Monday, October 31, 2011

My new Samsung PL90


Assalamualaikum...

Akhirnya mistulip dah dapat kamera untuk ambik gambar lab. Niat asal nak beli kamera Lumix DMC-FH2, tapi disebabkan hati yang tidak istiqamah, akhirnya Samsung PL90 ni jadi milik mistulip.


Cantik tak kamera saya?Hehe...



Camera testing session, bear2 n bunga ros dalam si pinky. Siapa student UKM cuba teka jalan ni kat mana?Huhu...

Lepas ni sila rajin buat lab ye. Pesanan kepada diri sendiri.





mistulip: Last minute decision untuk tak beli DSLR kongsi dengan mr.yakuza.

Friday, October 21, 2011

Engagement Preparation: Misi 2 minggu


Assalamualaikum...

Ok, disebabkan hari ni hari Jumaat, mood hujung minggu dah datang dan menyebabkan mistulip jadi malas teramat. Jadi, lebih baik isi masa ngan update blog. Kali ni nak cerita pasal my engagement preparation. Excited terus kan. Huhu..

Tarikh: 8 Oktober 2011
Tempat: Jalan Tunku Abdul Rahman dan SOGO
Masa: 3 petang - 9 malam (lepas Zohor dan lunch baru keluar)

Hari ni bersama roommate dan adik roommate dengan misi untuk cari kain untuk dibuat hantaran serta barang-barang hiasan hantaran. Penat masuk dari 1 kedai ke 1 kedai, akhirnya apa yang dibeli adalah:

  1. Kain baju melayu putih untuk hantaran kepada mr.yakuza.
  2. Kain french chiffon dan satin putih untuk hantaran kepada mistulip.
  3. Kain putih (tak tahu material jenis apa) untuk buat bantal hantaran.
  4. Bunga, span bunga, polistrin, pemegang bunga tangan etc yang beli dekat kedai pengantin di Semua House.

Banyak yang tak dapat beli. Masa tak cukup. Huhuhu. Kain lace pink pun tak jumpa yang cantik. Maka usaha pencarian diteruskan lagi pada minggu berikutnya di Nilai 3.

Tarikh: 15 Oktober 2011
Tempat: Nilai 3 dan PKNS Bangi
Masa: 3 petang - 9 malam (Eh, masa sama dengan minggu sebelum tu)

Kali ni ke nilai dengan roommate je. Pencarian pertama mesti la kain lace kan. Kain lace ni sebenarnya nak buat hantaran tunang nanti dan ia bakal dijadikan baju akad nikah impian mistulip. Haha, impian terus. 

Lepas tu misi pencarian barang hiasan hantaran diteruskan di kedai barangan pengantin. Tak larat, cuma masuk 2 kedai je. Beli apa yang tersenarai. Yang pasti nak cari barang-barang tu mistulip agak blur. First time kot. Tak tahu nak pilih yang mana. Semua cantik-cantik. Nasib baik ada roommate yang berpengalaman. She will be married on this coming November. Jadi apa yang dibeli di Nilai 3 adalah:
  1. Kain lace pink yang sangat cantik. Beli 2 meter dengan harga RM80. Jauh lagi murah dari Jalan TAR yang beratus-ratus, tapi tak cantik pun. Lain kali nak cari lace, baik pergi Nilai.
  2. Barang-barang hiasan seperti bakul, bunga, reben, renda-renda, dawai etc. Banyak pulak nak sebut satu-satu. Yang pasti boleh tahan duit dikeluarkan disini. Huhu.

[gambar] mistulip punya lace pink, berganda-ganda lagi cantik dari dalam gambar ni (perasan).

Disebabkan polistrin besar dengan isi bantal untuk buat bantal hantaran tak jumpa kat Nilai, balik ke Bangi singgah dan beli 2 benda tu dekat Billion. Nasib baik ada. Then, take away KFC sebab kami dah lapar amat. 

Balik umah, lepas je makan, perasaan excited nak cuba buat bantal hantaran datang. Malam tu siap buat 1, sampai tidur pukul 4 pagi. Amatur lagi kan, lambat je buat. Hehehe. But, not bad for first timer. Gambar tak ada la nak tunjuk sebab saya belum ada kamera (dah tak lama dah nak dapat kamera baru). Heeee...Tapi bantal tu lebih kurang macam kat bawah ni.

[gambar] mistulip punya pun warna putih, tapi yang juntai-juntai tu mistulip guna pearl.

Minggu ni duduk rumah je kot, cuba siapkan kesemua bantal hantaran. Kalau nak tahu, mistulip dah siapkan bunga tangan guna paper flower yang mistulip buat sebelum ni tau. Suka! Sirih junjung plastik pun in progress, bunga je tak cukup. Kalau tak dah boleh siapkan. So, sila rajin buat paper flower tu lagi. Ok, dah tak nak membebel. Kalau dah ada kamera nanti, mistulip akan kongsi hasil DIY mistulip ye.





mistulip: sempat ke tak nak siapkan semua ni..sape suh gatal tangan nak DIY semua sendiri kan...camne pun, kena siapkan jugak. berusaha!

Tuesday, October 18, 2011

Stressed = Desserts


Haha...true right?







mistulip: I am an ice cream lover...tak kira stress ke tak, mesti nak ice cream...yummy!

Thursday, October 13, 2011

WIR Campaign 2.0


Assalamualaikum..

Ingat tak entri terdahulu mengenai Wear It Right Campaign yang diusahakan oleh kak Sue Anna Joe. Kalau tak ingat bolehlah tengok-tengok balik entri ni: Covering The Chest Is The Best.


Kali ni ada bahagian yang kedua. Wear It Right Campaign - Say What? Cover The Butt.


Jadi, marilah kita sama-sama perbaiki cara kita berpakaian. Menutup aurat dengan sempurna. Moga-moga istiqamah. InsyaAllah.





mistulip: dalam usaha mengumpul baju-baju labuh...pergi lab tiap-tiap hari pun pakai baju kurung je sekarang ni sampaikan bila nak pakai seluar dah rasa pelik dan segan...hehe...

Can you find the mistake?


[Share dari facebook]





mistulip: hehe...mistulip baca banyak kali ngan perlahan-lahan, baru jumpa..

Wednesday, October 12, 2011

Mission accomplished


Assalamualaikum...

Yey, mistulip dah sempurnakan tugas mistulip sebagai demo lab reaktor untuk student tahun 3. Hari ni hari last. Lega. Bosan tau menunggu data berjam-jam. Akhirnya penantian yang tak best tu dah berakhir. Lepas ni kena concentrate pada lab work sendiri pulak. Berusaha!


Alhamdulillah [senyum]





mistulip: moga segalanya dipermudahkan oleh-Nya...amin...

Tuesday, October 11, 2011

Sihat dengan buah epal


Assalamualaikum...

Hari ni kita cerita pasal buah epal. Kata orang makan sebiji epal sehari sangat baik untuk kesihatan lebih-lebih lagi kalau nak turunkan berat badan. Sebabnya banyak khasiat dalam buah epal ni selain mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan.

“An apple a day keeps the doctor away''


Apa istimewanya buah epal ni sampai dalam idiom pun disebut buah epal, bukan buah oren, buah anggur, pisang atau buah-buahan yang lain? There are 9 reasons why an apple a day really keeps the doctor away.
1-Apple contains Vitamin C. Vitamin C 

helps greatly your immune system. A lot of people who lack Vitamin C in their diet have poor healing, bruise easily and have bleeding gums. 
2-Prevent Heart Diseases. The reason it can prevent both coronary heart disease and cardiovascular disease is because apples are rich in flavonoid. Flavonoids are also known for their antioxidant effects. 
3-Low in calories. A regular size apple has between 70-100 calories. Eating an apple when craving for candy or chocolate can make the desire disappear since apple in itself contains sugar, but gives you only ¼ of the calories. 
4-Prevent Cancers. Notice the plural. We all know that cancer comes in several forms and in different places. Apples target multiple cancers such as colon cancer, prostate cancer and breast cancer in women. 
5-Apples contain phenols, which have a double effect on cholesterol. It reduces bad cholesterol and increases good cholesterol. They prevent LDL cholesterol from turning into oxidized LDL, a very dangerous form of bad cholesterol which can be deadly. 
6-Prevent tooth decay. Tooth decay is an infection that seriously damages the structure of your teeth, which is caused primarily because of bacteria. The juice of the apples has properties that can kill up to 80% of bacteria. So there you have it, an apple a day also keeps the dentist away. 
7-Protects your brain from brain disease. This is something many people don’t know, and when you consider that your brain makes the person you are, it gives a whole new perspective. Apple has substances called phytonutrients, and these phytonutrients prevents neurodegenerative diseases like Alzheimer’s and Parkinsonism. 
8-Healthier Lungs. A research at the University of Nottingham Research shows that people who eat 5 apples or more per week has lower respiratory problems, including asthma. 
9-They taste great! And not only that, they also come in many flavors and colors. Not in a mood for a green apple? Why not get a red one, or a macintosh! Their taste can vary greatly, but still give you all the apple benefits. Variety is an important element to maintaining your health.
[Source]

Banyak kan benefit makan buah epal ni. Aku suka sangat buah epal hijau. Epal merah kurang la sikit. Dan bila makan buah epal, aku tak suka buang kulit. Bila buang kulit, feel makan buah epal tu dah hilang. Kurang sedapnya. Tapi sekarang ni buah-buahan macam epal biasanya dilapisi lilin/wax untuk jaga kualiti buah tersebut. Supaya nampak segar sentiasa. Tapi sebenarnya, makan epal bersama kulitnya adalah lebih digalakkan.


Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
Epal hijau boleh membantu mencegah: 
  1. Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
  4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  6. Membantu mengekalkan berat badan.
  7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  8. Mengurangkan risiko barah. 
[Source]

Dan tadi tengok kat facebook, ada orang share tentang petua buang angin guna buah epal.

Petua ini bersumberkan daripada kata-kata Saidina Ali Bin Abi Tholib karramallahuwajhah.

Saidina Ali berkata ; 
"Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap".

Epal berkhasiat membuang angin dalam badan. Sejauh mana kebenaran petua cium bau dia dulu ni, aku tak tahulah. Tapi, kalau sekadar nak cium bau sebelum makan tu, semua orang boleh buat. Senang saja kan. Belum cuba belum tahu, dan buah epal memang boleh buang angin sebenarnya. Sebabnya habis je makan sebiji epal, mesti aku sendawa. Buruk perangai. Hehehe...

Lagipun kadar antioksidan dalam buah epal memang dah terbukti tinggi dalam kajian-kajian sebelum ini. Cakap pasal antioksidan ni, teringat kat labwork master aku. Kenapa la supplier lambat sangat hantar glassware, kalau tak antioxidant test dah lama boleh start. Sabar la duhai hati.




mistulip: hampir setiap hari kot mistulip makan sebiji epal, tapi kenapa berat tak turun-turun jugak?

Thursday, October 6, 2011

FotoRaduan #Jomblo - Sunyi Sepi Sendiri




.
.
.
.
.

JOMBLO



Sunyi sepi sendiri


Sunyi sepi sendiri.
Mengapa begini akhirnya.

Tatkala aku menaruh harapan.
Tatkala aku menyayam impian.
Tatkala aku dambakan kebahagiaan.

Hanya pedih yang aku terima.
Hanya luka yang aku dapat.
Hanya pahit yang aku rasa.

Sunyi sepi sendiri.
Biarkan saja ku melangkah pergi…

Untuk merasa dikasihi


Untuk merasa dikasihi 


Untuk merasa dikasihi, 
Orang yang disayang perlu merasa selamat. 

Untuk merasa selamat, 
Orang yang disayang perlu merasa dilindungi. 

Untuk merasa dilindungi, 
Orang yang disayang perlu merasa disokong. 

Untuk merasa disokong, 
Orang yang disayang perlu merasa dimiliki. 

Untuk merasa dimiliki, 
Orang yang disayang perlu merasa dipedulikan. 

Untuk merasa dipedulikan, 
Orang yang disayang perlu merasa dihormati. 

Untuk merasa dihormati, 
Orang yang disayang perlu merasai… 
ISTIMEWA…








mistulip: untuk semua yang teristimewa di hatiku...abah,ma, kak na, kak sya, enaz, fifi, iki, ann, eka, akif dan mr.yakuza...sayang kamu semua...

Tuesday, October 4, 2011

Anak Melayu Pertama Menjadi Pensyarah di Universiti Oxford


Assalamualaikum...

Takkan Melayu hilang di dunia. Memang benar. Melayu itu sendiri bangsa yang hebat.

Dari sudut pandangan mistulip, tidak kira lah di mana beliau mengajar tetapi ketekunan dan kesungguhan beliau yang patut dikagumi dan dijadikan pembakar semangat kepada anak muda seperti mistulip. Kerana ilmu ada di mana-mana.

*****


“Tanpa pengorbanan kita tidak akan dapat berada dimana kita mahu berada…”



Dr Afifi Al Akiti menjadi pensyarah di Universiti Oxford pada usia 34 tahun. Beliau anak melayu pertama yang menjadi pensyarah di Universiti Oxford. Latar belakang beliau dari pendidikan asas di Selangor seterusnya ke sekolah pondok di Indonesia, Maghribi dan Syiria. 
Beliau juga dilantik menjadi iman di Ireland. Meraih ijazah pertama dalam Bidang Falsafah Nasrani. Beliau juga mampu menguasai 7 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Perancis, Latin, Arab, Inggeris, Jerman, Yunani.





mistulip: jadikan pengajaran untuk diri sendiri yang selalu mengeluh pasal master dan SFE...semangat sila datang!

Saturday, October 1, 2011

I need a camera!


Assalamualaikum...

Semalam mistulip selesai melalui progress presentation. Progress yang tak berapa progress sebenarnya. Data tak banyak pun, sebab apa lagi kan. SFE tersayang la asyik rosak je. Tapi, nasib baik Dr. ok je. Hehehe. Tapi lepas je habis present, mistulip sebulat hati dan suara nak beli kamera baru jugak. By hook or by crook, I must have my own camera, for my lab work. Dr. pun dah tanya, awak ambil gambar tak? Mistulip sengih-sengih, cakap belum. Waaaa, nak camera.

So, I've made up my mind, I will use the my master's money first. Secara teknikalnya, duit tu memang duit mistulip, duit claim yuran semester 1 yang lepas. Tapi, mistulip takut mistulip dapat biasiswa khazanah, nanti kena bayar ganti rugi pada KPT atas biasiswa my master tu. Sebab tu la, tak berani nak guna. Tapi, bila dah jadi macam ni, mistulip gunakan dulu la. Harap boleh ganti balik nanti.

Tapi sebenarnya, kamera tu nanti hak milik mr.yakuza. Akan kongsi duit beli kamera tu. Mistulip akan guna dulu je dalam setahun lebih ni untuk ambil gambar lab work. Kamera milik mr.yakuza, tapi nanti mesti gambar msitulip je yang banyak dalam tu. Hahaha. Gelak jahat. Tak apa, dia memang tahu mistulip gila bergambar sikit :p


If I'm not mistaken, he wants this DSLR

[picture]





mistulip: agak pelik sebenarnya kalau nak ambil gambar bakteria guna dslr. but, never mind.

Dengue fever can kill


Assalamualaikum...

This is a serious entry. Health info for all. All about dengue fever. Happy reading!

Demam Denggi : Wabak Membunuh! 
 
Oleh:Siti Noraini Bt Othman
Program Pembangunan Manusia
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 
Hampir setiap tahun wabak demam denggi dilaporkan melanda Malaysia seolah-olah masalah ini tidak mampu diselesaikan. Pelbagai kempen kesedaran dan penerangan tentang bahaya denggi dan nyamuk aedes dijalankan, namun ia seperti mencurah air ke daun keladi. Apakah kempen kesedaran tidak meninggalkan bekas di hati dan minda masyarakat atau kempen itu sendiri yang gagal adalah dua perkara yang perlu dipersoalkan. Hakikatnya, saban tahun negara akan dikejutkan dengan kematian disebabkan denggi. Kita masih lagi dikejutkan dengan berita pemergian allahyarham pelakon dan pelawak terkenal tanahair Din Beramboi baru-baru ini disebabkan oleh denggi. Kita juga tentu masih tidak dapat melupakan laporan kematian kanak-kanak dan orang dewasa pada pertengahan 2009 disebabkan oleh masalah yang sama. 
Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa. Nyamuk aedes boleh dikenali dengan tanda belang hitam dan putih di kaki.Terdapat dua jenis nyamuk aedes yang membawa virus denggi iaitu Aedes aegypti mempunyai tanda atau tompok putih-perak di kepala yang terbang di sekitar rumah dan tinggal di tempat-tempat gelap di dalam rumah manakala Aedes albopictus menunjukkan terdapat garisan putih-perak di sepanjang pertengahan kepala dan badan, lebih gemar berada di kawasan perumahan di bandar, kebun dan juga di hutan. Kedua-dua jenis nyamuk ini mempunyai persamaan melalui tabiat bertelurnya iaitu lebih gemar bertelur di dalam bekas yang menakung air. Demam denggi berpunca dari nyamuk Aedes betina yang telah dijangkiti dan membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini. 
Memandangkan penyakit ini berlaku di kebanyakan negara tropikal yang terletak di garisan khatulistiwa, sejumlah 2 bilion penduduk di negara-negara ini dibimbangi terdedah kepada denggi. Infeksi denggi mungkin berupa Asymptomaticatau dan Symptomatic, yang mungkin membawa kepada jenis demam denggi tertentu. Dalam perubatan moden, demam denggi adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus denggi (virusFlavivirus) yang dibawa oleh nyamuk. Individu yang sihat cenderung menghidap penyakit ini menerusi gigitan nyamuk aedes yang mengandungi virus denggi. 
Antara jenis demam yang kerapkali disebut-sebut ialah demam tanpa mengalami sebarang gejala iaitu denggi klasik (Classical Dengue Fever). Dalam kes ini pesakit mengalami demam kuat selama empat hingga tujuh hari, sengal tulang yang diikuti dengan munculnya bintik-bintik merah di bawah kulit. Demam denggi berdarah (Dengue Haemorrhagic Fever atau Dengue Shock Syndrome) pula mempunyai gejalanya yang hampir sama dengan denggi biasa namun pesakit akan mengalami pendarahan pada hidung, lipatan siku, mulut. Demam denggi berdarah amat merbahaya dan boleh membawa kepada risiko kematian. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan kawasan tertentu di negara-negara tropikal. 
 
Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Kebiasaannya pesakit yang disyaki denggi akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan meminum air dengan lebih kerap. Pesakit akan dimasukkan ke wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah dan semasa menjalani sesi rawatan pesakit akan di beri rawatan utama iaitu terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan cecair badan mengambil air dengan banyak. Sekiranya pesakit tidak mahu atau mampu minum, air akan ditambahan melalui cecair intravena akan diberikan untuk menghalang kekeringan air dalam badan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya kuantiti platlet darah turun dengan mendadak. 
Simptom-simptom demam denggi ialah: 
- demam kuat secara mengejut.
- demam berterusan
- sakit teruk pada tulang-tulang, otot, sendi, mata
- ruam atau bintik merah di kulit
- pendarahan di bawah kulit, hidung serta gusi
- pesakit juga akan mengalami sakit kepala
- hilang selera makan
- muntah-muntah dan sakit perut. 
Ia kemudian diikuti dengan denyutan nadi yang lemah, tekanan darah rendah (hipotensi), kulit menjadi dingin serta lembap dan terasa tidak selesa. Pesakit yang mengalami renjatan adalah dalam keadaan bahaya dan boleh mengancam nyawa jika rawatan bersesuaian tidak diberikan. Dalam sesetengan keadaan tertentu, jika rawatan tidak diberikan dengan segera pesakit mungkin akan meninggal dunia dalam tempoh 12 – 24 jam. 
Amalan Pencegahan 
Amalan pencegahan boleh dilakukan dengan menjaga kebersihan sekeliling rumah sama ada di dalam dan di luar rumah bagi menghindarkan pembiakan nyamuk. Pekara ini perlu kerana tanpa kita sedar kawasan rumah dalah kawasan yang amat sesuai sebagai habitat pembiakan nyamuk Aedes. Cara yang paling praktikal dalam usaha mengelakkan dijangkiti demam denggi dan menghalang pembiakan nyamuk antaranya ialah menggunakan penyembur racun serangga, memasukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas simpanan air, menutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur, sentiasa menukar air di dalam bekas simpanan air, jambangan bunga dan kolah mandi setiap minggu. Orang ramai perlu memberi kerjasama dan membenarkan petugas menyembur kabus (fogging) di dalam rumah. Aktiviti gotong royong membersihkan kawasan persekitaran sangat digalakkan untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes. 
Justeru itu, demam denggi merupakan penyakit yang sangat berbahaya dan mengancam kesejahteraan hidup dan masyarakat setempat. Walaupun kita kerap didedahkan dengan berita tentang kematian akibat deman denggi ini, masyarakat masih lagi mengabaikan tahap kebersihan rumah dan kawasan persekiran. Masyarakat dan pihak penguatkuasaan perlu lebih melipatgandakan usaha untuk mencegah penyakit demam denggi. Pihak berkuasa perlu melaksanakan penguatkuasan berterusan yang lebih berkesan agar dapat menghapuskan kawasan pembiakkan nyamuk. Sekiranya pekara ini dilaksanakan dengan lebih berkesan sudah pasti masalah denggi dalam kalangan masyarakat kita dapat dikawal dan dikurangkan. Ingatlah “Denggi Membunuh”.
Info tambahan 

Minggu lepas mistulip dijangkiti demam denggi. Nasib menyebelahi mistulip, tak teruk sangat kerana mistulip dijangkiti denggi klasik bukan denggi berdarah dan tidak ditahan di wad. Lucky me. Tapi pengalaman naik ambulans yang dipandu dengan lajunya ke Hospital Serdang, mistulip takkan lupa. Quite funny, actually. 

Simptom yang mistulip alami  demam kuat secara mengejut, sakit teruk pada tulang-tulang, otot, sendi dan mata, ruam atau bintik merah di kulit, mengalami sakit kepala, hilang selera makan dan badan sememangnya lesu dan lemah. Dalam 2 minggu juga la selera makan hilang. Sedih je rasa, lapar tapi tak boleh nak habiskan makanan depan mata. Huhuhu. Yang pasti sepanjang tempoh tu, perut mistulip kembung berisi air. Yela, itu saja ubat untuk pesakit denggi. Minum air banyak-banyak. Hampir setiap setengah jam, mistulip ke tandas. Betul-betul memenatkan.

Tapi, mistulip happy juga kena denggi ni. Hehehe. Why? Because mr.yakuza came to Bangi just to see me. Of course he worried right? He was the one who accompanied me to UKM's medical center last monday and luckily, that day was the last day I have to take blood test. Wah, mr.yakuza datang terus mistulip sihat. Hehehe. Tapi, memang betul kan, bila kita berada bersama orang tersayang, emosi kita automatik akan berubah, sama juga bila sakit. It's all about psychology things. Thank you mr.yakuza for the love and care :)





mistulip: bila kena denggi, pastikan minum air yang super banyak, minum 100 plus untuk tambahkan tenaga, dan orang kata makan sup ketam nipah, insyaAllah sembuh dengan cepat.