Tuesday, May 31, 2011

Sutera Bidadari


Assalamualaikum...

Setelah menahan diri dari membeli novel sejak akhir-akhir ni, Sutera Bidadari dah pecahkan aku punya nafsu membeli. Tak boleh tahan la, dah 4 novel yang sebelum ni semua aku baca dari Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi sehinggalah Sutera Bidadari sambungan yang ke-5 ni mesti la kena baca jugak. Akhirnya melayang RM22..wuwuwu...

Tapi tidak mengapa, Laksammana Sunan punya pasal aku sanggup. Kenapa la Ramlee Awang Murshid (RAM) ni buat watak Laksamana Sunan sangat-sangat istimewa, boleh jadi impian semua wanita*. Wah, ayat semacam je...hehehe... Memang diakui keperibadian Laksamana Sunan memang sangat aku kagumi kalau dia wujud di alam nyata. Yang pasti tak mungkin la kan, tak ada manusia yang sempurna, walaupun sebenarnya kesempurnaan itu boleh dicari.


Sutera Bidadari merupakan novel RAM yang ke berapa dah aku baca, aku pun tak pasti. Memang hampir semua novel tulisan RAM aku baca, kira favourite novelist la ni. Kalau tak silap 2 novel je kot yang aku tak baca, yang lain semua aku baca dan miliki sendiri. Aku memang gila novel. Hobi membaca novel ni sampai sekarang pun aku masih buat, cuma dah tak serancak dulu. Koleksi novel kat rumah pun banyak, tetapi ada juga yang orang pinjam tak pulangkan. Sayang sangat kat semua novel tu (esepecially novel Satu Janji), tapi nak buat macam mana, dah tak jumpa orang-orang yang meminjam tu. Redha dan halalkan jela.

Jadi, minggu ni malam-malam mengadap novel tu jela. Dulu-dulu, masa zaman sekolah 1 malam dah boleh habiskan 1 novel. Sekarang dah tak boleh buat macam tu, masa nak tidur baca sikit, dah mengantuk aku terus stop. Sekarang kan dah dewasa, ada banyak tanggungjawab..(^_^)





*walaupun Laksamana Sunan boleh jadi igauan semua wanita, bagi aku mr.yakuza tetap di hati...

No comments: