Tuesday, August 23, 2011

Sucikan hati


Assalamualaikum...

Pernah tak sepanjang hidup anda semua, bila mana apa yang dihajatkan tak dapat, satu perasaan datang menjenguk di hati. Lebih tepat lintasan fikiran yang mengatakan ada sesuatu yang tak kena pada diri sendiri. Sesuatu yang tak kena itu pula boleh jadi bermacam-macam. 
Aku tak dapat sebab rasanya aku dah banyak buat dosa...   

Aku tak dapat mesti sebab selama ni aku tak cukup bersyukur dengan nikmat Allah yang diberikan pada aku...

Aku tak dapat yang aku nak, mungkin sebab aku tak dengar cakap mak ayah. Tak berkat hidup aku...

Aku tak dapat, entah-entah sebab aku tak maafkan orang yang dah buat aku sakit hati tu...

Macam-macam lagi andaian boleh terjadi. Pernah tak korang merasai perasaan sebegini?

Ok, berbalik pada tajuk entri. Sucikan diri. Tiga malam yang lepas, aku bersama housemate tengok rancangan Selami Jiwa yang dikendalikan oleh Dr. Fadzillah Kamsah. Topik pada malam tu 'lambat dapat jodoh'. Dalam banyak-banyak yang dibincangkan, aku tertarik dengan satu cerita dari Dr. F ni. Katanya;
Ada seorang wanita tu, ada ramai kawan lelaki, yang minat pada dia, cuba pikat dia. Tapi, akhirnya dalam ramai-ramai tu tak ada seorang pun yang masuk meminang menyebabkan wanita tu tak kahwin-kahwin. Rupa-rupanya dalam hati dia, ada 3 orang yang dia benci dan tak maafkan dan disebabkan ini jodohnya tak sampai-sampai. 
- ni ayat aku dah ubah ikut ayat aku, sebab tak ingat petikan Dr. F yang betul-betul. Kira maksud sama.

Kalau hendakkan sesuatu, hati mesti suci, kata Dr. F.

Nak jodoh cepat, bersihkan hati dulu. Siapa-siapa yang buat kita marah, terasa hati, maafkanlah. Walau sebenci mana pun, maafkanlah. Sebab dendam itu boleh buat jiwa kita sakit. Bila jiwa sakit, ada la benda yang tak elok mendatang. Syaitan pun suka. Kebaikan yang kita harapkan, mungkin takkan menjengah.



Tengok rancangan tu, buat aku insaf sekejap. Nampak sangat dalam hati ada benda yang tersirat. Huhu. Harap-harap aku boleh bersihkan hati, mempunyai hati yang suci. Tak nak marah, benci, berdendam dan tak suka pada orang lain. Mari kita sayang semua orang walaupun orang tu menganiayai kita. Muhasabah diri.

Tapi, kalau difikirkan, ada je orang yang hati busuk tetap dapat jodoh. Kahwin elok je. Kita tak boleh pertikaikan jodoh yang Allah dah tentukan sebenarnya. Anggap saja itu dugaan dari Allah juga, nak tengok dia bersyukur atau tidak. Mungkin juga dia dapat jodoh cepat, dapat apa yang dia nak, tapi kalau tak bersyukur, lama-lama dugaan lain yang mendatang. Nikmat Allah yang diberikan boleh ditarik balik sekejap sahaja.

Pada yang masih belum dikurniakan rezeki yang diharapkan, fikirlah dalam-dalam. Adakah kita sudah cukup bersyukur dengan nikmat Allah. Adakah sudah cukup suci hati kita. Adakah sudah cukup amalan kita, untuk Allah berikan kita nikmat setimpal dengan usaha dan amalan kita. Adakah sudah cukup kita berbakti pada orang tua kita. Adakah sudah cukup kita berbuat baik sesama manusia. Terlalu banyak sebenarnya yang kita perlu persoalkan pada diri kita sendiri.


[gambar] Syukuri nikmat Allah...


Jadi, bersihkan hati terlebih dahulu. Usaha itu sudah sepastinya satu kemestian. Dan ingat, jika masih belum dikurniakan rezeki itu, jangan cepat untuk menyalahkan takdir. Anggap ianya satu dugaan untuk orang yang beriman. Dan pada yang telah dikurniakan nikmat Allah, jangan sesekali timbul perasaan riak. Sematkan dalam hati, nikmat Allah tak selalunya kekal. Ia boleh datang dan pergi sekelip mata dengan izin-Nya. Untuk peringatan kita bersama.

Moga kita semua tergolong dalam orang-orang yang beriman. Amin.


Carilah hatimu di tiga tempat; temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran,tetapi jika tidak kau temui,carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Andai tidak jua kau temuinya, kau carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika tidak temui juga,maka berdoalah kepada Allah,pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati - Imam Al-Ghazali.





mistulip: kalau orang marah...senyumlah...tak perlu kata apa-apa...errr, boleh ke? positif ye...

No comments: