Friday, June 10, 2011

Bunga itu indah!


Assalamualaikum...



Hari ni mistulip nak berkongsi cerita tentang bunga. Setiap bunga mewakili makna dan mesej tersendiri tau, macam bunga ros boleh sampaikan mesej 'Aku cinta padamu'. Tapi bukan setakat itu saja, ada lagi mesej-mesej yang lain. Jom kita intai, kuasa tersembunyi yang dimiliki bunga-bunga yang cantik berwarna-warni tu. Mana tahu ada dapat bunga ke, boleh la tahu apa mesej yang nak disampaikan oleh si pengirim kan?

*****

~ FALSAFAH KUNTUMAN BUNGA ~



ROS PUTIH ~ Cinta sejati dan kekuasaan.


BUNGA CARNATION ~ Bunga ini comel dan boleh didapati dalam beberapa warna seperti merah dan putih. Ia dikatakan mampu membantu menggelakkan perasaan sedih menimpa diri seseorang. Jadi sesuai la untuk melawat orang sakit di hospital.

BUNGA CAMELIA ~ Ia dapat ‘memanggil’ semangat cinta dan kebahagiaan yang berkekalan selamanya.

BUNGA KEKWA ~ Bunga ini melambangkan kekuasaan sebuah perasaan cinta.

BUNGA DAISI ~ Ia mampu meningkatkan daya intuisi seseorang untuk meramalkan sesuatu
perkara.

BUNGA IRIS ~ Ia melambangkan bahawa seseorang itu yakin dengan perasaan yang sedang
dialami itu.

BUNGA JASMIN ~ Ia mendorong ke arah percintaan dan kekayaan.


BUNGA ORKID ~ Ia memberikan semangat berkobar-kobar untuk menjalani hidup.

ROS MERAH ~ Boleh mengungkap pelbagai perasaan cinta.

BUNGA MATAHARI ~ Seseorang itu inginkan dirinya diberikan perhatian dan kehormatan seperti yang sepatutnya

BUNGA TULIP ~ Ia membawa rasa cinta dan tuah (Bawalah rasa cinta dan tuah kepada mistulip..hehehe..)

BUNGA IVY ~ Ia membawa kepercayaan dan kehormatan pada diri seseorang.

BUNGA VIOLET ~ Ia meningkatkan daya imiginasi seseorang.

[gambar] Lovely!

~ KOD WARNA BUNGA ~

Merah: Perasaan yang berkobar-kobar dalam sesuatu perkara yang sedang atau ingin dilakukan.

Ungu: Apa yang paling penting adalah semangat yang diperlukan untuk melakukan apa saja yang diinginkan.

Kuning: Peluang-peluang yang bakal hidup dalam diri seseorang.

Putih: Semangat mementingkan kebenaran.

Merah Jambu: Seorang mungkin sedang cuba mendekati dirimu!

~ MAKSUD TERSIRAT ~

Cuba kumpulkan beberapa orang teman baik. Ambil beberapa jenis bunga segar dan letakkan ke dalam sebuah bekas (ambil bunganya saja). Setiap orang pejamkan mata dan cuba ambil bunga daripada dalam bekas itu tanpa membuka mata. Ha. lepas dah ambil barulah mata boleh dibuka. Perhatikan kelopak bunga itu. Sekiranya:


KELOPAK BUNGA ITU TERLERAI: memberi makna bahawa beberapa keinginan akan
diperolehi tak lama lagi.

BUNGA ITU TETAP CANTIK: memberi tanda bahawa tuah akan mendatangi kamu tak lama lagi. Tunggu je la!

BUNGA ITU ROSAK: memberi tanda bahawa kamu mungkin bakal menghadapi beberapa cabaran dalam hidup.

Ambil dari sini.

*****

Wah, part maksud tersirat tu mistulip macam tak berapa nak yakin sikit. Boleh ke percaya benda-benda macam tu? Apa-apa pun kalau nak beli bunga, boleh la kalau nak jadikan panduan. Mistulip nak bunga tulip je, entah sejak bila jadi suka kat bunga tulip ni. Sampai berangan untuk tunang/kahwin nanti bunga hiasan nak bunga tulip. Mesti cantik! (^_^)


[gambar] Tulip wedding cake..suka...

[gambar] Tulip wedding cake lagi!

[gambar] Hand bouquet dia cantik sangat..like 100 kali...

[gambar] Berangan jela macam ni. Mana nak dapat bunga tulip banyak-banyak kat Malaysia ni. Mahal kot...




Ni bukan entri pasal bunga dah ni..dah jadi entri kahwin lak..hehehe..

No comments: