Wednesday, December 14, 2011

Bercuti di Sabak Bernam


Assalamualaikum...

Hujung minggu hari tu mistulip menghabiskan masa cuti di Sabak Bernam, rumah kakak sulung. Perjalanannya memakan masa 3 jam. Penat jugak la drive sorang-sorang. 3 hari 4 malam tau kat sana, jadual pack dengan pelbagai aktiviti. Hehehe..Nak tau apa mistulip buat 3 hari kat sana? 

***

Day 1

Attend kursus gubahan bunga di kolej tempat Kak Na mengajar, Kolej Komuniti Sabak Bernam. Actually banyak tau kursus-kursus yang ada, menjahit baju, seluar, langsir, manik, memasak kek, coklat, masakan barat, mengayam, menyulam, kursus buat ais krim, kursus fotografi dan banyak banyak banyak lagi. Semuanya untuk membangunkan komuniti dan memberi kemahiran kepada penduduk setempat. Namanya kolej komuniti kan. Kursus pendek seumpama ni memang sentiasa diadakan pada setiap hujung minggu dan dinamakan pembelajaran sepanjang hayat. Siapa-siapa sahaja boleh hadir dengan syarat kena la register dulu.

Kursus gubahan bunga ni bawah seliaan unit fesyen. Untuk hari pertama belajar 2 jenis gubahan iaitu:

Before and after. Kak Na ngan bunga dinding gubahannya.

Before and after. English style topiary.

Lepas habis kursus, terus pergi kenduri kahwin kawan Kak Na. Dua kenduri. Memang penuh perut makan. Hehehe...Balik rumah terus pengsan. Buruk perangai betul. Huhuhu...Dah rehat-rehat, petang tu kami (mistulip, Kak Na dan Kak Hanim housemate Kak Na) ke Bagan Nakhoda Omar aka BNO. BNO ni boleh dikatakan jeti la. Bukan pantai untuk mandi manda, sekadar tempat bersantai di hujung minggu, tengok pemandangan laut.

Makan aiskrim sambil tengok laut...


Ni la pemandangan kat BNO. Masa ni air tengah pasang.


Mee udang special BNO. Rata-rata orang datang kedai ni, memang order mee udang ni. Not bad rasa dia, tapi nak habiskan tu, lama-lama muak. Maybe kitorang dah banyak makan mas kenduri tadi..huhuhu..

Day 2

Hari kedua kursus, belajar 3 jenis gubahan. Gubahan bunga tangan dan bunga untuk hantaran daripada bunga segar, dan 1 lagi pomander ball dari bunga plastik:

Before and after for hand bouquet. Tapi sayang bunga segar tak tahan lama, kalau tak boleh simpan guna untuk kahwin nanti. Hehehe...


Ni bunga gubahan untuk hantaran. Letak je dalam bakul, letak barang hantaran, siap...Bunga segar jugak.


Before and after for pomander ball. Yang ni boleh simpan sebab bunga tiruan.


Hasil gubahan kami untuk dua hari kursus, semangat Kak Na susun semua ni.

Kesimpulannya, mistulip boleh guna 2 bunga dinding, 2 topiary dan dua pomander ball untuk hias mini pelamin tunang nanti. Hahaha. Sudah jimat disitu.

Day 3

Kami ke Sungai Besar. Shopping! Banyak jugak la mistulip beli. Semua murah-murah. Beza sangat-sangat dengan harga kat Bangi, Nilai or KL. Lama-lama duk sini, boleh gila. Hehehe...Tapi gambar tak de nak tunjuk. Yang pasti, semua barang-barang untuk mini pelamin dah beli. Settle.

***

Hari Selasa pagi baru mistulip bertolak balik ke Bangi, terus masuk lab. Balik rumah, ni yang jadi pada bunga-bunga segar tu.

Keringkan. Boleh buat potpourri =)




mistulip: walaupun penat drive jauh, tapi seronok pergi Sabak Bernam...

No comments: