Friday, November 11, 2011

Generation whY?


Assalamualaikum...


Generation XYZ. Apa tu?


Istilah Generasi X, Y dan Z digunakan untuk merujuk kepada kelompok generasi dalam kumpulan umur tertentu. Don Tapscott dalam bukunya Grown Up Digital membahagikan demografi penduduk kepada beberapa kelompok berikut:  

1. Pre Baby Boom (lahir pada 1945 dan sebelumnya)

2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964)
3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) – Generasi X
4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) – Generasi Y
5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga kini) – Generasi Z 




Ok, tumpuan mistulip adalah Generasi Y. Sebabnya mistulip lahir dalam tahun 80-an. Kalau ikut pada Don Tapscott, maksud istilah Generasi XYZ tu macam kat atas tu la. Tapi, ada jugak beberapa tokoh seperti William Strauss dan Neil Howe’s yang memulakan tarikh permulaan bagi generasi ini pada 1982 hingga penghujung tahun 90-an.


Generasi Y boleh diklasfikasikan kepada manusia yang lahir antara tahun 1980an dan 1990an. Mereka generasi yang unik dimana gaya hidup dan pemikiran manusia menerima ledakan teknologi maklumat yang luar biasa sehingga mentranformasi sesebuah masyarakat tradisi dan moden. Kita dikira sebagai masyarakat pasca moden.
[Source]


Dan sememangnya generasi Y ni generasi yang unik. It is true!


[klik untuk tumbesaran]

Do believe it.






mistulip: I wish i could turn the clock backwards and go back to the good old days...

No comments: