Monday, August 8, 2011

Setelah setahun bergelar siswazah


Assalamualaikum...

Tahun lepas 7 Ogos 2010, aku selamat bergraduasi. Semalam 7 Ogos 2011 genap setahun aku bergelar siswazah. Terasa begitu cepat masa berlalu. Tapi, pencapaian yang aku capai setelah setahun ni aku rasa tak begitu membanggakan....huhuhu..kenapa boleh jadi begini? Semangat, sila la datang kepada saya. Ok, aku cuba nak senaraikan apa yang aku dah capai sepanjang setahun ni, buat panduan untuk tahun-tahun yang mendatang...Semoga aku jadi lebih bersemangat waja...^_^

[gambar] masa konvo dulu, tak ambik pun gambar baling topi macam ni...

Pencapaian mistulip bagi tahun pertama bergelar seorang siswazah adalah...ceh,macam nak umum award la pulak:

1. Jadi RA selama 3 bulan dari Oktober hingga Disember 2010.

Sepanjang tempoh kontrak, cuba hasilkan 3 paper untuk diterbitkan. Sehingga kini, hanya 1 paper yang dalam proses review, 1 paper telah direject 1 kali dan dalam proses editting untuk jurnal yang lain dan 1 lagi paper (ini tesis aku ms undergrad) masih lagi memerlukan banyak penambahan dan pembaikan. Gila lama, setahun kot. Tapi ini hakikat, nak terbitkan sesuatu manuskrip memang mngambil masa. Lebih-lebih lagi untuk orang yang malas macam aku ni. Jadi, sila salahkan diri sendiri..T_T

2. Mendaftar sebagai pelajar siswazah bagi pengajian sarjana pada 20 Disember 2010.

Aku mendaftar pada semester ke-2 sesi 2010/2011. Sekarang dah habis 1 semester, aku dah melalui dua presentation. Pertama, proposal presentation dan kedua presentation bersama pihak Inbiosis (ini presentation terpaksa). Sehingga kini, masih ada beberapa bahan kimia yang belum aku dapat. Sehingga kini, aku cuma berjaya mengekstrak daun kesum sebanyak 4 kali dengan jayanya menggunakan SFE. Sehingga kini, SFE masih bermasalah. Sehingga ke saat ini, aku terhalang dengan kerja-kerja lab sebab gas CO2 dah habis pulak dah.

Nampak macam aku ni asyik mengeluh je kan? Memang hampir-hampir putus asa dengan SFE ni sebenarnya. Nak nangis boleh? Tapi mr.yakuza dah pesan tak boleh. jangan sebab SFE kecik tu master separuh jalan. Baiklah mr.yakuza, saya dengan ini menurut perintah. Tapi walaupun progress master tidak seberapa, sekurang-kurangnya aku mampu bersyukur dengan keputusan sem 1 ni..hehe..

Prestasi keseluruhan: Cemerlang

Bangga sekejap bila tengok slip, tapi tak boleh lama-lama. Ada banyak lagi semester menanti di hadapan. Moga semester akan datang macam ni jugak la ye.

3. Alhamdulillah dah ada harta sendiri, si pinky WUV!

Setelah menyimpan 3 bulan dari duit gaji RA, Alhamdulillah aku dah miliki kereta sendiri. Atas nama aku sendiri tanpa penjamin. Order dari hujung tahun 2010, bulan 2 2011 baru aku dapat. Memang menuntut kesabaran. Banyak betul masalah. Sejak dari itu, nak ke mana-mana dah senang. Tapi kan, sehingga sekarang aku still lagi takut-takut nak drive.hehehe..Malas je. Bila entah perasaan untuk drive dengan rela hati tu akan datang dengan sendiri. Teruk betul.

4. Berat menurun 2 kg. Pencapaian cemerlang.

Hehe..yang ni memang buat aku susah hati. Berat menaik sejak tahun lepas plus minus 5 kg. Lepas tu duk maintain je camtu. Dari pangkal 4 dah jadi 5. Waa, tak suka. Dengan ketinggian yang tak seberapa, memang nampak membulat la. Muka chubby semacam je. Tapi bulan lepas dah turun 2 kg, dapat balik pangkal 4 tapi sipi-sipi. Bahaya betul. Jadi, peringatan untuk diri sendiri, makan kena control ye. Walaupun makan rasanya tak la banyak, tapi jenis yang metabolisme rendah memang camtu la gayanya. Senang naik, susah turun. Tapi 2 kg tu kira cemerlang la kan?Hehehe...

5. Dah sampaikan misi besar pada ayahanda kat rumah.

Yang ni, tengah tunggu tindakan mr.yakuza pulak. Harap-harap ok la semuanya. Moga urusan kami dipermudahkan. Can't wait! Gatalnya saya...wiiii..=p

[gambar] Happy and relief face of mine...

Itu jela kot pencapaian yang ada. Tak banyak pun. Ok ke untuk setahun pencapaian seciput ni je? Apa-apa jela. Kan usaha masing-masing, kemampuan masing-masing, rezeki pun masing-masing. Syukur dengan apa yang ada. Alhamdulillah.




mistulip: dah setahun habis belajar, walaupun sekarang pun masih lagi bergelar student, tetap tak sama dengam masa undergrad dulu...miss the old days...

No comments: