Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri


Assalamualaikum...

Mistulip ketika ini sedang dalam perjalanan pulang ke kampung. Dah terbayang wajah abah, ma, adik-adik, eka, akif dan ahli keluraga yang lain. Excited.

Nak ucapkan selamat hari raya semua! Mohon maaf andai tersilap kata, tersalah bicara, terpukul atau tertampar yang membuatkan ada yang terasa dan terkecil hati. Mistulip tak pernah pukul orang, jadi kalau buat silap pun rasanya dari tutur bicara jela kot. Boleh ke fikir macam tu? Hehe..

[gambar] gambar curi sebab malas nak buat sendiri...

Kegembiraan menyambut hari raya dan juga kerinduan pada orang tersayang, diharapkan tidak hilang begitu saja seusai lebaran mengundur diri. Setiap hari yang mendatang adalah seperti hari raya hendaknya. Kegembiraan dan kerinduan tidak menghilang ditelan usia. Moga hati bertambah senang, tiada lagi gundah. Amin...

Apa-apa pun, memandu dengan berhati-hati ye di musim perayaan ini. Pesanan untuk diri sendiri juga.  


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
MAAF ZAHIR & BATIN






mistulip: mengharapkan mr.yakuza dapat bagi duit raya tahun ni, sebab dia dah kaya-raya...=p

No comments: