Friday, October 21, 2011

Engagement Preparation: Misi 2 minggu


Assalamualaikum...

Ok, disebabkan hari ni hari Jumaat, mood hujung minggu dah datang dan menyebabkan mistulip jadi malas teramat. Jadi, lebih baik isi masa ngan update blog. Kali ni nak cerita pasal my engagement preparation. Excited terus kan. Huhu..

Tarikh: 8 Oktober 2011
Tempat: Jalan Tunku Abdul Rahman dan SOGO
Masa: 3 petang - 9 malam (lepas Zohor dan lunch baru keluar)

Hari ni bersama roommate dan adik roommate dengan misi untuk cari kain untuk dibuat hantaran serta barang-barang hiasan hantaran. Penat masuk dari 1 kedai ke 1 kedai, akhirnya apa yang dibeli adalah:

  1. Kain baju melayu putih untuk hantaran kepada mr.yakuza.
  2. Kain french chiffon dan satin putih untuk hantaran kepada mistulip.
  3. Kain putih (tak tahu material jenis apa) untuk buat bantal hantaran.
  4. Bunga, span bunga, polistrin, pemegang bunga tangan etc yang beli dekat kedai pengantin di Semua House.

Banyak yang tak dapat beli. Masa tak cukup. Huhuhu. Kain lace pink pun tak jumpa yang cantik. Maka usaha pencarian diteruskan lagi pada minggu berikutnya di Nilai 3.

Tarikh: 15 Oktober 2011
Tempat: Nilai 3 dan PKNS Bangi
Masa: 3 petang - 9 malam (Eh, masa sama dengan minggu sebelum tu)

Kali ni ke nilai dengan roommate je. Pencarian pertama mesti la kain lace kan. Kain lace ni sebenarnya nak buat hantaran tunang nanti dan ia bakal dijadikan baju akad nikah impian mistulip. Haha, impian terus. 

Lepas tu misi pencarian barang hiasan hantaran diteruskan di kedai barangan pengantin. Tak larat, cuma masuk 2 kedai je. Beli apa yang tersenarai. Yang pasti nak cari barang-barang tu mistulip agak blur. First time kot. Tak tahu nak pilih yang mana. Semua cantik-cantik. Nasib baik ada roommate yang berpengalaman. She will be married on this coming November. Jadi apa yang dibeli di Nilai 3 adalah:
  1. Kain lace pink yang sangat cantik. Beli 2 meter dengan harga RM80. Jauh lagi murah dari Jalan TAR yang beratus-ratus, tapi tak cantik pun. Lain kali nak cari lace, baik pergi Nilai.
  2. Barang-barang hiasan seperti bakul, bunga, reben, renda-renda, dawai etc. Banyak pulak nak sebut satu-satu. Yang pasti boleh tahan duit dikeluarkan disini. Huhu.

[gambar] mistulip punya lace pink, berganda-ganda lagi cantik dari dalam gambar ni (perasan).

Disebabkan polistrin besar dengan isi bantal untuk buat bantal hantaran tak jumpa kat Nilai, balik ke Bangi singgah dan beli 2 benda tu dekat Billion. Nasib baik ada. Then, take away KFC sebab kami dah lapar amat. 

Balik umah, lepas je makan, perasaan excited nak cuba buat bantal hantaran datang. Malam tu siap buat 1, sampai tidur pukul 4 pagi. Amatur lagi kan, lambat je buat. Hehehe. But, not bad for first timer. Gambar tak ada la nak tunjuk sebab saya belum ada kamera (dah tak lama dah nak dapat kamera baru). Heeee...Tapi bantal tu lebih kurang macam kat bawah ni.

[gambar] mistulip punya pun warna putih, tapi yang juntai-juntai tu mistulip guna pearl.

Minggu ni duduk rumah je kot, cuba siapkan kesemua bantal hantaran. Kalau nak tahu, mistulip dah siapkan bunga tangan guna paper flower yang mistulip buat sebelum ni tau. Suka! Sirih junjung plastik pun in progress, bunga je tak cukup. Kalau tak dah boleh siapkan. So, sila rajin buat paper flower tu lagi. Ok, dah tak nak membebel. Kalau dah ada kamera nanti, mistulip akan kongsi hasil DIY mistulip ye.





mistulip: sempat ke tak nak siapkan semua ni..sape suh gatal tangan nak DIY semua sendiri kan...camne pun, kena siapkan jugak. berusaha!

No comments: