Wednesday, July 20, 2011

Kekelak


Assalamualaikum...

Hujung minggu hari tu, aku balik kampung. Ada urusan keluarga. Teruja balik kampung kali ni, sebab dah lama juga la tak jumpa family, especially anak buah aku yang berdua tu, eka dan akif. Teruja juga sebab kononnya nak sempurnakan misi besar yang tak berapa besar, tapi akhirnya langsung tak menjadi.huhu..ok, dah cukup dah melalut...

Kekelak. Apa itu kekelak?hehe..ini bahasa pelat eka ye, merujuk pada coklat/gula-gula. Budak gemuk ni memang hantu coklat/gula-gula. Risau pula aku takut ada diabetis. Untuk pengetahuan, umurnya 2 tahun setengah dan berat 24 kg. Do believe it.

Cerita pasal kekelak ni, memang aku tak boleh tahan dengan perangai eka yang makin menjadi-jadi. Entah dari mana dia belajar. Alkisahnya, pakcik aku ada bagi 1 plastik bermacam-macam jenis gula-gula. Sugus ada, mentos ada, gula-gula susu ada, fruit plus ada, boleh dikatakan macam-macam la ada. Malang sekali untuk eka, kebetulan pada masa tu dia tak ada kat rumah, ikut papanya ke rumah nenek dia yang satu lagi. Jadi aku pun, sembunyikan la plastik gula-gula tu atas peti sejuk. Budak ni tak boleh bagi banyak-banyak terus, nanti 1 hari je dia boleh habiskan...

Bila dia balik, aku pun ambik la 1 coklat warni-warni yang bentuk bunga. Ala yang macam coklat no. 8 kat bawah ni, tapi yang eka punya ni bentuk bunga.

[gambar] Masa kecik2 dulu, suka sangat la kalau dapat coklat ni..

Cikmi: Eka, cikmi ada coklat.
Eka: Kekelak..

Sambil dia tunjuk-tunjuk kat aku 1 beg kecik mcm beg letak duit syiling.

Cikmi: Ni, ambik coklat ni. Sedap ni.
Eka: Kekelak.

Sambil tunjukkan lagi beg kecik tu tadi, tapi dia ambil je coklat yang aku bagi tu. Pastu dengan muka bahagia dia goyang-goyang coklat tu dengan tangan tapi dengan tak semena-mena, dia buat aksi lontar peluru dan coklat yang aku bagi dah masuk celah mana pun aku dah tak nampak. Mahu aku tak terkejut.

Cikmi: Nape eka buang coklat tu? Tak baik la.
Eka: Ni, ada kekelak ni.

Sambil tunjuk lagi beg kecik dia tu. Rupa-rupanya kat dalam tu ada gula-gula sugus pelbagai perisa, nenek dia bagi. Siap letak dalam beg tu. Patut la berlagak je buang coklat aku bagi. Dah ada yang lagi sedap. Huhu, kesian aku. Tapi bukan setakat tu saja, ada 1 lagi kejadian, yang buat aku pening ngan perangai dia ni..

Eka: Ami, nk kekelak..
Cikmi: Xleh, gigi eka rsk dh tu, mkn coklat byk sgt.
Eka: Nk kekelak..nk kekelak...

Duk merengek-rengek kat aku. Kalau tak bagi memang akan mengamuk la dia. Aku pun ambik sebiji gula-gula susu dalam plastik yang aku sembunyi kat atas peti sejuk. Muka dia dh hepi gile. Aku bukakan untuk dia. Masuk je dalam mulut, terus dia buat muka. Then, keluar la ayat yang sampai sekarang bila aku ingat, aku geleng kepala..huhuhu..

Eka: Po mu wi aku nih! Tok dak.. (Apa kau bagi aku ni! Tak sedap)

Waaa..mesti ayah su dan ayah chik dia yang ajar cakap kasar-kasar macam ni. Tak suka! Tapi bila fikirkan balik, dia boleh keluar ayat macam tu memang sangat comel la. Ayat kasar versi comel. Boleh ke macam tu?

Ni masa umur 6 bulan, cuba bayang klu sekarang dah 2 thn stngh..hehe..



mistulip: Budak-budak memang cepat terpengaruh dengan apa yang orang dewasa lakukan. Macam mana la kalau mistulip dah ada anak sendiri nanti. Bahaya betul. Apa-apa pun, walaupun eka degil sangat tak tahu nak explain macam mana dan akif pula manja teramat, sikit-sikit nangis, dua-dua tetap comel! Nak ada baby sendiri aci tak? Eh, tiba-tiba je.hehe...

No comments: