Monday, January 10, 2011

Entri Kosong 4: Winter Sonata


Assalamualaikum..

Sabtu lepas aku ke Shah Alam dengan kakak sulung aku. Kami ke Bukit Cahaya atau sekarang dah tukar nama jadi Taman Botani Negara, semata-mata nak rasa suasana winter. Yela kan, tak dapat pergi oversea, rasa kat rumah 4 musim pun jadi lah..Ni merupakan kali kedua aku datang sini, masa musim autumn hari tu pun kitorang dah datang sebenarnya..


Mula-mula naik bas pusing-pusing dulu, sampai kat rumah 4 musim baru kitorang turun..Nak masuk, bayar RM3 lagi sorang, padahal kat pintu masuk dah bayar rm3 dah..Suhu kat dalam -7 dc, sejuk sangat..sampai beku tangan-tangan. Ramai jugak yang siap bawak baju sejuk..hehe...kat dalam tu dinasihatkan duk dalam 3 minit je..lama-lama sangat bahaya, takut jadi pape...



snowman yang tak berapa nak hensem...


frost dalam peti sejuk je ni..

Keluar je dari situ, terus kamera jadi kelabu..blur je tak nampak apa..yela kan perubahan suhu yang mendadak..Nasib baik lepas jemur kejap, elok balik kamera tu...kalau tak naya aku nak menjawab dengan adik aku kat jordan, tuan punya kamera.


Lepas tu kitorang sewa basikal. Saja nak rasa naik basikal sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Naik basikal ni kena charge rm5 per jam..Tapi memang penat la naik basikal tu, dalam sejam jugak la kitorang kayuh basikal, naik bukit turun bukit..siap terserempak dengan monyet-monyet (or beruk, tak pasti) kat situ..nasib tak kena kejar je..



kak na yang kepenatan...bolah tolak je basikal..


landak yang busuk di taman haiwan...

Kat sini ada banyak taman. Taman haiwan, taman rempah ratus, taman cendawan, perkampungan budaya, tempat main paintball pun ada, nak aktiviti lasak macam flying fox pun ada..macam-macam ada la..tempat yang sesuai untuk jalankan aktiviti yang sihat di hujung minggu bersama keluarga tercinta..


Kesimpulannya, nak datang sini kena guna banyak duit la jugak..masuk sini duit, masuk sana duit..tapi ok la, seronok dengan pengalaman rasa salji palsu dan naik basikal dalam hutan..tempat yang memang sesuai kalau nak aktiviti keluarkan peluh sambil-sambil melihat keindahan semulajadi hutan simpan..bagi photographer pun tempat ni sangat sesuai nak ambik gambar scenery yang cantik-cantik..memang ramai pun aku tengok yang pegang kamera dslr besar gedabak tu..


Siapa-siapa yang belum pergi, cuba la pergi sana..tak rugi..


p/s: kakak aku cakap musim bunga nanti, nak pegi lagi..huhu..semangat je..

No comments: