Friday, January 21, 2011

Entri Kosong 5: Teringat Budak Comel Akif


Assalamualaikum..


Hari ni hari malas bagi aku dan aku pasti bagi orang lain jugak. Semalam kan cuti, bila nak datang lab untuk satu hari je lagi dalam minggu ni, malas dia memang lain macam. Bila malas berleluasa, kerja satu pun tak buat, aku berangan macam-macam.

Yang paling diangankan mesti la rumah kat kampung. Sejauh mana pun kita pergi merantau, memang rumah jugak tempat yang paling best. Best sebab jumpa family, makan sedap-sedap walaupun lauk simple je, boleh tgk tv dengan berleluasa dan yang boleh buat hati girang tengok gelagat anak-anak buah yang adorable.


Mood malas dan tak semangat ni memang buat aku teringat kat budak kecik yang comel ni.



akif anak buah ke-2, adik kepada eka...comel kan?


chubby cheek of him...siapa yang cakap akif ni
tak adorable dan cute memang senget..


suka tengok pic akif dengan cika dan abg long dia ni..huhu..

Rindu akif. Ni baru anak buah, kalau anak sendiri tak tahu la macam mana. Mahunya menangis kerinduan. Akif ni memang baby yang sangat adorable. Pastu dia ni cerdik dan jenis cepat. Cepat maksud aku masa dia umur 2 hari dia dah boleh angkat kepala, masa umur 5 hari dia dah boleh senyum bila kita agah dia, masa dia umur 2 bulan, dia ketawa siap dengan bunyi excited lagi. Dan masa umur dia 2 bulan jugak la, kita tunjuk buku yang penuh dengan gambar-gambar haiwan ikut abjad, mata dia akan jadi bulat dan tengok sungguh-sungguh kat mana tempat kita tunjuk. Nampak macam dia tengah belajar.


round eyes of him..

Tengok akif ni, buat aku tak sabar nak ada anak sendiri..huhu..Naluri keibuan jadi membuak-buak. Mungkin jugak sebab aku yang babysit dia masa dia mula dilahirkan sampai umur 3 bulan. Masa kakak aku dalam pantang, aku la yang berjaga tengah malam, buat susu dan tukar lampin budak comel ni. Dia tidur pun dengan aku, mana la aku tak rindu. Tak sabar betul nak balik kampung raya cina ni. Akif dan eka tunggu cikmi balik ye..


p/s: nak jadi ibu yang penyayang dan sporting, mesti anak-anak sayang...berangan je lebih, kahwin pun tak lagi..huhu..macam mana tu..

2 comments:

sekamar rindu said...

salam...


so cute baby tuuuu...

**follow ur blog...**2

mistulip said...

memang cute...dah 2 bulan xjumpa dia...

thanx follow..dah follow ur blog jgk..