Wednesday, January 19, 2011

Bad Habit 4: Nak Marah Ke Tak


Assalamualaikum...


Semua orang disekeliling kenal aku sebagai seorang yang pendiam. Memang tak banyak bercakap. Tak pandai nak bergurau pun ada. Kalau orang bergurau atau usik aku, aku boleh senyum atau sengih je. Tak pandai nak balas balik atau respon pada gurauan tu. Tak berapa nak ceria. Boring ke hidup aku? Dull? Kat dalam blog bukan main lagi ber'aku' ber'engkau'. Kat luar jangan harap la.

Disebabkan sifat aku yang macam ni, memang kalau aku ada terasa hati atau ada orang buat salah pada aku samada sedar atau tak, aku tak mampu nak marah. Senang cerita jenis pendam. Dalam hati sakit hati, tapi boleh lagi berlagak cool dan kononnya tak kisah pasal semua tu. Selagi boleh sabar aku sabar. Pernah terjadi kes roommate aku masa matrik dulu, aku boleh cakap dia khianati kepercayaan yang aku berikan pada dia. Memang silap aku, disebabkan nak kejar masa aku bagi je kad atm aku untuk dia pinjam sebab masa tu dia dalam kesusahan. Memang emergency(dari cerita dia la). Disebabkan aku terkejar masa nak ke kelas, dan dia nak guna duit cepat aku boleh bagi je kad atm tu.


Aku ingat dia nak pinjam dalam 100, 200. Tengok-tengok dalam akaun, hilang 1000 ringgit. Mahu tak terkejut. Aku marah, tapi boleh simpan dalam hati je. Sangat sedih. Dalam hati macam-macam aku rasa. Yang buat aku lagi sakit hati, rupanya duit tu dia bagi kat boyfriend dia yang ada masalah hutang. Mula-mula cerita lain, last-last aku tahu lain. Sia-sia aku bersimpati. Walaupun lepas tu dia bayar balik 1000 ringgit tu sikit demi sikit. Tapi tetap buat rasa percaya aku pada dia hilang. Hilang sekelip mata. Yela, disebabkan kejadian tu, aku pulak yang tak ada duit.



sabar itu sebahagian dari iman...

Tapi nasib baik aku boleh harungi episod duka tu dengan sokongan dari kawan-kawan yang lain. Lepas tu aku dah tak rapat dengan dia, dia pun dah tak bertegur dengan aku. Aku dapat rasakan dia malu dengan aku. Ni satu je contoh, banyak lagi kes lain. Tapi biarlah jadi rahsia dalam diri aku. Yang pasti sangat menyesal aku boleh bertindak macam tu. Kawan punya pasal. Aku ni senang dibuli ke sebenarnya?huhu...


Dari satu segi memang la elok tak marah-marah, banyak sabar. Seumur hidup aku, aku memang tak pernah tinggikan suara pada orang lain. Orang lain maksud aku kawan sekelas, kawan sebilik, kawan-kawan lain, saudara-mara, cikgu, pensyarah, orang-orang yang aku baru kenal, orang-orang kat pejabat atau kaunter dan yang seangkatan dengannya. Orang yang aku boleh marah cuma adik-adik aku. Memang selalu kena kat aku. Jadi sifat amarah cuma kelihatan kurang dari 5% seumur hidup aku. Yang tak kelihatan mungkin banyak.
Hipokritkah aku?

Dari satu segi yang lain, sifat yang macam ni memang tak elok. Memang ciri-ciri yang disukai oleh kaki buli. Nampak aku macam tak ada pendirian dan tak mampu nak tegakkan kebenaran. Orang buat salah kat diri sendiri, boleh buat senyap je. Sampai bila baru boleh nak suarakan pendapat dan hak sendiri. Memang la tak nak cari gaduh ngan orang, tapi pendam lama-lama boleh buat jiwa tak berapa sihat. Lama-lama sabar ada limitnya jugak. Bila jadi macam tu, aku rasa aku bukan diri aku sendiri. Harap-harap tak la sampai begitu sekali.


Aku sebenarnya teringin nak jadi seorang peramah, ceria, boleh senangkan hati semua orang even baru kenal, orang tak kekok atau janggal dengan aku. Setiap kali nak ke tempat baru, mesti niat dalam hati nanti tak nak tunjuk sifat pendiam sangat, baru senang nak dapat kawan. Tapi dah berapa banyak tempat baru aku pergi (maksud aku environment baru) tetap macam tu, orang masih labelkan aku pendiam. Aku tak anggap pendiam ni sebagai kelemahan, cuma dari satu segi sifat yang macam ni buat aku kurang keyakinan diri. Sebenarnya berpunca jugak dari diri aku yang memang jenis pemalu dan penakut.




Aku bukan nak menggalakkan sifat pemarah, banas-baran. Memang la tak elok marah-marah yang menunjukkan kita kurang sabar. Tapi berpada-pada lah, jangan sampai dibuli dan dipijak-pijak. Habis tu nak buat macam mana? Aku dah cuba untuk kurangkan, cuma boleh harap dapat atasi sifat macam ni pada masa akan datang seiring dengan usia. Yang akan buat aku lebih matang dan berani. Mampu suarakan apa yang aku rasa betul dengan harapan lebih yakin mengharungi apa jua cabaran yang mendatang dengan pelbagai ragam manusia.


p/s: dengan orang yang aku rapat, aku sebenarnya banyak cakap pulak...hehe..

No comments: