Monday, November 29, 2010

Saya Ada Penyembur Lada!


Assalamualaikum...


Aku dah ada benda ni;



Penyembur lada...skema betul nama dalam BM

Sekali tengok macam keychain. Dua kali tengok macam botol perfume or botol deodorant or breath freshener (betul ke term ni?). Sebenarnya, ini la orang panggil pepper spray ye kawan-kawan. Beli ni masa shopping kat Mines hujung minggu hari tu. Harga RM 24.90 satu. Ada lagi yang lebih mahal, tapi aku tak mampu. Lain la kalau encik bakal suami nak sponsor. Tapi dia buat-buat tak tahu..huhuhu.. Takpe, aku faham. My safety, my money.

Sebenarnya encik bakal suami dah lama suruh aku beli benda kecik ni.


"Saya tak berapa berkenan awak pegi mana-mana sorang diri. Beli pepper spray"


"Jalan laju-laju masa balik dari lab. For your safety. Kalau ada pepper spray, ada jugak protection kalau kena kejar kat monyet. Ini tak"


"Sambil keluar tengok movie ngan kawan tu, beli la pepper spray terus. Selamat sikit"


Tu la antara ayat (aku dah ubah sikit ayat dia) yang encik bakal suami selalu keluarkan kalau aku akan atau ngah keluar kat mana-mana sorang diri atau tanpa kehadiran dia. Tapi aku je buat degil. Hehehe..Sekarang baru nak beli. Dia dah tak risau kot.


Mula-mula habis aku pusing satu watson dan guardian cari pepper spray ni. Kat watson tak jumpa. Kat guardian jumpa, tapi agak mahal dekat RM40 harga dia. Tapi akak kat guardian tu bagitahu ada satu kedai yang jual banyak jenis pepper spray, macam-macam harga. Ace Hardware nama kedai tu. Siapa-siapa yang nak beli boleh cari kedai ni.


FYI, nak beli pepper spray ni siap kena tulis nama, ic dan no. telefon tau. Untuk bulan ni, aku orang keempat yang beli. Sikit kan? Means ramai lagi yang kat luar sana masih ambil mudah pasal keselamatan diri. Ambil mudah atau semua perempuan kat Malaysia ni selain aku, semua ada black belt dalam taekwando? Hmm..make me wondering..


"Nape sampai kena tulis nama, sume ni?" Aku tanya akak cashier.


"Sekarang orang beli ni, kadang-kadang salah guna. Sebab tu kena ada record sape yang beli"


Yela kan, mana tahu tak pasal-pasal budak besar yang otaknya tak cukup umur saja-saja beli nak kenakan orang ke apa. Jadi aksesori penting buat kaki buli ke. Memang boleh disalah gunakan. Sebenarnya benda kecik ni boleh jadi benda yang mampu mengubah apa yang berlaku pada korang terutama gadis-gadis, kalau berhadapan dengan situasi bahaya semasa jalan sorang-sorang. At least ada benda ni, risiko untuk masuk paper atau tv sebab diragut, diculik, dirogol dan lain-lain boleh dielakkan.



tak nak jadi macam ni ok...

Ni aku bagi dia punya feature or kelebihan;
  1. Disable any attacker instantly. Bukan orang jahat je, binatang pun boleh. Kalau kes aku monyet la yang banyak kat UKM ni. Jangan sembur kat kucing comel pulak.Naya..
  2. Powerful bursts. Maximum spraying distance 8 ft. 8 kaki tu kira jauh. Lepas sembur, sempat nak lari laju-laju dan dapatkan bantuan ye..
  3. Proven more effective than tear gas. Confirm berkesan untuk melemahkan mana-mana penyerang.
  4. Small in size. Kecik je, tak sampai sejengkal tangan aku. Senang nak bawa ke mana-mana dan boleh letak dalam handbag.
  5. The most important thing is; for use in lawful self defense only! Jangan mengada nak main-main sembur kat orang lain. Tak pasal-pasal kena saman. Ingat, nama dah ada dalam rekod ye.


kecik kan? tak sampai sejengkal tangan aku..ke tangan aku yang besar?huhu..

So, apa lagi. Untuk keselamatan anda gadis-gadis, perempuan-perempuan, bahkan makcik-makcik, beli la satu pepper spray ni. Bawa ke mana-mana saja anda pergi. Kalau sebelum ni dalam handbag tu ada purse, handphone, alat makeup segala, lepas ni biar pepper spray ni pun ada dalam handbag anda semua. Aku dah ada satu, terima kasih pada encik bakal suami yang suruh aku beli benda penting ni.

p/s: Your safety, your money... ^_^

Thursday, November 25, 2010

Balik Kampung Part I


ALIA gadis pantai timur. Sejak tamat persekolahan sehingga bergelar siswazah, dia banyak merantau ke negeri orang. Penuhi misi negara sebagai pelatih PLKN di Negeri Sembilan selama 3 bulan. Ke utara tanah air sebagai pelajar matrikulasi lepas SPM yang keputusannya cemerlang tapi tak cukup cemerlang untuk dia ke seberang laut. Selepas setahun bergelut dengan kuliah yang agak padat macam orang bekerja, main-main dengan bahan kimia dan tikus, bergelut lagi dengan buku dan nota-nota,dia ke pantai barat semenanjung Malaysia untuk teruskan cita-cita. 5 tahun di sana untuk penuhi impian jadi siswazah perubatan yang berjaya. Bukan sahaja untuk diri sendiri tapi juga untuk buat ibu dan ayahnya tersenyum bangga.


Kalau dikira dengan jari tak perlu kalkulator pun, lebih kurang 7 tahun Alia merantau ke negeri orang. Jauh dari keluarga dan kaum kerabat. Selama 7 tahun itu juga lah, terpaksa digunakan pengangkutan bas ekspres yang tak berapa nak selamat untuk pulang ke kampung halaman. Ke pangkuan keluarga tercinta bila tiba musim perayaan atau cuti semester.



...sekadar gambar hiasan

Selama 7 tahun itu juga, macam-macam pengalaman yang terpaksa diempuhi. Lebih tepat pengalaman apabila bersama dengan penumpang lelaki yang lain. Bukan pengalaman manis yang seronok untuk dikenang tapi pengalaman yang menyakitkan hati dan boleh kata agak menggelikan. Ada juga pengalaman yang kelakar.

KES 1


Pernah semasa hendak pulang ke matrikulasi dari kampung, dia terpaksa duduk bersebelahan dengan seorang lelaki yang persis penagih dadah.


"Ish, kecewa tul. Baru ingat nak duduk tepi tingkap. Ada mamat ni pulak." Omel hatinya bila melihat lelaki yang terlebih dahulu duduk di tempat duduk bersebelahan dengannya. Alia pasrah. Memang begitu nasib bila naik bas ekspres. Tak tahu siapa penumpang di sebelah. Lebih-lebih lagi perjalanan dari kampung halaman ke tempat belajarnya, tiada bas yang tempat duduknya single. Kalau ada pun, perlu naik di hentian yang jauh dari rumahnya.


Alia duduk. Tidak selesa.


"Boleh sakit pinggang aku ni. Aku bayar tiket mahal-mahal, boleh pulak buat bas tempat duduk macam ni". Dia merungut tapi cuma di dalam hati. Kerusinya memang sempit dan kusyennya tidak selembut sofa di rumah.


5 minit berlalu, Alia mula perasan sesuatu yang tidak kena pada lelaki disebelahnya. Memang seawal dia duduk di tempat duduknya itu, lelaki itu sudah sedia diulit mimpi. Dalam samar-samar cahaya lampu neon di sepanjang perjalanan, dia nampak wajahnya yang begitu selekeh. Bau tak perlu dijelaskan dengan lebih lanjut, memang mampu buat sesiapa saja muntah.




"Pelik sangat mamat ni. Bau semacam je. Nak kata rokok, tak ada la kuat macam ni. Dah la duduk macam tempat ni dia sorang je punye. Aku pulak yang kena mengelak-elak. Dah tau kaki tu panjang, pegi lagi bawa naik beg yang besar gedabak tu naik atas bas ni apahal. Pastu mula la kaki panjang tu masuk dalam area aku ni. Sempit tau tak?" Cuma mampu menyumpah di dalam hati. Dia pendiam, takut untuk bersuara walaupun itu haknya.

Sekali tengok lelaki itu macam selesema. Tapi betul ke selesema. Dia curiga. Dalam ketidakselesaan, dia cuba untuk tidur. Tak berjaya. Dia mula rasakan sesuatu.

"Nape pulak kaki mamat ni makin dekat ngan kaki aku ni. Macam sengaja je." Dia pusingkan kepala ke kiri. Lelaki tu masih tidur.

"Betul ke tidur mamat ni? Macam buat-buat tidur je. Takkan la tidur buas sangat sampai sebelah kaki memang dah masuk separuh seat aku. Ish, tak suka. Sah, memang spesis gatal. Tapi nak cover, tak nak bagi nampak sangat, buat-buat tidur. Huh!" Alia dapat rasakan bahang dari lelaki diesebelahnya itu. Hatinya panas.

Yang pasti malam itu, Alia langsung tak dapat tidur. Terpaksa duduk bersilang kaki untuk mengelak kaki kirinya tersentuh kaki panjang lelaki yang memaksanya jadi burung hantu sepanjang perjalanan. Takut apa-apa berlaku padanya. Kalau bukan diri sendiri dalam bahaya, beg duit dan laptopnya perlu dijaga. Keesokannya, sampai ke kolej kediaman dengan pinggang yang sakit dan mata lebam persis beruang panda. Namun dia bersyukur, tak ada apa-apa yang berlaku padanya.

bersambung...

Daun Kesum Yang Aromatik


DUA minggu lepas aku buat semakan permohonan program siswazah untuk kemasukan bulan 12 ni. Keputusannya aku berjaya. Sebenarnya masa nak check ni perasaan berdebar tu tak macam masa check permohonan masuk universiti dulu. Sebab aku mohon under research. As long as aku hantar proposal dan borang tu tak ada masalah, mesti akan dapat. Lagi pun aku memang dah start jadi RA untuk research ni 3 bulan lebih awal. Tapi tetap risau, mana tahu kan ada masalah dengan borang, tak lengkap ke apa. Alhamdulillah semua ok.



MSc bukan MEng sebab buat labwork



Walaupun agak banyak dugaan yang aku terpaksa harungi masa nak isi borang permohonan. Bayangkan, zaman teknologi serba canggih sekarang, semua orang berebut-rebut nak guna iPhone, Blackberry segala, UKM nak guna poskad. Ish. Habis pusing satu daerah Besut mencari poskad, keluar masuk kedai buku sampai berpeluh-peluh. Dah la bulan puasa. Nasib baik tak pengsan. Lastly dapat juga poskad, beli kat kedai dekat jeti ke Pulau Perhentian. Tak sia-sia aku mencari poskad yang sepatutnya aku boleh buat sendiri. So, untuk dua tahun yang akan datang dan harap-harap tak lebih aku akan hidup dengan 2 benda ni. 1 benda hijau yang harum bau dia, 1 lagi mesin tak berapa besar yang selalu bermasalah dan menyusahkan. Huh!


Polygonum minus aka kesum



Supercritical fluid extraction aka SFE



Dulu permah seorang kawan tanya aku.

"Lepas dah abes LI ni ko rasa nanti nak sambung belajar ke nak kerja?"

Aku dengan pantas lagi tangkas jawab nak sambung belajar. Semua kawan aku geleng-geleng kepala. Hakikatnya diorang semua dah tak larat nak belajar lagi. Aku? Aku pun tak larat, tapi pengalaman kerja semasa LI di Kilang XX ni sangat-sangat menguji kesabaran. Bosan yang teramat. Boleh pulak aku pergi sana tiap-tiap hari kerja aku cuma label botol, kadang-kadang buat inspection dan yang paling tak boleh terima, kemas bilik managing director. Ingat aku secretary dia ke apa. Tak sesuai dengan jiwa aku. Bila fikir-fikir balik kenapa aku ambil course Chemical Engineering, padahal memang orang yang tak kenal aku pun boleh nak cakap bidang yang mencabar tu tak sesuai dengan aku.

Aku bukan nak cerita pasal penyesalan tapi lebih pada aku hargai apa yang aku ada sekarang, walaupun tak dapat apa yang aku impikan masa sekolah dulu. Study kat oversea and be a doctor. Tapi sekarang aku sedar, bidang medical lagi tak sesuai dengan aku. Rupanya aku ni jenis yang gerun tengok luka-luka semua ni. Kalau aku dapat sambung belajar medic dulu, tak ke pengsan setiap kali berhadapan dengan semua ni. Sedar ni pun lepas adik aku yang kat Jordan ambik medical cerita pengalaman2 dia setiap kali balik Malaysia. Respect sama adik aku.Hehehe..Tengok luka kat lutut si dia masa accident pun aku ngeri. Aku palingkan muka, tak nak tengok. Sampai dia kecil hati ngan aku. Bukan tak care, tapi gerun. Yang aku tahu, benda ni lah yang menjadikan diri aku sekarang. Engineering graduate.

Tanya la pada semua student, berapa kerat yang begitu semangat dan komited nak sambung belajar. Aku yang awal-awal memang dah pasang niat nak sambung belajar tetap down bila di semester akhir. Semua gara-gara mesin SFE kat atas di tambah dengan bebanan Final Year Project dan masalah-masalah picisan yang sengaja dibesar-besarkan. Daun kesum memang wangi. Orang buat masak laksa dan asam pedas. Tapi bila di dalam lab untuk diekstrak, aku kena asingkan daun satu-satu. Batang dia yang tak berapa lembut boleh buat tangan aku sakit. Sampai sekarang ibu jari tangan aku rasa sakit. Mesin tu pulak asyik-asyik rosak. Pam zaman datuk nenek agaknya.Geram! Fyp satu hal. Bila dah buat dalam group, ada la masalahnya. Macam-macam ragam. Boleh bawa bergaduh.

Pada masa tu aku rasa Ya Allah, susahnya nak grad. Macam-macam dugaaan. Aku buat keputusan tak nak sambung belajar lagi. Kerja dulu la. Nampak sangat tak sabar dan tak tahan dugaan. Aku nampak muka kecewa abah bila aku suarakan hal ni. Abah memang harapkan aku sambung master sebab dua orang kakak aku tak dapat penuhi permintaan abah. Dia tanya aku.

"Abis tu nak keje apa?kat kilang?boleh ke?" Aku jawab, cuba dulu cari kalau tak dapat juga baru fikir sambung belajar. Abah terima keputusan aku. Aku rasa bersalah sebenarnya, tapi aku rasa aku lebih berhak tentukan hidup aku.

Then, bermula la misi pencarian kerja di samping meneruskan perjuangan terakhir siapkan thesis dan fyp. Cari punya cari, eh aku ni nak kerja apa? Sesuai ke aku nak jadi engineer? Aku blur. Macam tak seronok tapi buat tak tau jela, yang penting aku grad dulu. Bila dekat nak viva, tension dia menjadi-jadi. Rasa macam nak pergi dekat airport, jerit kuat-kuat macam dalam cerita Melayu kat TV tu.

Tapi Alhamdulillah, berkat usaha, doa dan kesabaran di samping sokongan orang tersayang, aku dapat harungi semua tu. Serious aku cakap, sepanjang hidup aku bergelar seorang pelajar, viva thesis tu adalah presentation terbaik yang pernah aku buat. Aku lega yang teramat. Terasa bebanan terus hilang. Aku bangga bila thesis aku dapat pujian.

"You are a good researcher" kata seorang Dr. tu.

Biar betul. Tapi ini lah orang kata tak susah untuk jadi susah, tapi tak senang untuk jadi senang. Nak dapat ayat tu keluar dari seorang pensyarah yang perfectionist bagi aku memang agak-agak mustahil. Orang cakap, nak dapat barang baik, bukannya mudah. Perlukan pengorbanan. Dan aku pasti aku dah banyak berkorban dan bersabar. Dengan approach daripada mereka, terus pintu hati terbuka untuk sambung master. Mungkin segala tekanan dah tak ada, jiwa yang tenang boleh buat manusia berfikir dengan waras. Walaupun tangan aku sakit-sakit sebab kesum, aku senang dengan takdir yang Allah tentukan untuk aku.

At last, aku berjaya juga jadi seorang siswazah pada 7 Ogos 2010. Sekarang tengah tunggu nak start master bulan 12 sambil jadi RA untuk projek yang sama. Abah aku pun senyum je. Aku untung dapat sambung tajuk yang sama macam thesis undergrad dulu, tapi SFE tu bukan something yang boleh buat aku gembira. Huhuhu..harap-harap mesin kesayangan aku ni tak buat hal nanti. Sabar itu separuh daripada iman.

Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri ra.:
Bahwa sebagian orang Ansar meminta kepada Rasulullah saw., maka beliau memberi mereka. Kemudian mereka meminta lagi, beliau pun memberi mereka, sampai ketika telah habis sesuatu yang ada pada beliau, beliau bersabda : Apapun kebaikan yang ada padaku, maka aku tidak akan menyembunyikannya dari kalian. Barang siapa menjaga kehormatan diri, maka Allah akan menjaga kehormatan dirinya. Barang siapa yang merasa cukup, maka Allah akan mencukupinya. Barang siapa yang bersabar, maka Allah akan membuatnya sabar. Seseorang tidak diberi suatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada kesabaran
Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim : 1745
Sumber : http://hadith.al-islam.com/Bayan/Display.asp?Lang=ind&ID=574

Wednesday, November 24, 2010

Tulip: Simple But Still Nice

Pink tulips/floriade canberra

BUNGA. Rasanya semua perempuan suka bunga. Mungkin ada yang tak suka, tapi kalau dah orang kesayangan bagi bunga hatta bunga tahi ayam sekalipun mesti dalam hati rasa berbunga-bunga kan? Tipu la kalau cakap tak suka, kalau tak kenapa bila time konvo je kebanyakannya akan bagi bunga pada siswazah-siswazah yang diraikan. Ok, aku bukan nak cerita pasal bunga tahi ayam atau konvo, tapi nak cerita pasal bunga tulip.

Ok. Nama bunga ni berasal daripada perkataan arab iaitu 'Tulipa' yang bermaksud serban. Diambil dari bentuk kelopaknya yang macam serban semasa belum kembang. Bunga tulip dipercayai berasal dari Turki dan hanya dibawa masuk ke Belanda pada kurun ke-17 dan sejak itu, bunga ni diangkat menjadi bunga rasmi negara itu. Kalau Malaysia bunga raya jadi bunga kebangsaan, bunga tulip pulak jadi bunga kebangsaan negara Turki dan Iran.

Jangan tak tau, kat Malaysia pun ada bunga tulip ni. Hidup subur kat atas puncak Bukit Larut, Perak pada ketinggian 1,200 meter dari paras laut. Bukit Larut ni dah jadi salah satu tempat yang aku nak pergi nanti. Harap-harap orang yang berkenaan tu bersedia untuk bawa aku ke sana. Photoshoot kat sana. Hehehe..


Sebenarnya banyak keistimewaan bunga tulip ni. Bukan setakat jadi bunga rasmi 3 negara, tapi Kerajaan Uthmaniyah, Turki turut
terpikat pada keindahan dan kesempurnaan bunga tulip dan mulai membudayakan bunga tulip sejak tahun 1000. Di Kerajaan Uthmaniyah dan Belanda, tingginya permintaan ke atas tulip telah menimbulkan fenomena yang disebut Tulip mania. In fact, semasa zaman kegemilangan Kerajaan Uthmaniyah, era tersebut dipanggil Tulip era.
Kira legend la bunga tulip ni.

Dulu, someone pernah
bagitahu yang aku macam bunga tulip. Aku tanya kenapa tulip? Dia cakap tulip ni bunga yang sangat simple tak macam bunga lain, tapi tetap cantik dipandang. Aku masa tu bukan lah seorang pencinta bunga tapi naluri seorang perempuan yang suka tengok benda-benda cantik macam bunga-bungaan ni tetap ada. Aku happy. Rasa diri dihargai. Kiranya aku ni sorang yang simple. Hopefully it is true.