Tuesday, January 4, 2011

Suka Hingga Dengki


Assalamualaikum..

Alhamdulillah pasukan Harimau Malaya dapat menewaskan pasukan Indonesia dalam perlawanan bola sepak rabu yang lepas..sehinggakan hari Jumaat 31 Dec diberikan cuti umum oleh kerajaan..aku yang tak minat bola pun gembira habis dapat cuti. Terima kasih untuk pemain pasukan Malaysia..


Aku bukan peminat bola, aku mengaku. Kalau aku tengok bola temankan orang tersayang kat sebelah sambil makan kat kedai memang buat aku blur..tiba-tiba orang jerit gol, aku terpinga-pinga sebab fikiran kat tempat lain..pernah cuba untuk minat, tapi tak boleh..my bad..tapi tu tak bermaksud aku tak ada semangat cintakan negara. Aku tak tengok bola tak bermaksud aku tak bangga dengan pencapaian bola sepak negara. Sepastinya aku bangga..


Sebenarnya, agak terlewat untuk bercerita mengenai kemenangan Malaysia ni. Cerita memang dah basi tapi sebenarnya bukan nak cakap pasal kita menang bola. Tapi pasal insan-insan kat luar sana yang tidak semena-mena fanatik dengan bola sepak..Kalau yang perempuan, status kat fb semuanya bertukar. Tiba-tiba suka khairul fahmi, suka safee. Siap profile picture pun dah jadi khairul fahmi..



Aku rasa kalau sebelum ni sah dorang tak kenal pun siapa pemain yang yang berhempas pulas nak pastikan Malaysia menyandang gelaran juara. Mungkin ada yang kenal, sebab sejak azali memang minat bola...tapi pada yang tiba-tiba minat dalam 2, 3 minggu ni aku tak yakin..Aku pun kenal khairul fahmi lepas Malaysia kalahkan Indo 3-0 di bukit jalil..Semuanya sebab dari fb kawan-kawan..kalau tak, memang aku tak tahu menahu pun kewujudan goal keeper yang satu ni..


Ini semua sebab kita menang...

Cuba fikirkan kalau kita tak ada rezeki untuk jadi juara?Aku pasti, jika ditakdirkan Indonesia yang menang hari tu, takkan ada status seperti; suka fahmi..luv u fahmi..dari perempuan-perempuan kat fb..memang fitrah manusia..memuja pada yang elok-elok sahaja..membenci pada benda yang tak sepatutnya..

Ok la, nak suka khairul fahmi, nak suka safee, nak suka rajagobal ke tu semua hak masing-masing..bagus la tu, suka sesama manusia..maksud aku suka dalam konteks yang positif moga-moga perhubungan sesama manusia dapat diperkukuhkan. Tapi bila dah suka khairul fahmi, aku rasa tidak patut nak membenci wanita kesayangan dia sampaikan di fb ada page Saya meluat dengan Aimie Harmelia (gf khairul fahmi che mat keeper malaysia)...



klik untuk tumbesaran...

Hidup dengki kat orang ni memang tak berkat..aku search page tu dah tak ada..means ramai yang tak setuju dengan manusia pendengki dan report dekat fb yang page tu ada unsur-unsur yang menyerang individu..so, tak kesampaian la manusia pendengki tu..


Pelik sungguh perangai manusia..perasaan hasad dengki tak pernah sudah..aku bukan sekadar cakap, aku sendiri pernah alami pengalaman dengki mendengki ni..tapi tu semua perkara lepas, aku dah lupakan pun..buat apa nak berdendam kan? Tapi yang menjadi soal sekarang ni perlu ke dipuja seorang manusia sehingga membenci manusia yang lain? Bukan ke tak adil?


Yang aku boleh simpulkan, ni semua kes puja sebab rupa bukan sebab betul-betul minat bola..sebab tu jadi cemburu bila tahu goal keeper kebanggaan negara tu sudah berpunya..sudah-sudah la dengan phd yang tak bertauliah tu..memang tak baik untuk kesihatan jiwa..jangan sampai terkena pada batang hidung sendiri baru nak beringat..


Tak ramai sebenarnya yang tak suka elia gf fahmi tu..tapi mentaliti sebegini tak sepatutnya ada dalam diri seorang perempuan, lebih-lebih lagi perempuan melayu..bila jadi macam ni, aku pun malu..nampak sangat perangai kebudak-budakan..semua pun benci, semua pun nak meluat..ironinya, page yang suka mereka berdua pun ada..memang adat manusia..tak semua orang suka kita, tapi orang yang suka kita tetap ada...

Say no to jealousy!

p/s: kalau betul-betul fan, jadi lah macam lelaki ni yang begitu berani mengibarkan bendera Malaysia di saat kemenangan pasukan negara di Indonesia rabu lepas..Tak main la buat page yang mengarut dengki-dengki kat fb kan..

No comments: