Wednesday, February 23, 2011

Entri Kosong 6: Cerita 1 Bulan


Assalamualaikum...


Waa..dah lama tak update. Dekat sebulan kot..Nak cakap busy, tak ada la busy sangat. Cuma excited dapat balik kampung raya cina yang lepas, jumpa family tercinta. Progress master pun tak la bergerak sangat, cuma dah lepas la satu proposal presentation. Tapi presentation yang biasa-biasa saja...Tetap tak memotivasikan diri ini untuk terus rajin.

Oh, lupa. Sebenarnya, dapat jumpa family sebelum balik kampung lagi sebab dorang yang datang sini. Sepupu aku tunang raya cina ari tu. So, sebelum balik kampung kami semua ke rumah pihak perempuan di Rembau, N9. Buah hati baru berwarna dazzling red (baca pink) terus berjalan jauh menyebabkan ia perlu diservis selepas 2 minggu digunakan. Kesimpulan, banyak jalan, banyak duit. Lupakan soal duit, hidup perlu diteruskan.


sebelum bertolak ke n9...

First time kot, aku betul-betul sampai ke N9. Sebelum ni lalu je. Stesen komuter Seremban rasanya tak perlu dikira, sebab macam tempat transit saja kan. Tapi, memang sangat berbeda majlis tunang di Terengganu dan N9 ni. Faham-faham jela, adat diorang macam mana. Cincin dah dua, merisik dan bertunang. Kat Terengganu, cincin merisik dan tunang kira 1 je.

Yang sangat ketara perbezaan majlis kat N9 ni adalah menu masakannya. Buat pertama kalinya, aku pergi kenduri masakan dia ikan keli goreng dan masakan terkenal kat sana masak lemak cili api. Tekak aku tak berapa boleh terima, tapi disebabkan lapar dek kerana perjalanan yang jauh telan jugak la. Nasib baik tak berapa pedas sangat, mungkin dorang sengaja sebab tahu kami semua orang pantai timur yang tak makan pedas.

Kalau kat ganu, masakan utama mesti la gulai. Gulai lembu, gulai ayam, gula kambing, gulai kerbau, segala gulai ada. Tak mungkin ada ikan keli goreng dan masal lemak cili api. Namanya kenduri tu pun dipanggil makan gulai. Kalau tak ada gulai, memang pelik bin ajaib. Tapi aku keliru, menu majlis kahwin kat N9 memang macam tu jugak ke?Ke untuk tunang ni je.


hantaran yang banyak, macam kahwin dah...


sarung cincin...

Lepas majlis selesai, aku yang teruja nak balik kampung esok pagi terus down. Adik-adik aku semua tak nak balik lagi, konon nak berjalan sebab jarang sangat dorang akan datang sini. Duduk je kat kampung tu. Ikutkan hati nak balik terus, nanti sekejap sangat aku kat kampung. Tapi nak buat macam mana, kesian lak kat dorang. Jadi, ikutkan jela. Pagi esoknya kami ke Hutan Lipur Kanching yang padat dengan manusia. Tak best. Lagi best Lata Belatan dan Lata Tembakah kat kampung..huhu..Malam lak ke iCity untuk kali kedua bagi aku. Sian abah dan ma, penat jalan.



macam mana la dorang mandi, padat-padat macam ni...


why so serious???

Akhirnya, hari sabtu petang baru sampai kat kampung. Terkejut tengok eka yang makin gemuk dan excited tengok akif yang makin comel.


cikmi sudah tidak mampu dukung eka...


pipi dan dagu dah nak sama level...

Dan kejadian malang berlaku pada aku dan kak na semasa perjalanan datang sini dari kampung. Kereta breakdown kat Raub. First time jugak aku pun di'towing' bersama purple (kereta kak na)..huh! Dugaan..

Minggu lepas lak jalan-jalan kat putrajaya dengan kak na dan mr.yakuza. First time drive buah hati baru ambik mr.yakuza then ke putrajaya ambik kak na. Kami ke karnival wow yang agak bosan pada waktu panas terik, memang mengundang dahaga. Tengok orang main layang-layang yang tak berapa nak naik sebab angin tak ada. Sian pun ada dengan panas lagi.

Kami pergi jugak Pullman, bukan hotel tapi tasik tempat orang main sukan rekreasi air. Tengok model photoshoot ngan pose yang pelik-pelik, tengok jugak orang photoshoot kahwin. Lepas tu ngan kitorang pun photoshoot sekali tapi tak posing pelik-pelik la.


chubby me...huhu...



Ok, dah..ni dah cerita untuk sebulan ni. Banyak betul membebel kali ni.

No comments: