Thursday, November 24, 2011

She is going married!


Assalamualaikum...

Mistulip quite busy lately. Buat lab dengan semangatnya sebab Dr dah minta progress. Dan meeting progress dengan Dr tadi berjalan lancar. Result yang mistulip bentangkan, Alhamdulillah diterima. Tapi tak ada la perfect semua, ada juga yang kena repeat. Ok, dah cerita pasal research master.

Actually, malam ni mistulip dengan 2 orang kawan akan bertolak ke Terengganu. Roommate mistulip, si comel Bilah dah nak jadi isteri orang. Akad nikah lepas solat Jumaat esok dan majlis resepsi Sabtu nanti. 

Excited itu mesti. Sebab Bilah la yang selalu dengar keluh kesah mistulip pasal preparation, pasal macam mana nak DIY benda ni, DIY benda tu, dia juga la yang bagi advice pasal warna tema, temankan mistulip masa hantaran hunting kat Jalan TAR dan Nilai 3 hari tu. Dan mak sedara Bilah ni juga bakal jadi tailor untuk mistulip punya outfit untuk akad nikah nanti, InsyaAllah...

Boleh dikatakan, Bilah is my  engagement wedding planner. Wedding planner tak la kot, yela orang dah kahwin mana boleh kacau dah. Nanti marah En. Husband dia. Hehehe...Can't believe she's going married tomorrow. Before this, we always talk about marriage things, malam-malam sebelum tido, berangan bersama-sama... Gatal kan? Haha...

She is a green colour lover. Truly fanatic. Dan sepastinya, her wedding theme is green. Sampaikan, kitorang beli hadiah untuk dia pun warna hijau jugak. Pembalut pun hijau. Semoga segalanya berjalan lancar nanti. Untuk Bilah, Selamat Pengantin Baru. Semoga bercinta hingga ke syurga, InsyaAllah. En. Limi, sila jaga Bilah elok-elok ye. Congrats to both of you =)

Pink cream theme for her engagement day. Hijau mesti la simpan untuk kahwin...





mistulip: pencarian baju kurung moden chiffon plain warna peach masih belum berjaya...huhu..

Friday, November 11, 2011

Bestfriend's E-Day


Assalamualaikum...

Raya ke-2 hari tu, mistulip ke majlis pertunangan bestfriend mistulip. Mistulip dan Kimah ni sekolah menengah sama-sama dulu dan juga 1 matrik kat KMM. Tak sangka, dia dulu yang bertunang dari mistulip. Huhu. Takpe, beza berapa bulan je pun.

Suka sangat dengan E-day kimah ni. Cantik. Sekali tengok macam kahwin dah. Walaupun, kimah ada ngadu yang masa limited, sebab decision untuk bertunang ni dibuat dalam masa yang singkat, but she managed to prepare it well. Apa-apa pun, congras dear. Moga dipermudahkan segala urusan nanti. Can't wait to attend her wedding later. InsyaAllah sehari sebelum mistulip jadi tunangan mr.yakuza ^_^

HB yang kuning tu, Kimah DIY sendiri...


Bride to be..congrats dear..


The dais. Simple tapi cantik. Adore it.


Haha..tengok pic ni mesti tengok kat double chin tu..saya makin mok2...





mistulip: selamat hari raya korban semua...hehe..sekarang baru ingat nak wish..moga segala amalan kita diberkati...

Teaser: Cincin tunang


Assalamualaikum...

Kali ni buat entri teaser cincin tunang. Nak jugak teaser2 ni kan..huhu..Beli kat kedai emas dekat dengan Pasar Payang KT. Mistulip actually suka design simple dan jenis batu terbenam, tapi malangnya semua yang berkenan saiz tak ada. Maklumlah, jejari sotong mistulip ni unik sikit. Haha. Nak resize, design batu benam memang tak boleh, sebab takut nanti akan mengubah kedudukan batu tu. Jadi, terpaksa pilih design yang lain. 

So, ni la pilihan mistulip. Saiz pun ngam-ngam, dah tak perlu resize. For me, cincin ni cantik.

Cantik tak? Sila cakap cantik.




mistulip: malam-malam mengadap paper flower...banyak lagi kena buat...

Generation whY?


Assalamualaikum...


Generation XYZ. Apa tu?


Istilah Generasi X, Y dan Z digunakan untuk merujuk kepada kelompok generasi dalam kumpulan umur tertentu. Don Tapscott dalam bukunya Grown Up Digital membahagikan demografi penduduk kepada beberapa kelompok berikut:  

1. Pre Baby Boom (lahir pada 1945 dan sebelumnya)

2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964)
3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) – Generasi X
4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) – Generasi Y
5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga kini) – Generasi Z 




Ok, tumpuan mistulip adalah Generasi Y. Sebabnya mistulip lahir dalam tahun 80-an. Kalau ikut pada Don Tapscott, maksud istilah Generasi XYZ tu macam kat atas tu la. Tapi, ada jugak beberapa tokoh seperti William Strauss dan Neil Howe’s yang memulakan tarikh permulaan bagi generasi ini pada 1982 hingga penghujung tahun 90-an.


Generasi Y boleh diklasfikasikan kepada manusia yang lahir antara tahun 1980an dan 1990an. Mereka generasi yang unik dimana gaya hidup dan pemikiran manusia menerima ledakan teknologi maklumat yang luar biasa sehingga mentranformasi sesebuah masyarakat tradisi dan moden. Kita dikira sebagai masyarakat pasca moden.
[Source]


Dan sememangnya generasi Y ni generasi yang unik. It is true!


[klik untuk tumbesaran]

Do believe it.






mistulip: I wish i could turn the clock backwards and go back to the good old days...