Friday, August 19, 2011

Dia dah siap saman, tapi aku masih menunggu...



Assalamualaikum...

Semalam keluar berita yang seorang pelajar saman khazanah sebab gagal dapat Biasiswa Khazanah-Cambridge. Actually berita dia nak saman ni dah lama, dalam bulan Jun hari tu lagi kot. Cuma semalam je, saman tu betul-betul dah difailkan. Check this news out.

Pelajar Saman Khazanah Selepas Gagal Dapat Biasiswa 
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar yang gagal mendapat Biasiswa Khazanah-Cambridge menfailkan saman terhadap Khazanah Nasional Berhad dan tiga lagi. 
Chan Xian Yao, 19, memfailkan saman itu melalui firma guaman bapanya Chan Chow Wang di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini, Khamis. 
Beliau menamakan Ketua Pegawai Eksekutif Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar, pengarahnya Azman Mohd Hussein, Khazanah dan Yayasan Khazanah sebagai defendan. 
Dalam saman itu Chan memohon perisytiharan bahawa pemberian Biasiswa Khazanah-Cambridge kepada tiga penerima adalah tidak sah. 
Dia juga memohon pampasan dan ganti rugi kerana mengalami perasan malu dan tekanan akibat gagal mendapat biasiswa itu. 
Chan, yang ditawarkan tempat di Universiti Cambridge selama empat tahun bagi mengikuti kursus kejuruteraan kimia bermula Oktober tahun ini, mendakwa defendan tidak menjalankan proses pemilihan yang baik atau adil semasa peringkat pemilihan. 
Pelajar itu berkata, Yayasan Khazanah telah menghantar satu e-mel kepadanya menyatakan dia tidak berjaya dalam permohonannya tanpa sebarang alasan. 
Katanya, defendan dalam kenyataan akhbar bertarikh 11 Jun lepas telah menyatakan hanya tiga pemohon diberi biasiswa itu tanpa memberi maklumat pemohon itu seperti nama, kursus atau keputusan akademik mereka.
[Sumber: mStar online]

Ok. Then, how about me? Yang masih lagi dalam penantian. Budak kat atas ni memohon dalam kategori  Khazanah-Cambridge untuk undergraduate. Kiranya kategori tu memang dah diumumkan keputusan. Aku pula Khazanah Watan untuk postgraduate. Dah dekat 3 bulan menunggu selepas final stage interview hari tu. Bulan lepas telefon, pihak Khazanah cakap masih dalam arrangement. 

ni masa terpilih untuk 1st stage..tapi lepas tu die dah tak update, semua main email je..patutnya semua pun harus upadate kat website...ini tak,ish3..tak patut..kan aku dah membebel...

Yang pasti budak kat atas ni dapat email yang menyatakan dia tidak berjaya. Jadi, hipotesis aku yang mengatakan keputusan dah keluar, tapi pihak Khazanah tak maklumkan pada calon yang tidak berjaya adalah salah.

Until now, i didn't get any email concerning about this matter. It means, I still have hope. Tapi, dah rasa segan nak telefon lagi. En. X yang uruskan pasal hal ni pun dah kenal aku. No matter what, I must gain my strength to call him after this. But really don't have the confidence yet. Haha. Saya memang penakut.




mistulip: budak tu tak patut saman Khazanah, sebab bukan dia seorang je tak dapat...ramai lagi yang tak dapat...mesti dia jenis yang over confidence ni...dah la ayah dah lawyer, ada firma guaman sendiri pulak tu...sah-sah kaya..bagi la peluang pada insan-insan yang masih memerlukan...dunia sekarang makin pelik...manusia bermacam ragam...

No comments: