Wednesday, August 24, 2011

Balik kampung pulang beraya


Assalamualaikum...

Perasaan excited nak balik raya makin bertambah-tambah. Sebab:

Pagi-pagi dah sampai Perodua Putrajaya untuk servis pinky. Walaupun dah buat appointment, tapi sebab ramai orang pinky terpaksa ditinggal kat sana sebab maybe dalam tengahari baru siap. Jenuh kalau nak menunggu. Jadi, masuk la lab dulu. Nasib baik pergi berteman, kalau tak memang terpaksa menunggu la kat situ.

Kekeliruan tentaang chemical hilang semalam dah selesai. Supplier ni kadang-kadang banyak hal. Tapi tak apa, bulan baik ni tak elok nak marah-marah. Sabar. Walau pun semalam dah ternangis sekejap. Haha. Sensitif over sangat. Jadi dah dapat Mueller Hinton Agar yang dah lama dipesan, cuma broth je lepas raya baru dapat.

Nak pergi basuh pinky lepas ambik dari perodua nanti. Sambil-sambil tunggu basuh kereta, shopping sekejap. Nak beli biskut raya kot sikit untuk bawak balik kampung. Satu lagi nak tukar bateri jam! Bateri jam dah kong. Ke baik beli jam baru yang murah-murah je? Mentang-mentang nak raya, semua nak baru. Huhu...

Bab shopping semangat memang terlebih. Namanya orang perempuan kan. Jadi, hari ni hari last masuk lab. Esok, InsyaAllah akan sampai ke Rawang, rumah maksu. Then, lusa InsyaAllah akan sampai ke Besut. Takut pulak nak drive sorang-sorang ke Rawang ni. 

bukan balik naik keretapi pun sebenarnya..hehe..


Selamat hari raya semua. Jom balik kampung!




mistulip: ingat rumah kat kampung je sekarang ni.

No comments: