Monday, January 31, 2011

WIR Campaign: Wear It Right!


Assalamualaikum
...

Semua orang boleh pakai hijab, tudung dan shawl segala bagai. Tapi tak semua orang boleh pakai dengan cara yang betul, dalam erti kata yang lain menutup aurat dengan betul. Bukan sekadar menutup rambut, tapi leher dan dada pun perlu ambil kira. Kalau tak, memang tak guna la pakai semua tu.


Sekarang bertudung ni dah jadi lebih kepada trend, bukan untuk menutup aurat sebetul-betulnya. Macam-macam fesyen dan gaya ada, sampai boleh buat yang tak bertudung jadi nak bertudung. memang bagus kalau macam ni, tapi rasanya mereka-mereka ni lebih tertarik kepada fesyen tu sendiri, bukan niat kepada nak menutup aurat.

Jadi, usaha Sue Anna Joe buat kempen WIR ni memang patut disokong dan dipuji. Menutup aurat dengan sempurna. Peringatan untuk diri aku sendiri jugak sebab rasanya cara aku berpakaian pun masih belum sempurna, sopan tak semestinya menutup aurat kan?



Tapi ingat, aurat seorang perempuan memang susah untuk dijaga. Sekalipun kita pakai tudung dah sempurna menutup rambut dan dada, kalau pakaian masih ketat dan singkat tambah dengan trend legging semakin berleluasa, tetap tak sempurna penjagaan aurat tu. Tapi tak apa, berubah secara perlahan-lahan itu lebih baik asalkan ikhlas. Moga-moga sifat istiqamah tu ada dan ianya kekal hingga akhirnya.


So, let's do it right. Wear your hijab in a proper way...

No comments: