Monday, January 24, 2011

Masak Memasak: Udang Masak Tempoyak


Assalamualaikum..

Fikir punya fikir nak letak resepi apa dalam entri masak memasak hari ni, aku teringat kat udang masak tempoyak masakan mak room mate aku masa tahun 2 dan 3 time degree dulu. Setiap kali dia balik rumah hujung minggu, datang hostel balik mesti dia bawa bekal udang masak tempoyak ni. Sangat sedap. Kat rumah, mak aku memang tak pernah masak apa-apa lauk berkaitan tempoyak, jadi tak pernah tahu macam mana nak masak lauk yang macam ni. Apa lagi, cari la kat myresepi.com



curi dari pakcik google...

Bahan-bahan (5 orang)

  • Udang sederhana besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5-10 biji cili padi (ikut kepedasan yg dikehendaki)
  • 3-5 sudu tempoyak (ikut kepekatan yg dikehendaki)
  • 1-2 helai daun kunyit
  • sedikit kunyit hidup
  • garam & gula
Cara-cara
  1. Tumbuk bawang merah, putih, kunyit hidup dan cili padi.
  2. Masukkan bahan yang ditumbuk bersama air ke dalam periuk.
  3. Masukkan tempoyak, garam dan gula. Sesuaikan rasa.
  4. Apabila mendidih, masukkan udang dan daun kunyit.
  5. Dah masak, sedia untuk dihidangkan.
Kalau nak kuah banyak, boleh la tambah air lagi. Kalau aku suka makan yang pekat, macam sambal. Makan dengan nasi panas-panas memang sedap...Hatta makan dengan nasi tak panas pun sedap..

No comments: