Tuesday, May 31, 2011

Sutera Bidadari


Assalamualaikum...

Setelah menahan diri dari membeli novel sejak akhir-akhir ni, Sutera Bidadari dah pecahkan aku punya nafsu membeli. Tak boleh tahan la, dah 4 novel yang sebelum ni semua aku baca dari Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi sehinggalah Sutera Bidadari sambungan yang ke-5 ni mesti la kena baca jugak. Akhirnya melayang RM22..wuwuwu...

Tapi tidak mengapa, Laksammana Sunan punya pasal aku sanggup. Kenapa la Ramlee Awang Murshid (RAM) ni buat watak Laksamana Sunan sangat-sangat istimewa, boleh jadi impian semua wanita*. Wah, ayat semacam je...hehehe... Memang diakui keperibadian Laksamana Sunan memang sangat aku kagumi kalau dia wujud di alam nyata. Yang pasti tak mungkin la kan, tak ada manusia yang sempurna, walaupun sebenarnya kesempurnaan itu boleh dicari.


Sutera Bidadari merupakan novel RAM yang ke berapa dah aku baca, aku pun tak pasti. Memang hampir semua novel tulisan RAM aku baca, kira favourite novelist la ni. Kalau tak silap 2 novel je kot yang aku tak baca, yang lain semua aku baca dan miliki sendiri. Aku memang gila novel. Hobi membaca novel ni sampai sekarang pun aku masih buat, cuma dah tak serancak dulu. Koleksi novel kat rumah pun banyak, tetapi ada juga yang orang pinjam tak pulangkan. Sayang sangat kat semua novel tu (esepecially novel Satu Janji), tapi nak buat macam mana, dah tak jumpa orang-orang yang meminjam tu. Redha dan halalkan jela.

Jadi, minggu ni malam-malam mengadap novel tu jela. Dulu-dulu, masa zaman sekolah 1 malam dah boleh habiskan 1 novel. Sekarang dah tak boleh buat macam tu, masa nak tidur baca sikit, dah mengantuk aku terus stop. Sekarang kan dah dewasa, ada banyak tanggungjawab..(^_^)





*walaupun Laksamana Sunan boleh jadi igauan semua wanita, bagi aku mr.yakuza tetap di hati...

Thursday, May 26, 2011

Artist To Be!


Dalam usaha melukis bunga lagi.
Bunga orkid.
Bila dah lama tak melukis dan sekarang melukis balik,memang nostalgia.
Teringat zaman-zaman kegemilangan dulu. Gemilang la sangat kan.

Bila melukis...aku perlu lebih sabar
Bila melukis...aku perlu lebih teliti
Bila melukis...jiwa aku lebih tenang
Bila melukis...mesti lebih teringatkan dia
Bila melukis...aku rasa puas
Dan bila melukis...aku gembira dengan hasilnya

Tapi masih skill melukis perlu dipertingkatkan lagi.
Teringin nak pandai mewarna juga, tapi selalu ada yang tak kena.
Kena ambil kursus lukisan la agaknya.
Bertambah satu lagi keinginan dan impian dalam hidup aku.
Moga tercapai...




mistulip tengah bosan, jadi dia membebel seorang diri....

Thursday, May 19, 2011

Open your eyes

Open Your Eyes – Maher Zain

Look around yourself
Can’t you see this wonder
Spreaded in front of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourself
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside
No

*****
We just have to
Open our eyes our hearts and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise

Take us in the best way (Allah)
Guide us every single day (Allah)
Keep us close to You
Until the end of time

Look inside yourself
Such a perfect order
Hiding in yourself
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand
So are they really there

Lets start question in ourself
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside
No

*****

Take us in the best way (Allah)
Guide us every single day (Allah)
Keep us close to You
Until the end of time

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing
So why deny
What’s in front of your eyes
The biggest miracle of life

*****
Take us in the best way (Allah)
Guide us every single day (Allah)
Keep us close to You
Until the end of time

*****
Take us in the best way (Allah)
Guide us every single day (Allah)
Keep us close to You
Until the end of time

Allah
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You
Alhamdulillah

Ya Allah, kuatkanlah hati hamba-Mu ini. Tunjukkan aku jalan-Mu yang lurus dan benar. Amin...

Lonely


Assalamualaikum...

Dah lama sangat tak update. Nak cakap sibuk, tak sibuk sangat. Tapi, memang kekeringan idea untuk menulis sedangkan banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku 3 bulan kebelakangan ni.

Sekarang ni aku dah keseorangan di Bangi. Cuma ada kawan-kawan di makmal dan juga rakan serumah. Tiada lagi mr.yakuza dan juga Kak Na, kakak sulung aku. Mr.yakuza dah merantau jauh, bertukar tempat kerja. Sama juga dengan Kak Na. Kalau ikutkan, terasa juga kehilangan mereka berdua ni, tapi memang kena banyak-banyak bersabar. Semuanya untuk jaminan hidup di masa hadapan. Yang paling penting, dah tak banyak jalan, jadi duit pun tak mencurah-curah keluar..huhu..

[gambar] Lonely...

Esok, ada interview biasiswa Khazanah di KLCC, final stage. Doakan aku berjaya. Ni cuma quick update, nak hilangkan resah di hati menunggu hari esok sambil prepare apa yang patut. Apa pun, wish me luck ok!