Monday, January 17, 2011

Keyakinan Diri Itu Penting, Tapi...


Assalamualaikum...


Kali ni cuma entri tak berapa pendek cerita tentang keyakinan diri atau self confidence. Orang cakap keyakinan diri mesti ada..kalau tak, sampai bila pun tak boleh nak maju, masih di takuk lama. Nak buat sesuatu mesti yakin kalau nak ianya berjaya.

Nak berucap depan orang ramai, yakin mesti ada, kalau tak mahu tak terketar-ketar kat depan. Nak masak, mesti yakin nak letak garam banyak mana, kalau tak yakin alamatnya orang nak makan pun tak berani. Nak masuk dewan exam, perlu yakin, kalau tak memang tak boleh nak jawab dengan baik sebab nervous terlebih-lebih..Sama dengan masa interview jugak, yakin mesti ada, kalau tak orang nak bagi kerja pun tak yakin tengok kita tak yakin..

Mana-mana pergi, apa-apa buat pun kena yakin. Tapi kalau keyakinan diri melebihi kemampuan diri, ni yang boleh buat diri sendiri jadi bahan lawak untuk orang lain.
Ni lawak minggu lepas tapi baru sempat nak kongsi hari ni..semuanya gara-gara berita yang kononnya fb akan ditutup..




klik untuk tumbesaran..dari fb oh! media

Tak salah untuk bercita-cita tinggi, cuma jangan terlalu dibanggakan sedangkan belum tentu dapat dicapai..Tak salah nak letakkan target yang tinggi, tapi jangan sampai keterlaluan sehingga mengeluarkan kata-kata yang tak masuk akal..menyebabkan kita kelihatan bongkak di mata orang ramai. Akhirnya, diri sendiri jadi bahan lawak..

Wawasan dalam diri perlu ada, tapi berpada-pada lah..Siapa yang cakap tak boleh berangan tu memang tak ada cita-cita. Berangan tu penting tapi biar la diiringi dengan usaha sesuai dengan kemampuan diri. Bukan angan-angan mat jenin yang memakan diri. Aku pun kalau ikutkan angan-angan semua pun target yang tinggi-tinggi, tapi fikir pada kemampuan lebih baik simpan dalam diri sendiri dulu. Sampai masa, dah mampu dan yakin, nak cerita kat orang pun dah tak segan..
Bersederhana itu lebih baik sebenarnya.

Keyakinan diri itu penting, tapi biarlah selaras dengan kemampuan diri...


p/s: kisah Dr. Rozmey ni cuma contoh..bagus ada orang melayu yang berwawasan macam dia..tapi filem 2 alam punya pencapaian memang tak terjangkau dia punya target..untuk dRbook ni macam mana la agaknye nanti..

No comments: