Friday, January 7, 2011

Bad Habit 3: Malu & Takut


Assalamualaikum..


Entri kali ni cerita pasal kekurangan diri..tapi tetap aku labelkan sebagai bad habit walaupun sebenarnya tentang kelemahan yang ada dalam diri aku..bagi orang lain nak cerita tentang keburukan atau kelemahan ni, rasanya kalau boleh mesti nak elakkan..tapi kenapa aku dengan gembiranya, suka hati nak cerita pasal sifat lemah-lemah ni?Sebenarnya, niat aku memang nak jadikan blog ni sebagai tempat untuk aku cerminkan diri, sebagai tempat untuk reflect diri sendiri..dengan harapan aku mampu ubah segala yang buruk-buruk jadi yang lebih baik..

Jadi, kali ni cerita tentang diri aku yang pemalu tak bertempat tambah dengan penakut yang amat..bukan takut hantu ke apa, tapi takut untuk bersuara dan berhadapan dengan orang. Memang sejak kecil lagi, orang dah kenal aku dengan sifat yang pemalu. Malu sebagai seorang hamba Allah dan sebagai seorang wanita solehah tu kes lain, malu yang macam tu memang sangat diperlukan. Tapi ni malu yang buat aku ketar lutut bila nak jumpa orang atau nak kena bercakap kat depan..untuk self confidence, memang tak bagus pemalu yang macam ni..muka boleh jadi pucat semacam..sekali tengok memang orang boleh nampak aku punye nervous..

Pemalu dan takut nak bercakap kat depan tu memang normal bagi semua orang aku rasa..tapi yang tak normalnya aku ni, memang pemalu dan penakut tak bertempat..sampaikan kalau aku nak kena telefon siapa-siapa untuk urusan rasmi pun, aku kena fikir 14 kali..lepas aku susun ayat betul-betul, fikir nak cakap apa, dah yakin sikit barulah boleh nak call..tu pun setelah bertangguh-tangguh dan keadaan mendesak..kalau tak, selagi boleh tangguh, aku tangguh..pada hal orang yang nak aku call tu tak nampak pun aku, tapi nape aku jadi malu sangat ni?


...sekadar hiasan

Kalau tengah bincang dalam kumpulan, memang aku banyak senyap je..sangat pasif..nak cakap tapi takut orang tak boleh terima..macam-macam fikir, nak cakap ke tak nak..last-last terbiar je camtu..memang sangat teruk..belum termasuk lagi kalau kat dalam kelas, cikgu or lecturer tanya soalan, memang jangan harap la aku nak bersuara walaupun aku tahu jawapannya..

Pagi tadi pulak, aku terpaksa (terpaksa bukan dengan rela hati) handle kuiz termodinamik student tahun 1. Kiranya macam aku jadi tutor, jaga kuiz, bincang penyelesaian dan tanda kuiz serta tutorial diorang..Mula-mula masuk, edar soalan kuiz aku boleh cool lagi..mula start nak cakap tu, memang dah gelabah semacam..sampai dapat rasa suara aku bergetar..tapi aku main bantai cakap je dan dorang mulakan la kuiz, masa diberi 40 minit..aku pun duduk..


Korang nak tahu apa jadi kat aku?

Malu aku nak akui, bahawa kedua-dua belah kaki aku terketar-ketar..macam orang parkinson dah jadinya..huhu..kenapa sampai jadi macam tu..yang pasti dalam hati menyumpah-nyumpah kat diri sendiri..tapi Alhamdulillah, aku berjaya harungi masa 1 jam yang genting tu dengan jayanya..perasaan macam orang nak pergi berperang lak rasanya..

Pemalu sangat ni tak bagus kan sebenarnya untuk diri..sampai bila nak takut-takut, tak berani nak suarakan pendapat..memang ni kelemahan yang aku tak mampu lagi nak atasi..harap-harap akan dapat diubah seiring dengan masa dan pengalaman..macam yang si dia cakap, kena banyak bersabar dan jadikan tugas tutor yang dipertanggungjawabkan ke atas aku ni sebagai peluang untuk aku jadi lebih matang dalam kehidupan...harapnya macam tu la..pengalaman tu kan boleh mendewasakan kita...InsyaAllah..

p/s: aku pemalu tapi masa kat sekolah aku ni peserta bagi bahas ala parlimen wakil sekolah hingga ke peringkat negeri..pelik tapi benar..aku sendiri pun sukar nak percaya...

No comments: