Monday, January 3, 2011

Entri Kosong 3: Kisah Tentang Budak Gemuk Eka


Assalamualaikum..


Pagi tadi dapat panggilan dari kakak aku yang kerja dekat putrajaya. Tanya pasal cuti raya cina yang akan menyusul tak lama lagi. Bab-bab cuti memang laju. Yela, dah merantau jauh dari kampung halaman ni memang akan jadi macam ni. Pantang ada cuti, mesti nak balik kampung.


Alkisahnya, sambil kakak aku telefon tu dia ada cerita pasal anak buah sulung aku. Budak gemuk yang akan berumur 2 tahun pada 12 Januari nanti ni, kitorang semua panggil dia eka (baca eika) kecuali mama dan papa dia je panggil abang long.



...eka super comel bila pakai baju tido putih ni

Kakak aku cerita yang sebelum dia telefon aku, dia ada telefon rumah. Tengah-tengah cakap dengan kakak aku yang sorang lagi (mama eka), si eka budak gemuk ni pun sibuk nak cakap dengan mak long dia jugak. Ni memang kes pelik sebab sebelum ni, datang la sape-sape pun yang telefon nak cakap dengan eka budak gemuk ni, dia akan senyap je. Tanya-tanya, dia dengar je apa yang kita cakap tanpa ada respon pape. Memang geram...


Tapi kali ni super aneh. Maybe sebab budak gemuk ni dah besar dan makin pandai cakap, dia jadi mengada nak bercakap ngan orang pulak. Jadi, ni la lebih kurang perbualan kakak aku dengan eka budak gemuk pagi tadi:


Mak Long: Eka make doh?
Eka: Ke doh (makan dah)

Mak Long: Eka make gapo tadi?

Eka: Ke cik (makan nasi)

Mak Long: Sedak x make nasik?
Eka: Dak..(sedap)

Mak Long: Ni eka buat gapo?
Eka: Ke celak (makan coklat means gula-gula)

Mak Long: Adik eka namo gapo doh?
Eka: Adik akif..

Mak Long: Papa gi mano?
Eka: Gi bboohh..(bunyi lembu means papa dia pegi bagi makan lembu)

Haha..comel gile budak gemuk ni cakap..sebelum ni punya la susah nak suruh dia bercakap, sekarang bukan main lagi. Kakak aku cakap siap die berebut telefon dengan mama dia nak cakap dengan mak long. Nanti nak try telefon rumah dan cakap dengan dia la, tapi bateri hp aku pulak dah hampir-hampir nak kong. Kena tunggu balik kerja nanti la gamaknya..huhu..cikmi dah rindu dekat eka dan akif!! Tak sabar nak balik kampung..


...eka gemuk with akif comel

p/s: ikut cerita dari kakak aku yang balik kampung 2 minggu lepas, eka dah makin gemuk, last aku timbang masa raya haji ari tu berat dia dah 20 kg. ni dah jadi 22 kg kot..kalah budak darjah 1. Ayah Su dia yang darjah 6 pun berat 29 kg..huhu..how come?

No comments: