Tuesday, June 28, 2011

Mood: Gembira!



Aku gembira hari ni. Sebab setelah berbulan-bulan ambil masa siapkan paper, setelah kemalasan asyik melanda diri, setelah berulang kali kerja bertangguh-tangguh, akhirnya misi untuk submit paper dah berjaya. Yang pasti misi mengupload file-file terlibat memang sangat mencabar emosi aku dengan kelajuan internet yang menyakitkan hati.


Kepada editor dan reviewer jurnal Plant Science, jangan tegas dan skema sangat ye macam editor jurnal yang 1 lagi tu. Jangat diragut kegembiraanku hari ini. Beri lah peluang kepada author-author amatur macam aku ni. Kena reject, memang aku mogok kat Dr. tak nak submit dah paper tu. Ish3..tak baik buat perangai macam tu kan. Wuwuwu, just kidding. Kena reject lagi kali ni, maksudnya aku kena usaha kuat lagi la. Ya Allah, permudahkanlah urusan hamba-Mu ini.


[gambar] Aku gembira lebih kurang muka macam ni.




Tapi kalau difikirkan, apa sangat yang ada dengan result thesis student undergrad kalau nak dibandingkan ngan result orang lain yang lagi bagus pastinya. Apa-apa pun cuba jela. Dr., saya dah penat buat paper..huhu...

No comments: