Friday, December 30, 2011

Bila 2 nak kahwin, 1 nak tunang...


Assalamualaikum...

Hari ni dapat dua undangan kahwin dari kawan baik sekolah menengah. Dua-dua sama tarikh dengan engagement date mistulip. Macam mana nak attend kalau kat rumah mistulip sendiri ada majlis? 

Actually memang dah tahu awal-awal lagi tarikh kitorang semua clash. Tapi apa nak dibuat tarikh dah ditetapkan. Boleh tak nak pergi jugak nanti. Pihak laki balik je, terus lari pergi sana dengan pakai baju tunang..Hahaha..

[picture] Jangan jadi runaway bride sudah...




mistulip: makin malas nak siapkan engagement prep..sigh...

Thursday, December 29, 2011

Rapuh


Assalamualaikum...

Rapuh by Opick. Sebelum ni selalu je dengar lagu ni. Tapi bila dengar masa tengok Tentang Dhia episod akhir, memang buat mistulip rasa goose bump...mungkin sebab ditambahkan dengan feel sedih cerita tu.


Meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepada-Mu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah pada-Mu...

Maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintai-Mu
dalam dadaku harap hanya
diri-Mu yang bertakhta...




mistulip: One word. I N S A F.

Makan hati



Sometimes we need to stop analyzing the past...

Stop planning the future...

Stop trying to figure out precisely how we feel...

Stop deciding with our mind what we want our heart to feel...

Sometimes we just have to go with...

Whatever happens-happens...

Just let go..

Just be...





mistulip: kalau boleh makan hati masak merah sedap jugak...

Wednesday, December 21, 2011

DIY: Carnation pomander ball


Assalamualaikum...

Presenting my carnation pomander ball...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Sejak bila entah jadi suka warna pink.

Cantik tak? Mistulip suka! Walaupun agak leceh nak buat bunga carnation tu satu-satu, tapi puas hati. Senyum sampai ke telinga. Hehehe..Mistulip buat bunga carnation tu ikut cara di sini. Cuma mistulip skip part warnakan crepe paper dan guna dawai pendek je cukup-cukup untuk cucukkan pada ball. 

Jadi, buat la banyak-banyak macam kat bawah ni. Lepas tu cucuk je dekat ball. Gamkan jugak tau. Nanti tak pasal-pasal bunga comey tu jatuh atas kepala masa majlis nanti. Huhuhu...

Sebelum tu, cucuk dawai keras pada ball dan ikat reben pada dawai tu.

Ok, dah siap pomander saya ni. Mr. yakuza pernah cakap bunga ni macam sayur. Hahaha..tapi memang betul pun, sekali tengok macam bunga kobis pun ada.

Kena siapkan 1 lagi pomander ball...




mistulip: bunga pink kat sebelah tu paper flower macam yang mistulip buat sebelum ni...

Saturday, December 17, 2011

Baucar Buku RM200


Assalamualaikum...

Kepada semua pelajar, ni cara nak tuntut baucar buku RM200. Ambil dari sini.


Cara Tuntutan Baucar Buku RM200 Pelajar Pengajian Tinggi Budget 2012 
Assalamualaikum dan salam 1Dunia, banyak email diterima bertanyakan bagaimana nak menuntut bantuan RM200 untuk penuntut pengajian tinggi seperti yang telah dijanjikan dalam budget 2012 oleh YAB PM DS Najib Razak. Kementerian Pengajian Tinggi memaklumkan cara tuntutan baucar buku RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 pelajar IPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6, seperti berikut: 
1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200. 
2. Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan. 
3. Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, berserta nombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / Nombor pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping. 
4. Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua. 
5. Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing. BukuInterlok dah tak perlu dibeli kerana dah dikeluarkan sebagai buku teks sastera. 
6. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012. 
7. Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012. 
8. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.
Semuga perincian ini dapat membantu semua pelajar pengajian tinggi yang sedang mencari informasi cara tuntutan baucar buku RM200 budget 2012. 


So, mistulip pun layak. Tapi nak beli buku apa ye?




mistulip: masa degree buku tebal-tebal, bukan baca pun..nak exam baca nota je..hahaha..

Dalam dunia saya yang bulat


Assalamualaikum...

Hari ni saja datang lab. Bukan buat lab, online je. Sebab bosan kat umah. Rentetan entri RALAT semalam, tiba-tiba gatal tangan nak buat entri penghargaan untuk si dia, my mr. future fiance. Sebab tak nak dibelenggu dengan rasa ralat lagi, mistulip nak happy-happy je walaupun mungkin boleh buat orang lain muntah darah. Huhuhu..

***

Dia buat saya gembira..



Kadang-kadang, dia buat saya berjauh hati...



Dia juga buat saya menunggu...

Dan dia buat saya termenung mengenangkan masa depan...

Tapi yang pasti, dalam dunia saya yang bulat...

Ada dia...ada kami...


Your absence has gone through me,
Like thread through a needle,
Everything i do is stitched with its colour....


***


Terima kasih untuk segalanya. Semoga yang terbaik milik kita. Amin.






mistulip: setiap kali tengok gambar last, mesti rasa nak gelak...tapi mistulip suka!hehehe...

Friday, December 16, 2011

R.A.L.A.T


Assalamualaikum...

DONE!

Yeay, selesai submit paper yang ke-3. Apa nasib paper tu, mistulip kena tunggu la. Sebabnya, perlu lalui lots of reviewing and editing processes. Accepted or rejected, mistulip hanya mampu berserah. Harapnya positif la ye. Ok, tak nak cakap banyak pasal paper ni.

Tadi baru dapat tahu yang seorang coursemate chinese dah kahwin. Tahniah buat Pee Kiat Ru dan pasangan. Husband Ru student electric engineering, sebelum ni selalu nampak dorang kat fakulti berdua. Tak sangka pulak, cepat dorang kahwin. Selalunya orang cina lebih tumpukan pada kerjaya dulu, baru fikir kahwin. Sebab tu kebanyakan orang cina kahwin agak lambat. Lambat disini bermaksud sedikit lewat kalau nak dibandingkan dengan orang melayu. Ni bukan statement mistulip tau. Seorang junior (chinese) yang bagitau mistulip.


Cakap pasal ni, mistulip rasa sedikit ralat. Orang cina yang tak terikat dengan hukum-hakam boleh je kahwin awal. Tapi, orang Islam? Atau lebih tepat orang melayu. Ada yang nak kahwin cepat, tapi dikekang dengan masalah kewangan. Ada juga yang tiada masalah kewangan, pasangan pun dah ada, tapi masih belum kahwin. Katanya belum bersedia. Belum masuk lagi kes hubungan tak direstui keluaraga. Macam-macam. Sedangkan pernikahan tu, sesuatu yang perlu disegerakan untuk mengelakkan sesuatu yang agama, keluarga, masyarakat dan kita sendiri tak ingini.

Abdullah Ibnu Mas’ud Radliyallaahu ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda pada kami: “Wahai generasi muda, barangsiapa di antara kamu telah mampu berkeluarga hendaknya ia kawin, karena ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa belum mampu hendaknya berpuasa, sebab ia dapat mengendalikanmu.” Muttafaq Alaihi.

Mistulip ralat sebab mistulip mungkin dalam golongan yang pertama. Nak kahwin cepat bukan bermkasud gatal dan desperate ye. Tapi macam yang cakap tadi, kalau dah bersedia, perkara yang baik ni perlu disegerakan. Kewangan buat masa ni memang jadi salah satu faktor. Mistulip cuma student master, gaji ada tapi belum cukup untuk simpanan bagi belanja kahwin yang pastinya banyak diperlukan. Bukan tak bersyukur tapi itu hakikat.

Bagi si dia pulak, faham-faham saja la memang perlukan masa untuk semua ni. Sekarang, kata orang nilai hantaran berdasarkan tahap pendidikan si perempuan. Walaupun pasangan itu sendiri tak nak macam tu, lain pulak kata keluarga. Lebih risaukan pandangan masyarakat sekeliling berbanding keberkatan sesebuah pernikahan tu. Habis, mistulip yang tengah buat master sekarang ni, berapa nilainya? Huhuhu..tak perlu disebut, tapi agak kelakar sebenarnya. Sebab, baru tengah buat master, belum betul-betul grad pun lagi. Funny right?


Ralat. Sekali lagi mistulip ralat. Sebab bukan saja dikekang dengan masalah kewangan, tapi status mistulip sebagai seorang student membuatkan keluaraga agak berat untuk melepaskan. Dulu, mistulip buat keputusan sambung master. Memang mistulip nak, tapi atas dorongan keluarga. Kalau mereka tak bagi dorongan, mungkin sekarang mistulip dah bekerja, dan mungkin dah boleh simpan banyak duit untuk kahwin. Entah-entah dah kahwin? Hahaha...Ralat sebab bila mistulip suarakan soal perkhwinan, ayat yang keluar mesti macam ni:

Habis, belajar tak habis lagi, macam mana nak kahwin?

Fahamkah mereka yang seoarang student master yang berstatus GRA (graduate research assistant) sama je dengan mereka-mereka yang lain yang bekerja dalam biadang penyelidikan. Sekali lagi ralat bila pernah juga keluar ayat macam ni:

Nanti sambung ambik PhD pulak, kalau nak kahwin masa tu, kahwin la..

Fahamkah mereka, ambik master by research adalah sama dengan ambik PhD? Yang membezakan cuma tempoh untuk PhD adalah lebih lama. Kalau masa PhD bagi kahwin, kenapa masa ambik master ni mereka agak keberatan? Mistulip positif. Mungkin mereka bimbang kalau dah berkahwin sebelum ambik PhD, takut-takut tak sambung terus. Yela, kalau dah berkeluarga kekangan masa dan bertambahnya tanggungjawab mungkin boleh mengubah niat asal kita. Tapi, insyaAllah kalau diizinkan mistulip memang nak sambung sampai PhD. Doakan mistulip ye...

Moga segala ranjau sepanjang jalan menuju kejayaan dapat diharungi dengan tabah. Amin...

Walaupun ralat, tapi Alhamdulillah lepas mistulip slow talk dengan mereka yang plan mistulip dan si dia nak kahwin bila mistulip dah di semester akhir dan dah siap buat lab, mereka terima. Terima. Tapi mistulip tetap nampak kegusaran di wajah mereka. Sedikit sebanyak buat mistulip tak sedap hati. Walau apa pun, syukur hubungan kami direstui. InsyaAllah tak lama lagi mistulip akan jadi tunangan kepada si dia. Rasanya tak ada apa yang lebih menggembiarakan hati kami selain mendapat restu dari kedua-dua pihak. Alhamdulillah.

Buat masa ni, mistulip cuba untuk bersabar. Menanti masa untuk kami disatukan. Ketepikan rasa ralat yang ada. Moga segalanya dipermudahkan. Entah kenapa tiba-tiba boleh tertulis tentang ni. Mungkin sebab dah lama dipendam dalam hati ni. Sebelum ni cuma si dia yang mendengar, tapi bila dapat tahu Ru dah kahwin, rasa ralat tu muncul kembali. Tak habis-habis dengan ralat kan? Hehehe...ok, end of story. Kita fikir yang gembira-gembira saja ye. Jangan bersedih lagi. Allah sentiasa bersama kita ketika kita perlukan-Nya...





mistulip: teremosi sikit ari ni..

Wednesday, December 14, 2011

Bercuti di Sabak Bernam


Assalamualaikum...

Hujung minggu hari tu mistulip menghabiskan masa cuti di Sabak Bernam, rumah kakak sulung. Perjalanannya memakan masa 3 jam. Penat jugak la drive sorang-sorang. 3 hari 4 malam tau kat sana, jadual pack dengan pelbagai aktiviti. Hehehe..Nak tau apa mistulip buat 3 hari kat sana? 

***

Day 1

Attend kursus gubahan bunga di kolej tempat Kak Na mengajar, Kolej Komuniti Sabak Bernam. Actually banyak tau kursus-kursus yang ada, menjahit baju, seluar, langsir, manik, memasak kek, coklat, masakan barat, mengayam, menyulam, kursus buat ais krim, kursus fotografi dan banyak banyak banyak lagi. Semuanya untuk membangunkan komuniti dan memberi kemahiran kepada penduduk setempat. Namanya kolej komuniti kan. Kursus pendek seumpama ni memang sentiasa diadakan pada setiap hujung minggu dan dinamakan pembelajaran sepanjang hayat. Siapa-siapa sahaja boleh hadir dengan syarat kena la register dulu.

Kursus gubahan bunga ni bawah seliaan unit fesyen. Untuk hari pertama belajar 2 jenis gubahan iaitu:

Before and after. Kak Na ngan bunga dinding gubahannya.

Before and after. English style topiary.

Lepas habis kursus, terus pergi kenduri kahwin kawan Kak Na. Dua kenduri. Memang penuh perut makan. Hehehe...Balik rumah terus pengsan. Buruk perangai betul. Huhuhu...Dah rehat-rehat, petang tu kami (mistulip, Kak Na dan Kak Hanim housemate Kak Na) ke Bagan Nakhoda Omar aka BNO. BNO ni boleh dikatakan jeti la. Bukan pantai untuk mandi manda, sekadar tempat bersantai di hujung minggu, tengok pemandangan laut.

Makan aiskrim sambil tengok laut...


Ni la pemandangan kat BNO. Masa ni air tengah pasang.


Mee udang special BNO. Rata-rata orang datang kedai ni, memang order mee udang ni. Not bad rasa dia, tapi nak habiskan tu, lama-lama muak. Maybe kitorang dah banyak makan mas kenduri tadi..huhuhu..

Day 2

Hari kedua kursus, belajar 3 jenis gubahan. Gubahan bunga tangan dan bunga untuk hantaran daripada bunga segar, dan 1 lagi pomander ball dari bunga plastik:

Before and after for hand bouquet. Tapi sayang bunga segar tak tahan lama, kalau tak boleh simpan guna untuk kahwin nanti. Hehehe...


Ni bunga gubahan untuk hantaran. Letak je dalam bakul, letak barang hantaran, siap...Bunga segar jugak.


Before and after for pomander ball. Yang ni boleh simpan sebab bunga tiruan.


Hasil gubahan kami untuk dua hari kursus, semangat Kak Na susun semua ni.

Kesimpulannya, mistulip boleh guna 2 bunga dinding, 2 topiary dan dua pomander ball untuk hias mini pelamin tunang nanti. Hahaha. Sudah jimat disitu.

Day 3

Kami ke Sungai Besar. Shopping! Banyak jugak la mistulip beli. Semua murah-murah. Beza sangat-sangat dengan harga kat Bangi, Nilai or KL. Lama-lama duk sini, boleh gila. Hehehe...Tapi gambar tak de nak tunjuk. Yang pasti, semua barang-barang untuk mini pelamin dah beli. Settle.

***

Hari Selasa pagi baru mistulip bertolak balik ke Bangi, terus masuk lab. Balik rumah, ni yang jadi pada bunga-bunga segar tu.

Keringkan. Boleh buat potpourri =)




mistulip: walaupun penat drive jauh, tapi seronok pergi Sabak Bernam...

Friday, December 9, 2011

Happy belated birthday Eastlass!


Assalamualaikum...

Boleh pulak tak perasaan blog ni dah umur 1 tahun...hahhaha...tengok-tengok ticker umur eastlass dah 1 year, 2 weeks and 1 day old...



Happy belated birthday! Sorry lambat wish. Hahaha...

Image Detail

Dah setahun ek..cepat je masa berlalu. Dulu saja-saja buat blog, tulis je apa yang terlintas di hati. Sekarang dah lebih ke arah wedding blog plak. Sebenarnya tak, cuma ikut keadaan semasa mistulip. Jadi tempoh setahun yang akan datang mungkin akan lebih ke arah wedding blog =p



mistulip: saya pun dah makin tua...huhu...

Budak kecik suara sedap



Kecik-kecik dah ada suara sedap...serious!




Comel kan budak ni...mistulip dengar dia nyanyi rasa macam nak cubit je pipi dia...hehehe...



mistulip: actually tengah B O S A N...

Thursday, December 8, 2011

DIY: Paper flower


Assalamualaikum...

Seperti yang dijanjikan, hari ni nak share macam mana mistulip DIY paper flower. 

Here it is, step by step to make mistulip version of paper flower. Hahaha...siap bagi nama sendiri...


1. Bahan-bahan yang diperlukan (Crepe paper, gam, gunting, dawai saiz 26). Tiada dalam gambar cutter.

2. Mistulip buat 2 saiz paper flower. Potong je crepe paper tu ikut saiz garisan yang dah sedia ada kat crepe paper tu (nampak tak garisan?). Untuk bunga kecik, lebar dia 1 garisan, panjang mistulip potong kepada dua. Untuk bunga besar, lebar 1.5 garisan, panjang mistulip x potong dah. Lupa pulak nak ukur kertas tu. Huhu..ampunnn...Tapi kalau tak silap, ukran dia lebih kurang;

Bunga besar: 100 cm x 7.5 cm (P x L)
Bunga kecik: 50 cm x 5 cm (P x L)


3.Yang ni mistulip tunjukkan untuk saiz bunga kecik. Ambik kertas yang dah potong tadi, lipat kepada 8 bahagian.

4. Potong membulat kat bahagian atas, biar jadi macam kubah.

5. Bila buka, akan dapat 8 kubah. Lipat dua, tapi biar bertindih selang seli. Gunting tiga kubah yang bertindih di belakang.

6. Bila buka, hanya tinggal 5 kubah dan 3 kubah yang dipotong tadi dah jadi macam budak tadika lukis rumput. Hahaha..macam-macam nama dah bagi...5 kubah ni la yang akan jadi petal dan rumput tadi akan jadi flower bud (kudup?).


7. Letak gam di sepanjang bahagian rumput dan gulung je rapat-rapat.

8. Gulung bahagian kubah tadi. Tapi, bukan main gulung je, ada teknik dia jugak tau. kalau tak petal tu tak jadi cantik. Mistulip buat berpuluh-puluh bunga baru dapat dia punya teknik gulungan tu. So, kalau first time buat tak jadi, it's normal. Cuba, cuba dan cuba lagi.

9. Bila dah di gulungan petal terakhir, pegang kemas-kemas bunga dan ikat dengan dawai kat bawah. Kalau nak secure kan lagi, leh la tape guna flower tape yang warna hijau. Dah siap, boleh la adjust petal bunga, kembang-kembangkan sikit ke sebab crepe paper tu memang jenis yang boleh stretch.


Ni la hasilnya... Pink dan peach bunga kecik. Oren bunga besar. 


Benda ni la yang mistulip mengadap tiap-tiap malam. Alhamdulillah, dah siap semua. Kebanyakannya memang mistulip guna paper flower ni untuk buat hiasan hantaran, hiasan mini pelamin dan jugak hand bouquet. Hand bouquet yang mistulip DIY guna bunga ni boleh tengok kat sini.

Eh, lupa pulak nak bagitau pasal kos.

Kertas : RM1.50 sekeping
Gam: 50 sen
Dawai: RM1.00/plastik

Bunga kecik boleh buat dalam 18 kuntum untuk sekeping kertas, RM1.50/18 = 8 sen sekuntum. Lebih kurang 10 sen jela kalau campur dengan kos gam dan dawai.

Bunga besar boleh buat dalam 7 kuntum untuk sekeping kertas, RM1.50/7 = 21 sen sekuntum. Tak sampai 25 sen if campur ngan bahan lain.

Murah kan????


Selamat mencuba!




mistulip: bunga carnation pun mistulip ada buat..untuk buat pomander ball...hehe..dh siap, baru tunjuk ek...

Wednesday, December 7, 2011

Manusia sering mengeluh


Assalamualaikum...

Mistulip dah habis present.
Dari pagi lagi dah huru-hara.
Manakan tidak..
Dari jadi last person untuk present hari Jumaat nanti.
Tup,tup jadual ditukar last minute petang semalam.
Mistulip kena present TODAY!!!
Dan hanya tahu pagi tadi..

Nasib baik...
Mistulip bernasib baik sebab dah buat draft slide tu..
Tunggu nak tambah dan edit je...

Kata orang tak baik mengeluh...
Tapi, kalau tak mengeluh pun, memang boleh buat terkejut..
Bila terkejut, mula la kalut..
Dah kalut, mula la stress..
Dah stress, terus rasa sakit hati..
Akhir sekali, mengeluh jugak la nampaknya..
Hahahhaha...


Ok, lain kali jadikan iktibar ye..
Prepare awal-awal...
Kalau tak nak terkejut dan end up dengan mengeluh...
Ish3...tak habis-habis dengan mengeluh...

Dah..
Mistulip nak senyum pulak..
Sebab dah habis present..
Tak perlu fikir banyak-banyak lagi..


Senyum..tak perlu kata apa-apa =)




mistulip: Dr, lain kali jangan buat saya terkejut macam ni lagi..huhuhu...

Monday, December 5, 2011

Paper flower hand bouquet


Assalamualaikum...

Presenting my paper flower hand bouquet.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Konon surprise, padahal tak mana pun..Haha...Ok,here it is...


Kualiti gambar terjejas akibat proses crop yang berulang kali...hehe...



Cantik tak? Buatan tangan yang tak berapa berseni. Tapi mistulip berpuas hati. Sebabnya, paper flower tu pun DIY sendiri tau. Kena buat tutorial ke? Bajet ramai yang baca blog ni je. Huhu...Apa salahnya kan. Sharing is caring right? Tutorial untuk DIY paper flower versi mistulip ni akan dibuat kemudian ok. Coming soon!!!





mistulip: kuat betul mistulip berangan..siap try pakai full outfit sekali ngan veil dan head band dah..huhu..