Monday, January 31, 2011

Sharing Is Caring 5: Krisis di Mesir


Assalamualaikum...

Semua orang tahu kan yang kat mesir sekarang ni ada krissis, tapi tak semua tahu seteruk mana krisis tu. Aku dapat info terkini krisis di mesir ni dari blog.arif.



Bila baca balik rentetan kejadian yang berlaku di Mesir sekarang ni, aku rasa sangat kesian kepada pelajar di sana. Aku faham sangat situasi mereka dan aku rasa apa yang mereka alami sekarang berpuluh kali lebih teruk dengan keadaan di Moscow. Aku juga teringat kepada segelintir pembaca blog.ariff yang juga merupakan pelajar kursus perubatan di Mesir dan juga kawan-kawan seangkatan di MAI ni yang kebetulan menghabiskan masa cuti musim sejuk di sana. Harap mereka semua ni dan seluruh rakyat Malaysia di sana selamat.

Inilah nasib pelajar kita yang belajar di luar negara kalau ditempatkan di negara kelas kedua atau ketiga. Aku rasa satu hari nanti kerajaan patut menghentikan daripada menghantar pelajar ke negara-negara yang bermasalah dan hanya menempatkan pelajar di negara maju sahaja. Sebentar tadi aku baru dapat mesej melalui Facebook daripada seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Egypt berkenaan keadaan pelajar di sana dan aku rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu yang sepatutnya kerajaan kita perlu secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.

Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.

Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:

Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

- Nadia

So what can you do now?

  1. Kalau ada Twitter, retweet this. Aku sengaja mention @NajibRazak dalam tajuk entri supaya everytime orang retweet, akan automatically mention nama dia. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care.
  2. Reblog this. Copy paste dan post dalam blog. Time ni memang aku galakkan sangat-sangat untuk korang copy paste.
  3. Share this on Facebook.
p/s: aku dah share kat blog ni, harap-harap boleh membantu..praying hard that all malaysians there will be fine..

WIR Campaign: Wear It Right!


Assalamualaikum
...

Semua orang boleh pakai hijab, tudung dan shawl segala bagai. Tapi tak semua orang boleh pakai dengan cara yang betul, dalam erti kata yang lain menutup aurat dengan betul. Bukan sekadar menutup rambut, tapi leher dan dada pun perlu ambil kira. Kalau tak, memang tak guna la pakai semua tu.


Sekarang bertudung ni dah jadi lebih kepada trend, bukan untuk menutup aurat sebetul-betulnya. Macam-macam fesyen dan gaya ada, sampai boleh buat yang tak bertudung jadi nak bertudung. memang bagus kalau macam ni, tapi rasanya mereka-mereka ni lebih tertarik kepada fesyen tu sendiri, bukan niat kepada nak menutup aurat.

Jadi, usaha Sue Anna Joe buat kempen WIR ni memang patut disokong dan dipuji. Menutup aurat dengan sempurna. Peringatan untuk diri aku sendiri jugak sebab rasanya cara aku berpakaian pun masih belum sempurna, sopan tak semestinya menutup aurat kan?



Tapi ingat, aurat seorang perempuan memang susah untuk dijaga. Sekalipun kita pakai tudung dah sempurna menutup rambut dan dada, kalau pakaian masih ketat dan singkat tambah dengan trend legging semakin berleluasa, tetap tak sempurna penjagaan aurat tu. Tapi tak apa, berubah secara perlahan-lahan itu lebih baik asalkan ikhlas. Moga-moga sifat istiqamah tu ada dan ianya kekal hingga akhirnya.


So, let's do it right. Wear your hijab in a proper way...

Thursday, January 27, 2011

Heaven of Desires


Nak tengok drama ni tak?



Drama ni? Ada takuya kimura tu!


Kalau rasa nak tengok anime-anime ni, boleh tak?






Drama dan filem melayu boleh jugak nak tengok...


Siapa peminat filem P.Ramlee?


Nak tengok semua benda kat atas tu ke?


Sila la ke website Heaven of Desires ni. Banyak lagi drama, anime dan movie yang lain untuk kaki download. English tv series kegemaran semua orang pun ada. Semua link mediafire. Siapa tak suka mediafire kan?





Tapi nak dapatkan semua tv series ni, kena la donate sikit untuk dapatkan password vip. Berapa pun tak kisah, donate seikhlas hati, kata admin...

http://www.smileycodes.info

p/s: banyak-banyak website yang provide link-link download ni, aku rasa HOD ni la yang paling best.

Monday, January 24, 2011

Masak Memasak: Udang Masak Tempoyak


Assalamualaikum..

Fikir punya fikir nak letak resepi apa dalam entri masak memasak hari ni, aku teringat kat udang masak tempoyak masakan mak room mate aku masa tahun 2 dan 3 time degree dulu. Setiap kali dia balik rumah hujung minggu, datang hostel balik mesti dia bawa bekal udang masak tempoyak ni. Sangat sedap. Kat rumah, mak aku memang tak pernah masak apa-apa lauk berkaitan tempoyak, jadi tak pernah tahu macam mana nak masak lauk yang macam ni. Apa lagi, cari la kat myresepi.com



curi dari pakcik google...

Bahan-bahan (5 orang)

  • Udang sederhana besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5-10 biji cili padi (ikut kepedasan yg dikehendaki)
  • 3-5 sudu tempoyak (ikut kepekatan yg dikehendaki)
  • 1-2 helai daun kunyit
  • sedikit kunyit hidup
  • garam & gula
Cara-cara
  1. Tumbuk bawang merah, putih, kunyit hidup dan cili padi.
  2. Masukkan bahan yang ditumbuk bersama air ke dalam periuk.
  3. Masukkan tempoyak, garam dan gula. Sesuaikan rasa.
  4. Apabila mendidih, masukkan udang dan daun kunyit.
  5. Dah masak, sedia untuk dihidangkan.
Kalau nak kuah banyak, boleh la tambah air lagi. Kalau aku suka makan yang pekat, macam sambal. Makan dengan nasi panas-panas memang sedap...Hatta makan dengan nasi tak panas pun sedap..

Friday, January 21, 2011

Entri Kosong 5: Teringat Budak Comel Akif


Assalamualaikum..


Hari ni hari malas bagi aku dan aku pasti bagi orang lain jugak. Semalam kan cuti, bila nak datang lab untuk satu hari je lagi dalam minggu ni, malas dia memang lain macam. Bila malas berleluasa, kerja satu pun tak buat, aku berangan macam-macam.

Yang paling diangankan mesti la rumah kat kampung. Sejauh mana pun kita pergi merantau, memang rumah jugak tempat yang paling best. Best sebab jumpa family, makan sedap-sedap walaupun lauk simple je, boleh tgk tv dengan berleluasa dan yang boleh buat hati girang tengok gelagat anak-anak buah yang adorable.


Mood malas dan tak semangat ni memang buat aku teringat kat budak kecik yang comel ni.



akif anak buah ke-2, adik kepada eka...comel kan?


chubby cheek of him...siapa yang cakap akif ni
tak adorable dan cute memang senget..


suka tengok pic akif dengan cika dan abg long dia ni..huhu..

Rindu akif. Ni baru anak buah, kalau anak sendiri tak tahu la macam mana. Mahunya menangis kerinduan. Akif ni memang baby yang sangat adorable. Pastu dia ni cerdik dan jenis cepat. Cepat maksud aku masa dia umur 2 hari dia dah boleh angkat kepala, masa umur 5 hari dia dah boleh senyum bila kita agah dia, masa dia umur 2 bulan, dia ketawa siap dengan bunyi excited lagi. Dan masa umur dia 2 bulan jugak la, kita tunjuk buku yang penuh dengan gambar-gambar haiwan ikut abjad, mata dia akan jadi bulat dan tengok sungguh-sungguh kat mana tempat kita tunjuk. Nampak macam dia tengah belajar.


round eyes of him..

Tengok akif ni, buat aku tak sabar nak ada anak sendiri..huhu..Naluri keibuan jadi membuak-buak. Mungkin jugak sebab aku yang babysit dia masa dia mula dilahirkan sampai umur 3 bulan. Masa kakak aku dalam pantang, aku la yang berjaga tengah malam, buat susu dan tukar lampin budak comel ni. Dia tidur pun dengan aku, mana la aku tak rindu. Tak sabar betul nak balik kampung raya cina ni. Akif dan eka tunggu cikmi balik ye..


p/s: nak jadi ibu yang penyayang dan sporting, mesti anak-anak sayang...berangan je lebih, kahwin pun tak lagi..huhu..macam mana tu..

Wednesday, January 19, 2011

Bad Habit 4: Nak Marah Ke Tak


Assalamualaikum...


Semua orang disekeliling kenal aku sebagai seorang yang pendiam. Memang tak banyak bercakap. Tak pandai nak bergurau pun ada. Kalau orang bergurau atau usik aku, aku boleh senyum atau sengih je. Tak pandai nak balas balik atau respon pada gurauan tu. Tak berapa nak ceria. Boring ke hidup aku? Dull? Kat dalam blog bukan main lagi ber'aku' ber'engkau'. Kat luar jangan harap la.

Disebabkan sifat aku yang macam ni, memang kalau aku ada terasa hati atau ada orang buat salah pada aku samada sedar atau tak, aku tak mampu nak marah. Senang cerita jenis pendam. Dalam hati sakit hati, tapi boleh lagi berlagak cool dan kononnya tak kisah pasal semua tu. Selagi boleh sabar aku sabar. Pernah terjadi kes roommate aku masa matrik dulu, aku boleh cakap dia khianati kepercayaan yang aku berikan pada dia. Memang silap aku, disebabkan nak kejar masa aku bagi je kad atm aku untuk dia pinjam sebab masa tu dia dalam kesusahan. Memang emergency(dari cerita dia la). Disebabkan aku terkejar masa nak ke kelas, dan dia nak guna duit cepat aku boleh bagi je kad atm tu.


Aku ingat dia nak pinjam dalam 100, 200. Tengok-tengok dalam akaun, hilang 1000 ringgit. Mahu tak terkejut. Aku marah, tapi boleh simpan dalam hati je. Sangat sedih. Dalam hati macam-macam aku rasa. Yang buat aku lagi sakit hati, rupanya duit tu dia bagi kat boyfriend dia yang ada masalah hutang. Mula-mula cerita lain, last-last aku tahu lain. Sia-sia aku bersimpati. Walaupun lepas tu dia bayar balik 1000 ringgit tu sikit demi sikit. Tapi tetap buat rasa percaya aku pada dia hilang. Hilang sekelip mata. Yela, disebabkan kejadian tu, aku pulak yang tak ada duit.



sabar itu sebahagian dari iman...

Tapi nasib baik aku boleh harungi episod duka tu dengan sokongan dari kawan-kawan yang lain. Lepas tu aku dah tak rapat dengan dia, dia pun dah tak bertegur dengan aku. Aku dapat rasakan dia malu dengan aku. Ni satu je contoh, banyak lagi kes lain. Tapi biarlah jadi rahsia dalam diri aku. Yang pasti sangat menyesal aku boleh bertindak macam tu. Kawan punya pasal. Aku ni senang dibuli ke sebenarnya?huhu...


Dari satu segi memang la elok tak marah-marah, banyak sabar. Seumur hidup aku, aku memang tak pernah tinggikan suara pada orang lain. Orang lain maksud aku kawan sekelas, kawan sebilik, kawan-kawan lain, saudara-mara, cikgu, pensyarah, orang-orang yang aku baru kenal, orang-orang kat pejabat atau kaunter dan yang seangkatan dengannya. Orang yang aku boleh marah cuma adik-adik aku. Memang selalu kena kat aku. Jadi sifat amarah cuma kelihatan kurang dari 5% seumur hidup aku. Yang tak kelihatan mungkin banyak.
Hipokritkah aku?

Dari satu segi yang lain, sifat yang macam ni memang tak elok. Memang ciri-ciri yang disukai oleh kaki buli. Nampak aku macam tak ada pendirian dan tak mampu nak tegakkan kebenaran. Orang buat salah kat diri sendiri, boleh buat senyap je. Sampai bila baru boleh nak suarakan pendapat dan hak sendiri. Memang la tak nak cari gaduh ngan orang, tapi pendam lama-lama boleh buat jiwa tak berapa sihat. Lama-lama sabar ada limitnya jugak. Bila jadi macam tu, aku rasa aku bukan diri aku sendiri. Harap-harap tak la sampai begitu sekali.


Aku sebenarnya teringin nak jadi seorang peramah, ceria, boleh senangkan hati semua orang even baru kenal, orang tak kekok atau janggal dengan aku. Setiap kali nak ke tempat baru, mesti niat dalam hati nanti tak nak tunjuk sifat pendiam sangat, baru senang nak dapat kawan. Tapi dah berapa banyak tempat baru aku pergi (maksud aku environment baru) tetap macam tu, orang masih labelkan aku pendiam. Aku tak anggap pendiam ni sebagai kelemahan, cuma dari satu segi sifat yang macam ni buat aku kurang keyakinan diri. Sebenarnya berpunca jugak dari diri aku yang memang jenis pemalu dan penakut.




Aku bukan nak menggalakkan sifat pemarah, banas-baran. Memang la tak elok marah-marah yang menunjukkan kita kurang sabar. Tapi berpada-pada lah, jangan sampai dibuli dan dipijak-pijak. Habis tu nak buat macam mana? Aku dah cuba untuk kurangkan, cuma boleh harap dapat atasi sifat macam ni pada masa akan datang seiring dengan usia. Yang akan buat aku lebih matang dan berani. Mampu suarakan apa yang aku rasa betul dengan harapan lebih yakin mengharungi apa jua cabaran yang mendatang dengan pelbagai ragam manusia.


p/s: dengan orang yang aku rapat, aku sebenarnya banyak cakap pulak...hehe..

Tuesday, January 18, 2011

I'm A Woman Too


Assalamualaikum...

I'm a woman. Woman is an insecure human being. Like other woman, I also do have the feeling of insecure when I go outside, crowded with many kind of people with various behaviours and modes.

Woman. Too many cases where they are exposed to all sorts of violations. Although there are leaps and bounds in securing rights for themselves and calling attention to sexist injustices, still there is much room for progress and women still suffer discrimination and violation of basic rights all over the world. And I'm still a woman..the insecure feeling is always exists to think that myself is not always safe from those violations.

Woman was created from the ribs of a man...
Not from his head to be above him...
Not from his feet to be walk upon him...
But from his side to be equal...
Near to his hand to be protected...
...and close to his heart to be loved.

Woman do have the rights to be protected by human being that we called man. I'm a woman too. Need to be lead. Need to be protected. Need to be appreciated. Need to be loved. By the men in my life as the way I love and follow them.


protect and love your women as if she is your baby girl...

Hopefully gentlemen out there can lead, appreciate and love their grandmothers, mothers, wives, daughters, sisters, aunties, nieces, girlfriends and all women around them in their lives in an honourable way. It is a must. Only then you will be a respectful grandfather, father, husband, son, brother, uncle, nephew, boyfriend and honourable man in their lives...

Be honourable yourself if you wish to associate with honourable people.

"Men are the managers of the affairs of women because Allah has preferred men over women and women were expended of their Rights". The Koran 4:34


p/s: this is my 30th entry and after this, eastlass is an official blog of mine...when the first time I created this blog, a promise has been made to mr.yakuza aka manager, supporter and blog critic that i will make a trial to write 30 entries first before officially involve in blogging world..still, there are lots of things I need to learn after this...

Monday, January 17, 2011

Sharing Is Caring 4: Cantik Memakan Diri


Assalamualaikum..


Aku sebenarnya fikir banyak kali nak share artikel yang ditulis oleh mr.yakuza kali ni. Respon dari pembaca di syok.org memang hangat. Ramai yang setuju tapi ada juga yang menegur. Bukan apa, bahasa yang digunakannya, aku akui agak kasar. Memang boleh buat orang tersentap. Tapi kalau dah tegur cara elok masih tak ada apa-apa, kiranya tak salah kalau mr.yakuza sedikit emosi dalam penulisannya.

Yang penting, apa yang dikatakan tu memang benar dan kita yang membacanya cuba ambil ikitibar dari situ. Kalau rasa nak marah dengan bahasa yang digunakan, sila abaikan, fokus pada isinya ye. Disebabkan itu, aku share jugak artikel ni. Selamat bermuhasabah diri..


Gemuk --> kurus = tutup --> bukak

Aku bukan nak bias pada Perempuan tp dunia sekarang suka guna korang utk mencelakakan zaman skrg. korang adalah subjek utk dimanipulasikan dlm pelbagai perkara contohnya, kecantikan, penampilan, status, kepuasan, kekejaman, keenakan, kemusnahan dan macam2. Gua cakap nie, perkara-perkara yg sentiasa gua tengok dalam TV,Radio, majalah-majalah, blog-blog n mana2 laa yg boleh diiklan kan dn menarik perhatian ramai. Memanipulasikan korang dari aspek:-

Demi Kecantikan- lipstick,syampoo,jerawat,putih kn muka, warna kan rambut…dari aku kecik lagi kot sumer iklan mmg korang laa dalam tu.


Demi Penampilan-alat menguruskan badan, alat bg makin cergas,agak tegakkan bontot, alat kurangkn kedutan..mcm-mcm kn..korang dipermainkan?


Demi kepuasan – iklan memberi keyakinan apabila berjalan, tidak lain tidak bukan tisuuuuuuu, alangkah bodoh nyer mak bapak n abg-abg dia..bg si perempuan itu maen tunjuk-tunjuk punggung kat semua rakyat…bagaimana anak kecik gua tengok yer??


Tapi taget aku adalah trend dari zaman dulu-dulu lagi.. PRODUK MENGURUSKAN BERAT BADAN, bukan sahaja menarik minat perempuan yg obsess pada berat malah yang dh mantap pun terasa nak guna jgak. dek penangan iklan produk tersebut! korang perasan x?? gambar2 yg terdapat dalam majalah2 dan akhbar yang menjual produk kurus tuu.. Yelaaa gambar membuktikan berjayanya hasil produk belia..bce nie


SEBELUM - SELEPAS
GEMUK - KURUS

BAJU KURUNG - T-SHIR KETAT (ADA SHAPE)

BERTUDUNG/HIJAB – FREE HAIR

MUKA NATURAL – MAKEUP/EYESHADOW dan LIPSTIK

KENING BIASA – KENING MERUNCING (DICUKURRRRR)

CONFIDENCE LEVEL LOW – HIGH CONFIDENCE LEVEL


Kepala bapak kau!!! aku tak sanggup tengok warga perempuan terdekat aku yang gemuk berhijrah kepada kurus dgn pakej masuk neraka sekali...bodoh sgt laa..korang bukannye kurus pun tp korang makin mededahkan dan makin menyeksa badan, paling penting turut serta mengheret suami abang-abang ke lubang neraka sekali. Korang telah ditukar daripada yg elok takde isu nak timbul terusss bertukar kepada yg seksi, berbonjol, muka dh makeup, kening dah runcing, ketat nak mampus(kalu tak, tak Nampak shape kurus tuu),yg sangat terukkk Free Hair daripada elok-elok bertudung…ape kata suami awk?? Hot??? Hampehhh…menjual badan diatas permukaan shj..tontonan semua org.. konon makin berketerampil? Jadi santapan kucing-kucing kurap lagi gersang adalaa..

Tabloid2 ini memangg saluran iblis2 laa..guna utk kita hanyut lupa suruhan dan buat kita dah xtau aper yang benar dan ape yang sesat.. jelas sangatkan kita sesat..iblis tiup slow hal mcm nie lama2 kita terima laa walaupun dh tau salah tp cakap sahaja..dah masyarakat skarang terima jadi semua Nampak betul-betul jerr..so tak salah kan?? taik kambing x salah!!! wahai perempuan jgn duk terpengaruh sangat...mmg nk gunakan korang..ingat ko hanya utk suami ko jer..baik burukk ko dia tanggung sumerrr..lgpun dia memang janjikn akan jaga ko seumur hidup dengan sebaik-baiknya masa akad nikah dulu. so ape de hal gemuk-gemuk??

Dulu budak lelaki sembunyi dalam semak pijak duri2 n digigt nyamuk dalam gelap semata2 nk ushar gadis..skrg xpyh susah2 dh bukak TV je..mcm2 ko bleh tgk...siap joget2 lg...oh mudahnyerr



p/s: aku perempuan..memang ada perasaan nak selalu orang nampak aku cantik..berat naik sikit mula la risau, takut nanti pakai baju pape nampak tak cantik..aku mengaku..perempuan lain pun camtu..kalau tak kenapa bila nak keluar, mesti nak pkai cantik-cantik, makeup cantik-cantik..tapi bila dah cantik sehingga menarik perhatian lelaki memang boleh buat dosa..aku sedar dan aku cuba untuk perbaiki diri..memang media gunakan perempuan untuk lariskan produk mereka..cuma yang aku boleh buat, dan harap perempuan-perempuan kat luar sana juga boleh buat, jangan la aku dan anda semua tergolong dalam perempuan yang diambil kesempatan oleh pihak media untuk dijadikan pelaris produk mereka..pilihan kita yang tentukan..siapa tak nak jadi wanita solehah kan?

Keyakinan Diri Itu Penting, Tapi...


Assalamualaikum...


Kali ni cuma entri tak berapa pendek cerita tentang keyakinan diri atau self confidence. Orang cakap keyakinan diri mesti ada..kalau tak, sampai bila pun tak boleh nak maju, masih di takuk lama. Nak buat sesuatu mesti yakin kalau nak ianya berjaya.

Nak berucap depan orang ramai, yakin mesti ada, kalau tak mahu tak terketar-ketar kat depan. Nak masak, mesti yakin nak letak garam banyak mana, kalau tak yakin alamatnya orang nak makan pun tak berani. Nak masuk dewan exam, perlu yakin, kalau tak memang tak boleh nak jawab dengan baik sebab nervous terlebih-lebih..Sama dengan masa interview jugak, yakin mesti ada, kalau tak orang nak bagi kerja pun tak yakin tengok kita tak yakin..

Mana-mana pergi, apa-apa buat pun kena yakin. Tapi kalau keyakinan diri melebihi kemampuan diri, ni yang boleh buat diri sendiri jadi bahan lawak untuk orang lain.
Ni lawak minggu lepas tapi baru sempat nak kongsi hari ni..semuanya gara-gara berita yang kononnya fb akan ditutup..




klik untuk tumbesaran..dari fb oh! media

Tak salah untuk bercita-cita tinggi, cuma jangan terlalu dibanggakan sedangkan belum tentu dapat dicapai..Tak salah nak letakkan target yang tinggi, tapi jangan sampai keterlaluan sehingga mengeluarkan kata-kata yang tak masuk akal..menyebabkan kita kelihatan bongkak di mata orang ramai. Akhirnya, diri sendiri jadi bahan lawak..

Wawasan dalam diri perlu ada, tapi berpada-pada lah..Siapa yang cakap tak boleh berangan tu memang tak ada cita-cita. Berangan tu penting tapi biar la diiringi dengan usaha sesuai dengan kemampuan diri. Bukan angan-angan mat jenin yang memakan diri. Aku pun kalau ikutkan angan-angan semua pun target yang tinggi-tinggi, tapi fikir pada kemampuan lebih baik simpan dalam diri sendiri dulu. Sampai masa, dah mampu dan yakin, nak cerita kat orang pun dah tak segan..
Bersederhana itu lebih baik sebenarnya.

Keyakinan diri itu penting, tapi biarlah selaras dengan kemampuan diri...


p/s: kisah Dr. Rozmey ni cuma contoh..bagus ada orang melayu yang berwawasan macam dia..tapi filem 2 alam punya pencapaian memang tak terjangkau dia punya target..untuk dRbook ni macam mana la agaknye nanti..

Wednesday, January 12, 2011

Masak Memasak: Crispy Potato Wedges


Assalamualaikum..

Kali ni dapat resepi crispy potato wedges dari mr.yakuza. Yakuza-yakuza jugak, tapi jangan ingat yakuza tak masak..hehe..mr.yakuza ni memang suka makan western food..sebab dari kecik dia tak suka makan nasi. Dah besar ni pun, makan nasi tengahari susah betul nak habiskan. Bila lunch dengan dia menjadikan aku nampak makan banyak sebab aku makan sentiasa habis, dia pulak boleh bilang dengan jari berapa kali dia mampu habiskan nasi tu..huhu..tak boleh jadi aku makin berat, dia makin ringan (gemuk-gemuk perkataan sensitif ye). Ok, dah..stop melalut..Orang-orang yang tak suka makan nasi, cuba la resepi ni..dijamin sedap oleh mr.yakuza.


Bahan-bahan (2 orang):

  • 2 biji kentang bersaiz XL- potong berbaji (wedge)
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam AJISHIO
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 biji putih telur
  • Tepung gandum
  • Garam
Cara-cara:
  1. Kentang dibersihkan dengan air suam. Potong berbaji tanpa membuang kulitnya.
  2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan, tunggu hingga agak suam.
  3. Satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang sehingga kedua-dua serbuk tadi menyaluti kentang.
  4. Pukul putih telur, tak perlu sehingga kembang. Masukkan kentang satu per satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
  5. Goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
  6. Hidangkan panas-panas bersama sos thousand island & mayonis.
p/s: sos thousand island tak sesedap cheese cheezy wedges kfc..dapat dari 1 sumber kfc guna jalapeno cheese dip + mayonnaise (life's brand) untuk cheezy wedges..tak tau betul ke tak, tapi boleh je nak cuba..tapi kat mana jual jalapeno cheese tu ek?

UPDATE: ni ada orang jual cheese tu.

Monday, January 10, 2011

Entri Kosong 4: Winter Sonata


Assalamualaikum..

Sabtu lepas aku ke Shah Alam dengan kakak sulung aku. Kami ke Bukit Cahaya atau sekarang dah tukar nama jadi Taman Botani Negara, semata-mata nak rasa suasana winter. Yela kan, tak dapat pergi oversea, rasa kat rumah 4 musim pun jadi lah..Ni merupakan kali kedua aku datang sini, masa musim autumn hari tu pun kitorang dah datang sebenarnya..


Mula-mula naik bas pusing-pusing dulu, sampai kat rumah 4 musim baru kitorang turun..Nak masuk, bayar RM3 lagi sorang, padahal kat pintu masuk dah bayar rm3 dah..Suhu kat dalam -7 dc, sejuk sangat..sampai beku tangan-tangan. Ramai jugak yang siap bawak baju sejuk..hehe...kat dalam tu dinasihatkan duk dalam 3 minit je..lama-lama sangat bahaya, takut jadi pape...



snowman yang tak berapa nak hensem...


frost dalam peti sejuk je ni..

Keluar je dari situ, terus kamera jadi kelabu..blur je tak nampak apa..yela kan perubahan suhu yang mendadak..Nasib baik lepas jemur kejap, elok balik kamera tu...kalau tak naya aku nak menjawab dengan adik aku kat jordan, tuan punya kamera.


Lepas tu kitorang sewa basikal. Saja nak rasa naik basikal sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Naik basikal ni kena charge rm5 per jam..Tapi memang penat la naik basikal tu, dalam sejam jugak la kitorang kayuh basikal, naik bukit turun bukit..siap terserempak dengan monyet-monyet (or beruk, tak pasti) kat situ..nasib tak kena kejar je..



kak na yang kepenatan...bolah tolak je basikal..


landak yang busuk di taman haiwan...

Kat sini ada banyak taman. Taman haiwan, taman rempah ratus, taman cendawan, perkampungan budaya, tempat main paintball pun ada, nak aktiviti lasak macam flying fox pun ada..macam-macam ada la..tempat yang sesuai untuk jalankan aktiviti yang sihat di hujung minggu bersama keluarga tercinta..


Kesimpulannya, nak datang sini kena guna banyak duit la jugak..masuk sini duit, masuk sana duit..tapi ok la, seronok dengan pengalaman rasa salji palsu dan naik basikal dalam hutan..tempat yang memang sesuai kalau nak aktiviti keluarkan peluh sambil-sambil melihat keindahan semulajadi hutan simpan..bagi photographer pun tempat ni sangat sesuai nak ambik gambar scenery yang cantik-cantik..memang ramai pun aku tengok yang pegang kamera dslr besar gedabak tu..


Siapa-siapa yang belum pergi, cuba la pergi sana..tak rugi..


p/s: kakak aku cakap musim bunga nanti, nak pegi lagi..huhu..semangat je..

Sunday, January 9, 2011

Facebook Will Be Shut Down?


Assalamualaikum..


Kat mana-mana korang pergi, mesti semua orang ada akaun fb..eh tak, perkataan semua tu hyperbola la plak..tapi boleh cakap mostly memang ada akaun fb..fb dah jadi fenomena kat seluruh dunia sampaikan fb jadi social network yang paling berjaya di abad ni..

Tapi aku dapat dari satu sumber, yang fb akan ditamatkan perkhidmatannya 15 Mac akan datang? Betul ke?

PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.

“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”

Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.

Mark Zuckerberg mesti tensi sebab fb dah tak jadi macam social network yang dia nakkan..terlalu banyak application yang ntah apa-apa..iklan pun makin bertambah..memang patut la kot, dia dah tak tahan dan penyelesaiannya shut down fb terus..

Kalau betul, ada bagusnya juga..nanti semua orang akan lebih tumpukan perhatian pada kerja..cuba bayangkan, 8 jam kat tempat kerja lebih dari separuh waktu tu dihabiskan untuk update fb..komen sana, komen sini..pastu main segala game kat dalam tu..belum masuk lagi waktu bila kat umah..secara purata dalam sehari agak-agak dah berapa jam habiskan masa mengadap pc layan fb..10 jam? atau lebih? Masa terbuang macam tu je..

Aku tak main sangat fb..ada cuma untuk tak lost contact dengan kawan-kawan..dulu main jugak farmville, tapi sekarang macam rasa tak ke mana pun main tu..dah dekat setahun la aku tinggalkan farmville..tapi sekarang pasal farmville tolak tepi..kalau betul fb akan ditamatkan, rasanya akan ramai kawan-kawan yang lost contact..nanti kalau nak kahwin, susah pulak nak jejak nak bagi kad kahwin..hehe..sekarang ni kan trend orang main jemput guna fb je..

So, kalau betul la berita ni memang ada pro dan kontranya..mesti mak dan ayah boleh tarik nafas lega, sebab anak dia takkan terperuk dalam bilik mengadap fb lagi..tapi yang pasti nak tahu update dari kawan-kawan lama, mesti agak susah nanti..hmm, macam mana tu ye? Fikir-fikirkan la kawan-kawan..mungkin dah tiba masanya untuk kita topup balik 10 jam yang terbuang disebabkan fb untuk something yang lebih berfaedah..peringatan untuk diri aku sendiri jugak..tak kisah la samada betul ke tak berita ni..

Sila klik untuk info lebih lanjut. Sekali baca macam betul, tapi boleh jugak nak kata ni berita palsu..

update: berita fb nak tutup ni palsu.

Facebook: Antara Pro dan Kontra

p/s: sebenarnya kalau tak ada fb pun, boleh je kita nak terus dapatkan update dari kawan..telefon kan ada, email pun ada, ym pun ada..kawan aku ada 2 orang yang tak ada akaun fb, elok je dia..semua atas pilihan masing-masing kan..

Friday, January 7, 2011

Bad Habit 3: Malu & Takut


Assalamualaikum..


Entri kali ni cerita pasal kekurangan diri..tapi tetap aku labelkan sebagai bad habit walaupun sebenarnya tentang kelemahan yang ada dalam diri aku..bagi orang lain nak cerita tentang keburukan atau kelemahan ni, rasanya kalau boleh mesti nak elakkan..tapi kenapa aku dengan gembiranya, suka hati nak cerita pasal sifat lemah-lemah ni?Sebenarnya, niat aku memang nak jadikan blog ni sebagai tempat untuk aku cerminkan diri, sebagai tempat untuk reflect diri sendiri..dengan harapan aku mampu ubah segala yang buruk-buruk jadi yang lebih baik..

Jadi, kali ni cerita tentang diri aku yang pemalu tak bertempat tambah dengan penakut yang amat..bukan takut hantu ke apa, tapi takut untuk bersuara dan berhadapan dengan orang. Memang sejak kecil lagi, orang dah kenal aku dengan sifat yang pemalu. Malu sebagai seorang hamba Allah dan sebagai seorang wanita solehah tu kes lain, malu yang macam tu memang sangat diperlukan. Tapi ni malu yang buat aku ketar lutut bila nak jumpa orang atau nak kena bercakap kat depan..untuk self confidence, memang tak bagus pemalu yang macam ni..muka boleh jadi pucat semacam..sekali tengok memang orang boleh nampak aku punye nervous..

Pemalu dan takut nak bercakap kat depan tu memang normal bagi semua orang aku rasa..tapi yang tak normalnya aku ni, memang pemalu dan penakut tak bertempat..sampaikan kalau aku nak kena telefon siapa-siapa untuk urusan rasmi pun, aku kena fikir 14 kali..lepas aku susun ayat betul-betul, fikir nak cakap apa, dah yakin sikit barulah boleh nak call..tu pun setelah bertangguh-tangguh dan keadaan mendesak..kalau tak, selagi boleh tangguh, aku tangguh..pada hal orang yang nak aku call tu tak nampak pun aku, tapi nape aku jadi malu sangat ni?


...sekadar hiasan

Kalau tengah bincang dalam kumpulan, memang aku banyak senyap je..sangat pasif..nak cakap tapi takut orang tak boleh terima..macam-macam fikir, nak cakap ke tak nak..last-last terbiar je camtu..memang sangat teruk..belum termasuk lagi kalau kat dalam kelas, cikgu or lecturer tanya soalan, memang jangan harap la aku nak bersuara walaupun aku tahu jawapannya..

Pagi tadi pulak, aku terpaksa (terpaksa bukan dengan rela hati) handle kuiz termodinamik student tahun 1. Kiranya macam aku jadi tutor, jaga kuiz, bincang penyelesaian dan tanda kuiz serta tutorial diorang..Mula-mula masuk, edar soalan kuiz aku boleh cool lagi..mula start nak cakap tu, memang dah gelabah semacam..sampai dapat rasa suara aku bergetar..tapi aku main bantai cakap je dan dorang mulakan la kuiz, masa diberi 40 minit..aku pun duduk..


Korang nak tahu apa jadi kat aku?

Malu aku nak akui, bahawa kedua-dua belah kaki aku terketar-ketar..macam orang parkinson dah jadinya..huhu..kenapa sampai jadi macam tu..yang pasti dalam hati menyumpah-nyumpah kat diri sendiri..tapi Alhamdulillah, aku berjaya harungi masa 1 jam yang genting tu dengan jayanya..perasaan macam orang nak pergi berperang lak rasanya..

Pemalu sangat ni tak bagus kan sebenarnya untuk diri..sampai bila nak takut-takut, tak berani nak suarakan pendapat..memang ni kelemahan yang aku tak mampu lagi nak atasi..harap-harap akan dapat diubah seiring dengan masa dan pengalaman..macam yang si dia cakap, kena banyak bersabar dan jadikan tugas tutor yang dipertanggungjawabkan ke atas aku ni sebagai peluang untuk aku jadi lebih matang dalam kehidupan...harapnya macam tu la..pengalaman tu kan boleh mendewasakan kita...InsyaAllah..

p/s: aku pemalu tapi masa kat sekolah aku ni peserta bagi bahas ala parlimen wakil sekolah hingga ke peringkat negeri..pelik tapi benar..aku sendiri pun sukar nak percaya...

Thursday, January 6, 2011

Sharing Is Caring 3: Azam Sepanjang Tahun


Assalamualaikum..


Tak ada apa yang aku boleh update buat masa ni..Tahun baru 2011 pun dah muncul dekat seminggu. So, aku cuma boleh kongsikan 1 lagi article dari mr. yakuza tentang azam tahun baru sebelum terlambat..kalau aku tak kongsikan sekarang, nanti pelik pulak cerita tentang tahun baru muncul setelah sebulan 2011 menjelma. Nanti jadi cerita basi..


...google

Sebelum baca tulisan mr. yakuza ni, diharapkan anda semua bersedia dari segi mental dan tumpuan..sebabnya ayat makan dalam oleh mr. yakuza ni, kalau dibaca seimbas lalu mampu menguji daya fikir dan pemahaman..so, fokuskan pembacaan dan pemahaman anda ok..here it goes..


Azam terbaek tahun ini?

Dengan hanya seekor Nyamuk sudah boleh membunuh raja namrud yg jahat lagi angkuh dengan bala tenteranya seramai 700 000 org! So dengan tulisan picisan ini dapat jugak membunuh hati-hati hitam diluar sana yang masih belum mengenal erti kehambaan, kemanusiaan dan erti membela nasib generasi untuk masa akan datang.

Remaja sekarang adalah wajah untuk Pemimpin kita di masa akan datang!

Tiada apa yang indah untuk disambut kedatangan tahun 2011, tapi gua tetap nak sambut jugak dengan hati kelam gua. So gua bagi list azam gua untuk tahun depan, tapi gua harap lu pembaca join gua jgak laa.

1. Gua mau lebih Ramai remaja Buang Anak

gua tak kisah lu nak buang bayi or janin or nak gugur ke tapi gua harap kita pertambahkan aktiviti ini. Saya sarankan ditempat-tempat hot! Seperti dalam tong sampah kerana senang sikit anak kita tu kenang tempat lahir beliau di tempat buang sampah lagipun tong sampah kat semua tempat disediakan. Buang di masjid/surau senang ckit anak kita bleh jadi imam masjid, kita semua ada otak jadi kita pilih ikut masa depan anak kita laa. Kita tidur digangu nyamuk pun bleh naik bengang giler kan tapi anak kita buang kat tepi longkang tu takde masalah langsung dengan sakit, lapar, lalat, lemas atau nyamuk gigit laa..bayi kecil tidak mungkin ada masalah untuk kehidupan barunya itu.

2. Gua mau ramai Remaja/Pemuda sekarang bekerja sebagai Peragut

Peragut adalah kerja yg paling banyak kekosongan dan kerja yg paling senang tidak memerlukan sijil dan hanya perlu kemahuan yang nekad untuk menendang, mengelar, menetak, mengheret dan memarang kepada sesiapa shj especially nenek sendiri. Apabila semua orang bekerja sbg meragut maka kehidupan kita makin senang tidak perlu memikirkan masalah pendidikan mahupun ekonomi Negara yg sgt membangun skrg nie. Apbila jiran sebelah telah meragut mak kita sampai patah tangan esok kita ragut mak dia plak sampai buta mata. Apa kesah kita semua?ini azam kita!

3. Gua mau ramai Remaja kita Mengacukkan keturunan kita

Gua gembira bila tengok ramai isteri-isteri mula dah jadi high taste bila suami tiada kat rumah mula memanggil si Hitam untuk bersekedudukan, ini pencapaian yang kita amat suka dapat “Tanning” anak-anak kita tanpa pergi berjemur. Anak remaja kita pulak sangat berani dah tinggal ibu bapa yg tak pernah mengeluh mengandung beranak n jaga sampai belasan tahun pastu korang pergi jer ikut mana-mana jantan kau suka n kawin. Disini aku sarankan jadi-jadi lah pergi ke Lombok, sila pergi ke tempat yang lebih glamour sikit. Setakat lari ikut suami hensem ke Lombok tak best laa, why tak pergi jer bali ke, phuket ke hawai ke..bukan ke lebih berbaloi jika lari ikut bakal suami ke sana? Lagipun bile lagi nak tengok mak bapak kita menangis rindu kan kita?

4. Azam gua paling last

lu orang sibuk bace-bace nie lu orang beriman tak? Klu lu beriman lu rasa sumthing..klu tak rasa pe-pe? Lu takyah beribadat lagi laa..coz blom beriman lagi..kn? brape kali kita melihat sesuatu n kita bersyukur kita tidak buta? Brape kali kita dapat makan sedap n kita bersyukur dapat makan? Teringat ke kita pada pencipta yang sediakan udara untuk kita bernafas? Pastikah kita bahawa ini semua akan kekal, dah tau takkan kekal knape masih duk leka? Kalau esok dicatatkan kematian mu..apekah kita perlu lakukan sekarang, sempat ke nak setel semua dosa kita semua? Dapat duit 1 juta belom tentu kau dapat habiskan 1 hari kerana nak proses duit pun 23 hari kan? inikan dosa kau yang berbillion-billion tuuu….

Walaupun Raja Namrud sudah lama mati, walaupun kaum nabi Luth jugak dah lama mati..tapi pewaris kesinambungan kemegahan dan keangkuhan mereka masih ramai yang agung-agungkan dalam diri kita…

Apa yang ditulis kat atas ni sememangnya banyak berlaku di negara kita, dalam masyarakat kita, orang melayu kita yang beragama Islam macam kita sendiri..apa yang aku boleh simpulkan, tak kira la tahun baru atau tak setiap apa yang kita lakukan mesti la berpandukan hukum Allah, lakukan dengan ikhlas untuk keberkatan hidup..bukan sebab nak show off atau tunjuk baik.. plus sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada..



Dan yang paling penting, jangan tunggu tahun baru, baru la nak berazam bagai..jadikannya azam sepanjang tahun...dengan harapan keinsafan diri makin meningkat...ok, moga 2011 lebih baik untuk diri anda dan juga untuk diri aku sendiri berbanding tahun-tahun yang lepas..all the best for us!

Tuesday, January 4, 2011

Suka Hingga Dengki


Assalamualaikum..

Alhamdulillah pasukan Harimau Malaya dapat menewaskan pasukan Indonesia dalam perlawanan bola sepak rabu yang lepas..sehinggakan hari Jumaat 31 Dec diberikan cuti umum oleh kerajaan..aku yang tak minat bola pun gembira habis dapat cuti. Terima kasih untuk pemain pasukan Malaysia..


Aku bukan peminat bola, aku mengaku. Kalau aku tengok bola temankan orang tersayang kat sebelah sambil makan kat kedai memang buat aku blur..tiba-tiba orang jerit gol, aku terpinga-pinga sebab fikiran kat tempat lain..pernah cuba untuk minat, tapi tak boleh..my bad..tapi tu tak bermaksud aku tak ada semangat cintakan negara. Aku tak tengok bola tak bermaksud aku tak bangga dengan pencapaian bola sepak negara. Sepastinya aku bangga..


Sebenarnya, agak terlewat untuk bercerita mengenai kemenangan Malaysia ni. Cerita memang dah basi tapi sebenarnya bukan nak cakap pasal kita menang bola. Tapi pasal insan-insan kat luar sana yang tidak semena-mena fanatik dengan bola sepak..Kalau yang perempuan, status kat fb semuanya bertukar. Tiba-tiba suka khairul fahmi, suka safee. Siap profile picture pun dah jadi khairul fahmi..



Aku rasa kalau sebelum ni sah dorang tak kenal pun siapa pemain yang yang berhempas pulas nak pastikan Malaysia menyandang gelaran juara. Mungkin ada yang kenal, sebab sejak azali memang minat bola...tapi pada yang tiba-tiba minat dalam 2, 3 minggu ni aku tak yakin..Aku pun kenal khairul fahmi lepas Malaysia kalahkan Indo 3-0 di bukit jalil..Semuanya sebab dari fb kawan-kawan..kalau tak, memang aku tak tahu menahu pun kewujudan goal keeper yang satu ni..


Ini semua sebab kita menang...

Cuba fikirkan kalau kita tak ada rezeki untuk jadi juara?Aku pasti, jika ditakdirkan Indonesia yang menang hari tu, takkan ada status seperti; suka fahmi..luv u fahmi..dari perempuan-perempuan kat fb..memang fitrah manusia..memuja pada yang elok-elok sahaja..membenci pada benda yang tak sepatutnya..

Ok la, nak suka khairul fahmi, nak suka safee, nak suka rajagobal ke tu semua hak masing-masing..bagus la tu, suka sesama manusia..maksud aku suka dalam konteks yang positif moga-moga perhubungan sesama manusia dapat diperkukuhkan. Tapi bila dah suka khairul fahmi, aku rasa tidak patut nak membenci wanita kesayangan dia sampaikan di fb ada page Saya meluat dengan Aimie Harmelia (gf khairul fahmi che mat keeper malaysia)...



klik untuk tumbesaran...

Hidup dengki kat orang ni memang tak berkat..aku search page tu dah tak ada..means ramai yang tak setuju dengan manusia pendengki dan report dekat fb yang page tu ada unsur-unsur yang menyerang individu..so, tak kesampaian la manusia pendengki tu..


Pelik sungguh perangai manusia..perasaan hasad dengki tak pernah sudah..aku bukan sekadar cakap, aku sendiri pernah alami pengalaman dengki mendengki ni..tapi tu semua perkara lepas, aku dah lupakan pun..buat apa nak berdendam kan? Tapi yang menjadi soal sekarang ni perlu ke dipuja seorang manusia sehingga membenci manusia yang lain? Bukan ke tak adil?


Yang aku boleh simpulkan, ni semua kes puja sebab rupa bukan sebab betul-betul minat bola..sebab tu jadi cemburu bila tahu goal keeper kebanggaan negara tu sudah berpunya..sudah-sudah la dengan phd yang tak bertauliah tu..memang tak baik untuk kesihatan jiwa..jangan sampai terkena pada batang hidung sendiri baru nak beringat..


Tak ramai sebenarnya yang tak suka elia gf fahmi tu..tapi mentaliti sebegini tak sepatutnya ada dalam diri seorang perempuan, lebih-lebih lagi perempuan melayu..bila jadi macam ni, aku pun malu..nampak sangat perangai kebudak-budakan..semua pun benci, semua pun nak meluat..ironinya, page yang suka mereka berdua pun ada..memang adat manusia..tak semua orang suka kita, tapi orang yang suka kita tetap ada...

Say no to jealousy!

p/s: kalau betul-betul fan, jadi lah macam lelaki ni yang begitu berani mengibarkan bendera Malaysia di saat kemenangan pasukan negara di Indonesia rabu lepas..Tak main la buat page yang mengarut dengki-dengki kat fb kan..

Monday, January 3, 2011

Entri Kosong 3: Kisah Tentang Budak Gemuk Eka


Assalamualaikum..


Pagi tadi dapat panggilan dari kakak aku yang kerja dekat putrajaya. Tanya pasal cuti raya cina yang akan menyusul tak lama lagi. Bab-bab cuti memang laju. Yela, dah merantau jauh dari kampung halaman ni memang akan jadi macam ni. Pantang ada cuti, mesti nak balik kampung.


Alkisahnya, sambil kakak aku telefon tu dia ada cerita pasal anak buah sulung aku. Budak gemuk yang akan berumur 2 tahun pada 12 Januari nanti ni, kitorang semua panggil dia eka (baca eika) kecuali mama dan papa dia je panggil abang long.



...eka super comel bila pakai baju tido putih ni

Kakak aku cerita yang sebelum dia telefon aku, dia ada telefon rumah. Tengah-tengah cakap dengan kakak aku yang sorang lagi (mama eka), si eka budak gemuk ni pun sibuk nak cakap dengan mak long dia jugak. Ni memang kes pelik sebab sebelum ni, datang la sape-sape pun yang telefon nak cakap dengan eka budak gemuk ni, dia akan senyap je. Tanya-tanya, dia dengar je apa yang kita cakap tanpa ada respon pape. Memang geram...


Tapi kali ni super aneh. Maybe sebab budak gemuk ni dah besar dan makin pandai cakap, dia jadi mengada nak bercakap ngan orang pulak. Jadi, ni la lebih kurang perbualan kakak aku dengan eka budak gemuk pagi tadi:


Mak Long: Eka make doh?
Eka: Ke doh (makan dah)

Mak Long: Eka make gapo tadi?

Eka: Ke cik (makan nasi)

Mak Long: Sedak x make nasik?
Eka: Dak..(sedap)

Mak Long: Ni eka buat gapo?
Eka: Ke celak (makan coklat means gula-gula)

Mak Long: Adik eka namo gapo doh?
Eka: Adik akif..

Mak Long: Papa gi mano?
Eka: Gi bboohh..(bunyi lembu means papa dia pegi bagi makan lembu)

Haha..comel gile budak gemuk ni cakap..sebelum ni punya la susah nak suruh dia bercakap, sekarang bukan main lagi. Kakak aku cakap siap die berebut telefon dengan mama dia nak cakap dengan mak long. Nanti nak try telefon rumah dan cakap dengan dia la, tapi bateri hp aku pulak dah hampir-hampir nak kong. Kena tunggu balik kerja nanti la gamaknya..huhu..cikmi dah rindu dekat eka dan akif!! Tak sabar nak balik kampung..


...eka gemuk with akif comel

p/s: ikut cerita dari kakak aku yang balik kampung 2 minggu lepas, eka dah makin gemuk, last aku timbang masa raya haji ari tu berat dia dah 20 kg. ni dah jadi 22 kg kot..kalah budak darjah 1. Ayah Su dia yang darjah 6 pun berat 29 kg..huhu..how come?