Friday, April 8, 2011

Masak Memasak: Cucur Udang



Assalamualaikum...


En. bakal suami memang suka sangat makan cucur udang atau kat tempat kitorang ianya dipanggil jeput udang. Oleh kerana sukanya yang mendalam terhadap cucur udang ni, En. bakal suami telah meminta aku buat cucur udang ni untuk bekalan sarapan pagi balik kampung pada esok hari bersamaan 9 April 2011..Wahh, balik kampung lagi aku (senyum lebar-lebar).


Dengan itu, semalam kitorang pun pergi la beli apa yang patut untuk buat jeput udang ni. Almaklum la, kat rumah sewa yang baru pindah sebulan belum sempat lagi nak masak beria, tunjuk skill memasak yang tak seberapa. Ok, bahan-bahan buat jeput udang ni seperti yang tertera di bawah.


Bahan-bahan (cucur):
  • Udang
  • Tepung gandum
  • Bawang merah
  • Sayur sawi (biasa orang letak kangkung or taugeh, tapi aku lagi suka sawi)
  • Telur
  • Garam
  • Air
Bahan-bahan (pencicah/colek):
  • Cili giling
  • Asam jawa
  • Gula melaka
  • Gula
  • Tepung jagung
  • Garam
  • Air
Cara-cara:
  1. Masukkan tepung, bawang merah dan sawi yang telah dihiris ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan 2 biji telur berserta air dan garam.
  3. Kacau adunan sehingga sebati.
  4. Terus boleh goreng dengan udang (jangan masukkan semua udang dalam adunan, masa nak masuk kuali baru masukkan seekor udang untuk satu cucur. Berbelit ke ayat aku ni?)
  5. Untuk buat pencicah dia, masukkan semua bahan kecuali tepung jagung ke dalam periuk.
  6. Masak dengan api sederhana hingga menggelegak.
  7. Masukkan sedikit air tepung jagung (air + tepung jagung) ke dalam periuk untuk pekatkan sikit pencicah tadi.
  8. Dah masak, boleh la dihidangkan bersama jeput udang tadi.
  9. Semua sukatan, ikut suka hati bergantung pada banyak mana nak buat dan udang yang available (udang kan mahal..bak kata en. bakal suami, sekilo udang dah sama harga dengan semua bahan-bahan lain..hehe...)
p/s: sebenarnya ni baru pertama kali nak buat cucur udang..sebelum ni selalu buat cucur ikan bilis je (kali ni tak ada gambar sebab belum buat dan malas nak curi dari google image).

No comments: