lada kan..kena kat mata mesti pedih..hmm, tapi kes ni tak boleh nak cakap apa, tuan punya badan sendiri yang nak test. Kalau aku, tak sanggup..huhu..


...Alhamdulillah

"Rasa macam mana?"

"Macam benda2 halus terus masuk hidung dan sampai ke tekak, tu yang terus terbersin"

Dia jawab dengan selamba.

"Memang sengaja ke pegi hidu benda tu dekat2. Cakap nak test spray je. Tak sangka plak test spray atas diri sendiri walaupun tak secara direct. Kalau bahaya macam mana?"

Aku agak2 dah nak membebel.

"Kalau bahaya, orang takkan jual."

Confident betul jawapan dia.

Aku? Ok,fine..jawab dalam hati..Tak tahu nak komen apa..huhuu...


p/s: whatever it is, my pepper spray has been tested and it's funtioning well. So bad man,beware!

Thursday, December 9, 2010

Saya Sihat Tak?


Tit..tit..


Keputusan ujian darah pada xx Ogos 2008 di Pesta Konvokesyen UKM:

Kumpulan darah AB

Anda disahkan positif G6PD Deficiency


Dapat je SMS ni daripada Sofia (kawan aku yang buat ujian darah di gerai pameran pesta konvo), aku terus reply SMS ni. Nasib baik jugak Sofia ni kawan aku, boleh terus tanya.

A: Sofia, G6PD tu apa?aku sakit ke?

S: G6PD tu symptom kekurangan enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase dalam darah ko. Tak sakit, cuma certain ubat ko tak leh makan. Kena minta nasihat doktor.

A: Oooo..bahaya tak G6PD ni?

S: Tak bahaya kalau jaga makan dan pengambilan ubat. Orang yang ada G6PD ni tak boleh makan kacang parang/kacang itik pastu ada ubat2 tertentu. Bila makan, boleh buat sel darah merah pecah dan kalau teruk boleh sebabkan anemia. Tapi, ko tak perlu risau. Ambik precaution yang betul, ok la. Sebab selama ni, ko tak ada sakit pape kan?

A: Ha ah..Tak penah sakit pun. Ok, thanx Sofia.


*****

Sesi membalas SMS tamat disitu. SMS yang aku dapat dua tahun lepas ni buat aku terfikir, aku ni sihat ke tak sebenarnya?Setelah 21 tahun hidup di muka bumi baru aku tahu aku ni ada G6PD.

G6PD sebenarnya enzim yang membantu tubuh dalam menghasilkan karbohidrat dan menukarnya menjadi tenaga. G6PD jugak melindungi sel darah merah (RBC) daripada bahan sampingan yang merbahaya. Bila G6PD tak cukup, RBC tak dapat dilindungi dan boleh rosak dan musnah.


Sebenarnya, G6PD deficiency ni tak begitu bahaya, cuma bila sel darah merah pecah, boleh buat orang tu jadi cepat penat. Bila dah RBC semakin berkurang, tu yang boleh lead pada anemia. G6PD ni penyakit genetik sebenarnya. Maksudnya, ma atau abah aku ada jugak G6PD. Kemugkinan anak-anak aku akan datang akan ada G6PD ni kan?



This is a 4-year old boy diagnosed with Glucose-6-phosphate Dehydrogenase Deficiency showing Jaundice in the scela. Mata dia kuning kan?

Dan tahun lepas, bila anak buah aku yang pertama dilahirkan, dia pun disahkan ada G6PD. Sebab G6PD jugak la, dia perlu hisap susu tin. Breast feeding tak dibenarkan doktor masa tu, sebab ada ubat dalam badan kakak aku. Takut bahaya pada baby sebab sistem imunisasi baby masih lemah. Jadi, anak buah aku sekarang sangat gemuk sebab cuma minum susu tin.huhu...


Eka, anak buah aku..sebab G6PD dia jadi gemuk..umur die tak sampai 2 tahun lagi, dh berat 20 kg..

Sangat gemuk kan?Tapi dia sangat comel dan adorable..Itu la serba sedikit cerita tentang G6PD ni. Persoalannya, aku ni sebenarnya sihat ke tak? Walaupun dah tahu, ada G6PD ni aku tetap juga makan kacang itik, kalau dah ada depan mata. Ya, aku memang seorang yang agak degil. hehehe...

p/s: untuk info lebih lanjut pasal G6PD ni, boleh tengok kat
sini dan sini.

Wednesday, December 8, 2010

Hantu Cina


Kali ni mistulip nak cerita tentang hobi menonton drama jepun, korea, hong kong dan seangkatan dengannya. Lebih tepat cerita tentang hero-heronya. Oleh sebab entry kali ni agak gedik. Jadi, kata ganti nama aku takkan digunakan. Kalau digunakan jugak, akan hilang kegedikan entry ni yang sememangnya tidak sesuai menggunakan perkataan-perkataan yang agak kasar. Ok2,mula dah nak melalut. Mistulip suka mereka-mereka di bawah;


Takuya Kimura. Hero yang dah agak tua tapi sangat suka!semua drama dia mistulip suka. Sebab dia ni sangat versatil. Lakonan dia dalam Karei-naru Ichizoku cukup menyentuh perasaan mistulip. Sangat sedih cerita ni tau...


Oh, yamapi! suka dia dalam drama kurosagi dan code blue. Sampai berangan nak suami doctor, drama code blue punya pasal. Tapi nasib baik dah ada en. engineer, angan2 tersebut perlu dilupakan...hehehe..


Kamenashi Kazuya aka kame. Super funny dalam drama 1 Pound Gospel. Kisah seorang peninju yang kuat makan, terpaksa diet dan dihalang makan untuk membolehkan dia cukup syarat masuk pertandingan ikut kategori berat yang sepatutnya. Memang cerita ni buat mistulip ketawa seorang diri.


Mizushima Hiro. Oh, dia sangat gentle dalam drama Mei-Chan no Shitsuji. Handsome kan? Siapa yang cakap dia tak handsome, sila main jauh-jauh...


Ryo Nishikido. Mula suka dia dalam drama 1 litre of tears. Drama yang tersangat sedih. Semua orang patut tengok cerita ni sebab buat kita berfikir tentang ketabahan hidup. Ryo memang sesuai dengan watak-watak tak ada perasaan macam wataknya dalam drama ni sebagai Haruto Aso. Tapi watak yang begitu membuatkan dia sangat cool. Bagi mistulip la...

******


Mistulip sebenarnya suka layan drama kantonis/mandarin kat tv3 dan tv2 sejak zaman mistulip belum mencapai berat 30 kg lagi, dalam erti kata lain zaman sekolah rendah. Pada masa tu, setiap pukul 6 petang isnin hingga jumaat, mistulip akan tercongok di depan tv tunggu siaran drama cina yang mistulip ikuti. Antara yang mistulip ingat; The Legend of The Condor Heroes, Detective Investigation Files, Young Hero Fong Sai Yuk, Man's Best Friend, Burning Flame, At the Threshold of An Era dan banyak lagi la. Kalau nak list semua, memang esok pun belum tentu habis. Hyperbola sikit la ye.
..

Yang pasti hobi ni berterusan sehingga mistulip jadi remaja, zaman sekolah menengah. Tapi hobi ni mistulip buat seorang diri. Langsung tak mendapat iktiraf dari ahli keluarga yang lain. Kakak sulung mistulip sampai gelarkan mistulip hantu cina. huh! tapi mistulip buat tak tahu. Mistulip teruskan juga hobi ni walaupun kadang kala terpaksa berebut channel dengan orang lain. Mesti la banyak kali mistulip kalah sebab mistulip seorang diri mempertahankan hobi sejak kecil ini. Sungguh tidak adil.


Tapi hobi tengok drama cina tak bertahan lama, dah makin besar minat pun mesti dah lain kan. Mistulip bertukar arah ke drama korea dan jepun. Masa tu zaman kegemilangan GTO dan Power Office Girls. Boleh dikatakan hampir semua budak perempuan kelas tengok drama ni. Pada masa tu, bagi mistulip dua drama ni sangat best. Tapi yang peliknya bila tengok balik drama2 yang dah lama ni, feel macam dulu dah tak ada. Rasa dah kurang best. Mungkin disebabkan peredaran masa dan usia. Maklum la, dah makin dewasa (bukan tua ye kawan-kawan).



...Takashi Sorimachi dalam GTO

Sehingga la sekarang minat pada JDrama ni berterusan. Mistulip kurang sikit dengan drama korea, sebab ceritanya lebih kurang sama, sedih memanjang dan bilangan episod dua kali ganda JDrama. Penat nak tengok sampai habis, lebih2 lagi kalau cerita yang super sedih.huhuhu..Lain dengan JDrama yang kebanyakannya lebih sempoi dan ringan walaupun kadang-kadang mengarut dan tak logik, tapi sebenarnya itu yang buat mistulip terhibur. Ada sense of humour. Yang paling penting, lebih pendek dari KDrama. Jimat masa.

Kalau dulu, cuma mampu tengok kat tv je. Sekarang di zaman internet berleluasa, semua cerita dah boleh download. Menyebabkan hobi mendownload semakin menjadi-jadi. Yang lebih menggembirakan, mistulip boleh tengok drama yang ada tanpa perlu berebut channel dengan orang lain. Kakak nak cakap hantu cina, cakap la. Yang penting mistulip tak kacau orang lain dan laptop tu mistulip yang punya. Orang lain jangan komen lebih-lebih ok.

Buat masa ni hero yang paling best bagi mistulip mesti la Takuya Kimura. Sangat suka sampai mampu buat mistulip lupa pada en. bakal suami kot. Hehehe, just joking..Long Vacation, Hero, Pride, Engine, Good Luck, Karei-naru Ichizoku, Change, Mr. Brain antara yang dah tengok. Drama terbaru Tsuki no Koibito belum tengok lagi. Nak tengok dan nak download drama ni. Tapi kat mana? Sebelum ni mistulip selalu download kat D-addicts, tapi torrent download. Agak slow dan boleh melemahkan semangat mendownload.

So, mistulip search la kat internet website yang provide link untuk direct download drama-drama jepun. Oh, begitu gembira bila jumpa satu blog ni yang bagi banyak link-link website untuk download asian drama. Pasni boleh download dengan jayanya, tak perlu risau lagi. Ni, mistulip share link blog milik Hurul Aini untuk siapa-siapa yang JDrama addict. Nak direct download ke, torrent download ke mana2 pun boleh pilih. Tengok online pun boleh.

Ok, tu saja untuk kali ni. Enjoy your watching!!

Monday, November 29, 2010

Saya Ada Penyembur Lada!


Assalamualaikum...


Aku dah ada benda ni;



Penyembur lada...skema betul nama dalam BM

Sekali tengok macam keychain. Dua kali tengok macam botol perfume or botol deodorant or breath freshener (betul ke term ni?). Sebenarnya, ini la orang panggil pepper spray ye kawan-kawan. Beli ni masa shopping kat Mines hujung minggu hari tu. Harga RM 24.90 satu. Ada lagi yang lebih mahal, tapi aku tak mampu. Lain la kalau encik bakal suami nak sponsor. Tapi dia buat-buat tak tahu..huhuhu.. Takpe, aku faham. My safety, my money.

Sebenarnya encik bakal suami dah lama suruh aku beli benda kecik ni.


"Saya tak berapa berkenan awak pegi mana-mana sorang diri. Beli pepper spray"


"Jalan laju-laju masa balik dari lab. For your safety. Kalau ada pepper spray, ada jugak protection kalau kena kejar kat monyet. Ini tak"


"Sambil keluar tengok movie ngan kawan tu, beli la pepper spray terus. Selamat sikit"


Tu la antara ayat (aku dah ubah sikit ayat dia) yang encik bakal suami selalu keluarkan kalau aku akan atau ngah keluar kat mana-mana sorang diri atau tanpa kehadiran dia. Tapi aku je buat degil. Hehehe..Sekarang baru nak beli. Dia dah tak risau kot.


Mula-mula habis aku pusing satu watson dan guardian cari pepper spray ni. Kat watson tak jumpa. Kat guardian jumpa, tapi agak mahal dekat RM40 harga dia. Tapi akak kat guardian tu bagitahu ada satu kedai yang jual banyak jenis pepper spray, macam-macam harga. Ace Hardware nama kedai tu. Siapa-siapa yang nak beli boleh cari kedai ni.


FYI, nak beli pepper spray ni siap kena tulis nama, ic dan no. telefon tau. Untuk bulan ni, aku orang keempat yang beli. Sikit kan? Means ramai lagi yang kat luar sana masih ambil mudah pasal keselamatan diri. Ambil mudah atau semua perempuan kat Malaysia ni selain aku, semua ada black belt dalam taekwando? Hmm..make me wondering..


"Nape sampai kena tulis nama, sume ni?" Aku tanya akak cashier.


"Sekarang orang beli ni, kadang-kadang salah guna. Sebab tu kena ada record sape yang beli"


Yela kan, mana tahu tak pasal-pasal budak besar yang otaknya tak cukup umur saja-saja beli nak kenakan orang ke apa. Jadi aksesori penting buat kaki buli ke. Memang boleh disalah gunakan. Sebenarnya benda kecik ni boleh jadi benda yang mampu mengubah apa yang berlaku pada korang terutama gadis-gadis, kalau berhadapan dengan situasi bahaya semasa jalan sorang-sorang. At least ada benda ni, risiko untuk masuk paper atau tv sebab diragut, diculik, dirogol dan lain-lain boleh dielakkan.



tak nak jadi macam ni ok...

Ni aku bagi dia punya feature or kelebihan;
  1. Disable any attacker instantly. Bukan orang jahat je, binatang pun boleh. Kalau kes aku monyet la yang banyak kat UKM ni. Jangan sembur kat kucing comel pulak.Naya..
  2. Powerful bursts. Maximum spraying distance 8 ft. 8 kaki tu kira jauh. Lepas sembur, sempat nak lari laju-laju dan dapatkan bantuan ye..
  3. Proven more effective than tear gas. Confirm berkesan untuk melemahkan mana-mana penyerang.
  4. Small in size. Kecik je, tak sampai sejengkal tangan aku. Senang nak bawa ke mana-mana dan boleh letak dalam handbag.
  5. The most important thing is; for use in lawful self defense only! Jangan mengada nak main-main sembur kat orang lain. Tak pasal-pasal kena saman. Ingat, nama dah ada dalam rekod ye.


kecik kan? tak sampai sejengkal tangan aku..ke tangan aku yang besar?huhu..

So, apa lagi. Untuk keselamatan anda gadis-gadis, perempuan-perempuan, bahkan makcik-makcik, beli la satu pepper spray ni. Bawa ke mana-mana saja anda pergi. Kalau sebelum ni dalam handbag tu ada purse, handphone, alat makeup segala, lepas ni biar pepper spray ni pun ada dalam handbag anda semua. Aku dah ada satu, terima kasih pada encik bakal suami yang suruh aku beli benda penting ni.

p/s: Your safety, your money... ^_^

Thursday, November 25, 2010

Balik Kampung Part I


ALIA gadis pantai timur. Sejak tamat persekolahan sehingga bergelar siswazah, dia banyak merantau ke negeri orang. Penuhi misi negara sebagai pelatih PLKN di Negeri Sembilan selama 3 bulan. Ke utara tanah air sebagai pelajar matrikulasi lepas SPM yang keputusannya cemerlang tapi tak cukup cemerlang untuk dia ke seberang laut. Selepas setahun bergelut dengan kuliah yang agak padat macam orang bekerja, main-main dengan bahan kimia dan tikus, bergelut lagi dengan buku dan nota-nota,dia ke pantai barat semenanjung Malaysia untuk teruskan cita-cita. 5 tahun di sana untuk penuhi impian jadi siswazah perubatan yang berjaya. Bukan sahaja untuk diri sendiri tapi juga untuk buat ibu dan ayahnya tersenyum bangga.


Kalau dikira dengan jari tak perlu kalkulator pun, lebih kurang 7 tahun Alia merantau ke negeri orang. Jauh dari keluarga dan kaum kerabat. Selama 7 tahun itu juga lah, terpaksa digunakan pengangkutan bas ekspres yang tak berapa nak selamat untuk pulang ke kampung halaman. Ke pangkuan keluarga tercinta bila tiba musim perayaan atau cuti semester.



...sekadar gambar hiasan

Selama 7 tahun itu juga, macam-macam pengalaman yang terpaksa diempuhi. Lebih tepat pengalaman apabila bersama dengan penumpang lelaki yang lain. Bukan pengalaman manis yang seronok untuk dikenang tapi pengalaman yang menyakitkan hati dan boleh kata agak menggelikan. Ada juga pengalaman yang kelakar.

KES 1


Pernah semasa hendak pulang ke matrikulasi dari kampung, dia terpaksa duduk bersebelahan dengan seorang lelaki yang persis penagih dadah.


"Ish, kecewa tul. Baru ingat nak duduk tepi tingkap. Ada mamat ni pulak." Omel hatinya bila melihat lelaki yang terlebih dahulu duduk di tempat duduk bersebelahan dengannya. Alia pasrah. Memang begitu nasib bila naik bas ekspres. Tak tahu siapa penumpang di sebelah. Lebih-lebih lagi perjalanan dari kampung halaman ke tempat belajarnya, tiada bas yang tempat duduknya single. Kalau ada pun, perlu naik di hentian yang jauh dari rumahnya.


Alia duduk. Tidak selesa.


"Boleh sakit pinggang aku ni. Aku bayar tiket mahal-mahal, boleh pulak buat bas tempat duduk macam ni". Dia merungut tapi cuma di dalam hati. Kerusinya memang sempit dan kusyennya tidak selembut sofa di rumah.


5 minit berlalu, Alia mula perasan sesuatu yang tidak kena pada lelaki disebelahnya. Memang seawal dia duduk di tempat duduknya itu, lelaki itu sudah sedia diulit mimpi. Dalam samar-samar cahaya lampu neon di sepanjang perjalanan, dia nampak wajahnya yang begitu selekeh. Bau tak perlu dijelaskan dengan lebih lanjut, memang mampu buat sesiapa saja muntah.




"Pelik sangat mamat ni. Bau semacam je. Nak kata rokok, tak ada la kuat macam ni. Dah la duduk macam tempat ni dia sorang je punye. Aku pulak yang kena mengelak-elak. Dah tau kaki tu panjang, pegi lagi bawa naik beg yang besar gedabak tu naik atas bas ni apahal. Pastu mula la kaki panjang tu masuk dalam area aku ni. Sempit tau tak?" Cuma mampu menyumpah di dalam hati. Dia pendiam, takut untuk bersuara walaupun itu haknya.

Sekali tengok lelaki itu macam selesema. Tapi betul ke selesema. Dia curiga. Dalam ketidakselesaan, dia cuba untuk tidur. Tak berjaya. Dia mula rasakan sesuatu.

"Nape pulak kaki mamat ni makin dekat ngan kaki aku ni. Macam sengaja je." Dia pusingkan kepala ke kiri. Lelaki tu masih tidur.

"Betul ke tidur mamat ni? Macam buat-buat tidur je. Takkan la tidur buas sangat sampai sebelah kaki memang dah masuk separuh seat aku. Ish, tak suka. Sah, memang spesis gatal. Tapi nak cover, tak nak bagi nampak sangat, buat-buat tidur. Huh!" Alia dapat rasakan bahang dari lelaki diesebelahnya itu. Hatinya panas.

Yang pasti malam itu, Alia langsung tak dapat tidur. Terpaksa duduk bersilang kaki untuk mengelak kaki kirinya tersentuh kaki panjang lelaki yang memaksanya jadi burung hantu sepanjang perjalanan. Takut apa-apa berlaku padanya. Kalau bukan diri sendiri dalam bahaya, beg duit dan laptopnya perlu dijaga. Keesokannya, sampai ke kolej kediaman dengan pinggang yang sakit dan mata lebam persis beruang panda. Namun dia bersyukur, tak ada apa-apa yang berlaku padanya.

bersambung...

Daun Kesum Yang Aromatik


DUA minggu lepas aku buat semakan permohonan program siswazah untuk kemasukan bulan 12 ni. Keputusannya aku berjaya. Sebenarnya masa nak check ni perasaan berdebar tu tak macam masa check permohonan masuk universiti dulu. Sebab aku mohon under research. As long as aku hantar proposal dan borang tu tak ada masalah, mesti akan dapat. Lagi pun aku memang dah start jadi RA untuk research ni 3 bulan lebih awal. Tapi tetap risau, mana tahu kan ada masalah dengan borang, tak lengkap ke apa. Alhamdulillah semua ok.



MSc bukan MEng sebab buat labwork



Walaupun agak banyak dugaan yang aku terpaksa harungi masa nak isi borang permohonan. Bayangkan, zaman teknologi serba canggih sekarang, semua orang berebut-rebut nak guna iPhone, Blackberry segala, UKM nak guna poskad. Ish. Habis pusing satu daerah Besut mencari poskad, keluar masuk kedai buku sampai berpeluh-peluh. Dah la bulan puasa. Nasib baik tak pengsan. Lastly dapat juga poskad, beli kat kedai dekat jeti ke Pulau Perhentian. Tak sia-sia aku mencari poskad yang sepatutnya aku boleh buat sendiri. So, untuk dua tahun yang akan datang dan harap-harap tak lebih aku akan hidup dengan 2 benda ni. 1 benda hijau yang harum bau dia, 1 lagi mesin tak berapa besar yang selalu bermasalah dan menyusahkan. Huh!


Polygonum minus aka kesum



Supercritical fluid extraction aka SFE



Dulu permah seorang kawan tanya aku.

"Lepas dah abes LI ni ko rasa nanti nak sambung belajar ke nak kerja?"

Aku dengan pantas lagi tangkas jawab nak sambung belajar. Semua kawan aku geleng-geleng kepala. Hakikatnya diorang semua dah tak larat nak belajar lagi. Aku? Aku pun tak larat, tapi pengalaman kerja semasa LI di Kilang XX ni sangat-sangat menguji kesabaran. Bosan yang teramat. Boleh pulak aku pergi sana tiap-tiap hari kerja aku cuma label botol, kadang-kadang buat inspection dan yang paling tak boleh terima, kemas bilik managing director. Ingat aku secretary dia ke apa. Tak sesuai dengan jiwa aku. Bila fikir-fikir balik kenapa aku ambil course Chemical Engineering, padahal memang orang yang tak kenal aku pun boleh nak cakap bidang yang mencabar tu tak sesuai dengan aku.

Aku bukan nak cerita pasal penyesalan tapi lebih pada aku hargai apa yang aku ada sekarang, walaupun tak dapat apa yang aku impikan masa sekolah dulu. Study kat oversea and be a doctor. Tapi sekarang aku sedar, bidang medical lagi tak sesuai dengan aku. Rupanya aku ni jenis yang gerun tengok luka-luka semua ni. Kalau aku dapat sambung belajar medic dulu, tak ke pengsan setiap kali berhadapan dengan semua ni. Sedar ni pun lepas adik aku yang kat Jordan ambik medical cerita pengalaman2 dia setiap kali balik Malaysia. Respect sama adik aku.Hehehe..Tengok luka kat lutut si dia masa accident pun aku ngeri. Aku palingkan muka, tak nak tengok. Sampai dia kecil hati ngan aku. Bukan tak care, tapi gerun. Yang aku tahu, benda ni lah yang menjadikan diri aku sekarang. Engineering graduate.

Tanya la pada semua student, berapa kerat yang begitu semangat dan komited nak sambung belajar. Aku yang awal-awal memang dah pasang niat nak sambung belajar tetap down bila di semester akhir. Semua gara-gara mesin SFE kat atas di tambah dengan bebanan Final Year Project dan masalah-masalah picisan yang sengaja dibesar-besarkan. Daun kesum memang wangi. Orang buat masak laksa dan asam pedas. Tapi bila di dalam lab untuk diekstrak, aku kena asingkan daun satu-satu. Batang dia yang tak berapa lembut boleh buat tangan aku sakit. Sampai sekarang ibu jari tangan aku rasa sakit. Mesin tu pulak asyik-asyik rosak. Pam zaman datuk nenek agaknya.Geram! Fyp satu hal. Bila dah buat dalam group, ada la masalahnya. Macam-macam ragam. Boleh bawa bergaduh.

Pada masa tu aku rasa Ya Allah, susahnya nak grad. Macam-macam dugaaan. Aku buat keputusan tak nak sambung belajar lagi. Kerja dulu la. Nampak sangat tak sabar dan tak tahan dugaan. Aku nampak muka kecewa abah bila aku suarakan hal ni. Abah memang harapkan aku sambung master sebab dua orang kakak aku tak dapat penuhi permintaan abah. Dia tanya aku.

"Abis tu nak keje apa?kat kilang?boleh ke?" Aku jawab, cuba dulu cari kalau tak dapat juga baru fikir sambung belajar. Abah terima keputusan aku. Aku rasa bersalah sebenarnya, tapi aku rasa aku lebih berhak tentukan hidup aku.

Then, bermula la misi pencarian kerja di samping meneruskan perjuangan terakhir siapkan thesis dan fyp. Cari punya cari, eh aku ni nak kerja apa? Sesuai ke aku nak jadi engineer? Aku blur. Macam tak seronok tapi buat tak tau jela, yang penting aku grad dulu. Bila dekat nak viva, tension dia menjadi-jadi. Rasa macam nak pergi dekat airport, jerit kuat-kuat macam dalam cerita Melayu kat TV tu.

Tapi Alhamdulillah, berkat usaha, doa dan kesabaran di samping sokongan orang tersayang, aku dapat harungi semua tu. Serious aku cakap, sepanjang hidup aku bergelar seorang pelajar, viva thesis tu adalah presentation terbaik yang pernah aku buat. Aku lega yang teramat. Terasa bebanan terus hilang. Aku bangga bila thesis aku dapat pujian.

"You are a good researcher" kata seorang Dr. tu.

Biar betul. Tapi ini lah orang kata tak susah untuk jadi susah, tapi tak senang untuk jadi senang. Nak dapat ayat tu keluar dari seorang pensyarah yang perfectionist bagi aku memang agak-agak mustahil. Orang cakap, nak dapat barang baik, bukannya mudah. Perlukan pengorbanan. Dan aku pasti aku dah banyak berkorban dan bersabar. Dengan approach daripada mereka, terus pintu hati terbuka untuk sambung master. Mungkin segala tekanan dah tak ada, jiwa yang tenang boleh buat manusia berfikir dengan waras. Walaupun tangan aku sakit-sakit sebab kesum, aku senang dengan takdir yang Allah tentukan untuk aku.

At last, aku berjaya juga jadi seorang siswazah pada 7 Ogos 2010. Sekarang tengah tunggu nak start master bulan 12 sambil jadi RA untuk projek yang sama. Abah aku pun senyum je. Aku untung dapat sambung tajuk yang sama macam thesis undergrad dulu, tapi SFE tu bukan something yang boleh buat aku gembira. Huhuhu..harap-harap mesin kesayangan aku ni tak buat hal nanti. Sabar itu separuh daripada iman.

Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri ra.:
Bahwa sebagian orang Ansar meminta kepada Rasulullah saw., maka beliau memberi mereka. Kemudian mereka meminta lagi, beliau pun memberi mereka, sampai ketika telah habis sesuatu yang ada pada beliau, beliau bersabda : Apapun kebaikan yang ada padaku, maka aku tidak akan menyembunyikannya dari kalian. Barang siapa menjaga kehormatan diri, maka Allah akan menjaga kehormatan dirinya. Barang siapa yang merasa cukup, maka Allah akan mencukupinya. Barang siapa yang bersabar, maka Allah akan membuatnya sabar. Seseorang tidak diberi suatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada kesabaran
Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim : 1745
Sumber : http://hadith.al-islam.com/Bayan/Display.asp?Lang=ind&ID=574