Thursday, November 24, 2011

She is going married!


Assalamualaikum...

Mistulip quite busy lately. Buat lab dengan semangatnya sebab Dr dah minta progress. Dan meeting progress dengan Dr tadi berjalan lancar. Result yang mistulip bentangkan, Alhamdulillah diterima. Tapi tak ada la perfect semua, ada juga yang kena repeat. Ok, dah cerita pasal research master.

Actually, malam ni mistulip dengan 2 orang kawan akan bertolak ke Terengganu. Roommate mistulip, si comel Bilah dah nak jadi isteri orang. Akad nikah lepas solat Jumaat esok dan majlis resepsi Sabtu nanti. 

Excited itu mesti. Sebab Bilah la yang selalu dengar keluh kesah mistulip pasal preparation, pasal macam mana nak DIY benda ni, DIY benda tu, dia juga la yang bagi advice pasal warna tema, temankan mistulip masa hantaran hunting kat Jalan TAR dan Nilai 3 hari tu. Dan mak sedara Bilah ni juga bakal jadi tailor untuk mistulip punya outfit untuk akad nikah nanti, InsyaAllah...

Boleh dikatakan, Bilah is my  engagement wedding planner. Wedding planner tak la kot, yela orang dah kahwin mana boleh kacau dah. Nanti marah En. Husband dia. Hehehe...Can't believe she's going married tomorrow. Before this, we always talk about marriage things, malam-malam sebelum tido, berangan bersama-sama... Gatal kan? Haha...

She is a green colour lover. Truly fanatic. Dan sepastinya, her wedding theme is green. Sampaikan, kitorang beli hadiah untuk dia pun warna hijau jugak. Pembalut pun hijau. Semoga segalanya berjalan lancar nanti. Untuk Bilah, Selamat Pengantin Baru. Semoga bercinta hingga ke syurga, InsyaAllah. En. Limi, sila jaga Bilah elok-elok ye. Congrats to both of you =)

Pink cream theme for her engagement day. Hijau mesti la simpan untuk kahwin...





mistulip: pencarian baju kurung moden chiffon plain warna peach masih belum berjaya...huhu..

No comments: