Wednesday, January 12, 2011

Masak Memasak: Crispy Potato Wedges


Assalamualaikum..

Kali ni dapat resepi crispy potato wedges dari mr.yakuza. Yakuza-yakuza jugak, tapi jangan ingat yakuza tak masak..hehe..mr.yakuza ni memang suka makan western food..sebab dari kecik dia tak suka makan nasi. Dah besar ni pun, makan nasi tengahari susah betul nak habiskan. Bila lunch dengan dia menjadikan aku nampak makan banyak sebab aku makan sentiasa habis, dia pulak boleh bilang dengan jari berapa kali dia mampu habiskan nasi tu..huhu..tak boleh jadi aku makin berat, dia makin ringan (gemuk-gemuk perkataan sensitif ye). Ok, dah..stop melalut..Orang-orang yang tak suka makan nasi, cuba la resepi ni..dijamin sedap oleh mr.yakuza.


Bahan-bahan (2 orang):

  • 2 biji kentang bersaiz XL- potong berbaji (wedge)
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam AJISHIO
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 biji putih telur
  • Tepung gandum
  • Garam
Cara-cara:
  1. Kentang dibersihkan dengan air suam. Potong berbaji tanpa membuang kulitnya.
  2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan, tunggu hingga agak suam.
  3. Satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang sehingga kedua-dua serbuk tadi menyaluti kentang.
  4. Pukul putih telur, tak perlu sehingga kembang. Masukkan kentang satu per satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
  5. Goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
  6. Hidangkan panas-panas bersama sos thousand island & mayonis.
p/s: sos thousand island tak sesedap cheese cheezy wedges kfc..dapat dari 1 sumber kfc guna jalapeno cheese dip + mayonnaise (life's brand) untuk cheezy wedges..tak tau betul ke tak, tapi boleh je nak cuba..tapi kat mana jual jalapeno cheese tu ek?

UPDATE: ni ada orang jual cheese tu.

No comments: