Monday, August 15, 2011

Merisik



Assalamualaikum...

Kalau mengikut adat, sesuatu perkahwinan melibatkan dua proses sebelum berlangsungnya majlis. Merisik dan meminang. Jadi, perlu la tahu proses yang pertama dahulu. Merisik. Tapi apa itu merisik?

***
MENILIK ATAU MERISIK



Menilik atau merisik pada hakikatnya adalah adat yang memang baik dan berguna jika ia dijalankan bersesuaian dengan tujuannya, iaitu untuk memilih dan mengetahui latar belakang bakal menantu perempuan dalam sesebuah keluarga Melayu. Ini adalah untuk memastikan para ibu bapa tidak tersilap pilih dan dapat mencari yang terbaik untuk anak lelaki mereka.

Dalam adat menilik atau merisik, selepas anak dara yang sesuai dipilih, biasanya wakil dari pihak lelaki akan datang ke rumah anak dara tersebut. Biasanya rombongan ini akan hanya disertai oleh ahli keluarga perempuan bagi pihak lelaki. Kedatangan ini bertujuan untuk berkenal-kenalan dengan keluarga pihak perempuan di samping melihat sendiri wajah dan tubuh badan anak dara tersebut. Kedatangan ini juga bertujuan untuk memastikan sama ada anak dara tersebut sudah dimiliki orang ataupun belum. Ada sesetengah rombongan yang hanya datang untuk melihat anak dara tersebut dan bersuai kenal dengan ahli keluarganya tanpa mengikat sebarang perjanjian atau memberi kata putus, namun ada juga yang terus mengikat janji persetujuan untuk menetapkan tarikh peminangan.



Setelah selesai adat menilik, rombongan tersebut akan pulang. Satu rundingan akan diadakan di antara ahli keluarga pihak lelaki yang melibatkan adik-beradik dan waris terdekat untuk mencari kata putus tentang hal tersebut. Mereka kemudiannya akan berbincang untuk menetapkan tarikh yang sesuai untuk menjalankan adat meminang dan pertunangan.
[Sumber]
***
cincin belah rotan sebagai cincin tanda...
Kebanyakan orang sekarang, merisik dan meminang digabungkan sekali sebab masing-masing dah kenal keluarga masing-masing. Memang masing-masing pun dah bersetuju, cuma diadakan juga merisik ni sebab nak ikut adat. Dan sebenarnya apa yang perlu pihak lelaki bawa masa merisik ni?

Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:
  • Cincin belah rotan. (cincin tanda)
  • Baju sepasang atau kain
  • Wang tanda (hantaran)
  • Buah-buahan
  • Kuih-muih
  • Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
  • Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
  • Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis. Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
  • Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
  • Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
  • Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.



***


Macam banyak la pulak kan. Sebenarnya semua tu atas pihak lelaki. Kalau mampu, boleh la kalau nak bawa cincin. Kalau tak mampu, cukup sekadar bawa hadiah untuk pihak perempuan, kain sepasang ke, kuih-muih ke. Sebabnya kalau di Terengganu dan Kelantan, biasanya masa merisik tak ada cincin segala bagai, masa bertunang je ada. Tapi lain pulak kalau di negeri lain, merisik perlu bawa cincin. Kalau merisik digabung dengan majlis meminang, pihak perempuan tu akan dapat dua cincin la. Cincin merisik. Cincin tunang. Best betul jadi orang perempuan kan..hehe..




mistulip: bakal dapat cincin bersaiz 14...besarnya jari saya..jejari sotong bak kata mr.yakuza...huhu....

No comments: