Thursday, June 2, 2011

Bila nak kahwin?

Assalamualaikum...

Sekarang ni cuti sekolah. Musim orang kahwin. Ramai sangat orang kahwin, di sekeliling aku sendiri berapa ramai yang kahwin masa cuti sekolah ni. Hujung minggu ni senior aku kahwin, tapi tak dapat nak pergi. Hujung minggu satu lagi, coursemate aku kahwin, insyaAllah aku pergi. Kononnya macam reunion la majlis dia nanti ni lepas hampir setahun tak jumpa after konvo.

Kahwin,kahwin,kahwin. Semenjak dua menjak ni, aku dibelenggu dengan cerita pasal kahwin je. Senior dekat lab dua orang bakal jadi raja sehari, seorang bulan Julai, seorang lagi bulan September. Kat rumah pun insyaAllah seorang housemate hujung tahun ni bakal jadi pengantin. Bukan setakat dengar cerita pasal orang dah kahwin dan pasal orang nak kahwin, aku pun dah banyak kali diajukan soalan cepu mas ni

"Bila nak kahwin?"

atau

"Bila nak tunang?"

Wahh, kan best kalau dua soalan cepu mas tu abah yang tanyakan pada aku. Terus aku jawab esok..hehehe..just kidding, gatal sangat la pulak.

Mr. Yakuza, bila ye kita nak tunang? Dah ramai sangat orang tanya, kawan-kawan lain pun ramai dah kahwin, siap ada yang dah ada anak sepasang. Jadi ada 2 situasi bila berbincang soal ni bersama mr.yakuza.

Situasi 1

Me: Rasa-rasa kan, elok kumpul duit untuk kahwin je terus. Dah capai target untuk kahwin, kita tunang la. Tak nak la lama-lama.

Him: Ha ah, betul jugak.

Me: Lagi pun, master ni tak tau bila leh siap. Kita lak duk jauh, nanti kahwin still duk jauh, macam ssh je. Klu target kahwin masa last sem, ok?

Him: Rasanya elok jgk camtu. Klu last sem, klu jauh pun, x lama sgt kot. Ok la, skrg ni tunggu jela dulu.

Huhuhu..mcm tak ke mana jugak kitorang bincang. Last-last tunggu. Mahunye aku punye master 3 tahun baru abes, mcm mana? Sekarang baru habis 1 semester. Master by research ni tak sama dengan coursework. Tak dapat result yang ok, selagi tu la tak lepas nak grad. Waaa, so how? Jadi timbul la situasi ke-2.

Situasi 2

Me: Mcm mana dengan kita ni? Still nk tunggu ke...

Him: Rasanya lagi cepat lagi bagus. Jauh-jauh ni, ikat jela dulu.

Me: Ek?Abis tu bila abg nak?

Him: After 6 month working (dia baru tukar kerja bulan lepas)

Me: Means hujung tahun ni or awl tahun depan?

Him: Yup, seboleh-bolehnya mcm tu la.

Me: Ok, tapi tengok dulu mcm mana, kewangan mslh ckit..

Masalah kewangan la pulak kan. Yela, nak tunang kan di pihak perempuan, majlis tu still aku yang kena kuarkan duit. takkan nak mintak dr mr yakuza kot, dia dah pening kmpul duit untk kahwin. Family? Kalau boleh xnak sshkan dorang. Aku pulak cuma student yang dapat gaji cukup2 makan, cukup untk byr sewa dan kereta sahaja. Nak simpan agak susah, tak tahu dh nak berjimat mcm mana. Sebab tu la, aku berdebar-debar tunggu keputusan biasiswa Khazanah. Moga ada rezeki untuk aku.



p/s: jadinya,memang kami rancang hujung tahun ni atau awal tahun 2012. Ya Allah, moga dipermudahkan segala urusan..Amin...

No comments: