Thursday, December 8, 2011

DIY: Paper flower


Assalamualaikum...

Seperti yang dijanjikan, hari ni nak share macam mana mistulip DIY paper flower. 

Here it is, step by step to make mistulip version of paper flower. Hahaha...siap bagi nama sendiri...


1. Bahan-bahan yang diperlukan (Crepe paper, gam, gunting, dawai saiz 26). Tiada dalam gambar cutter.

2. Mistulip buat 2 saiz paper flower. Potong je crepe paper tu ikut saiz garisan yang dah sedia ada kat crepe paper tu (nampak tak garisan?). Untuk bunga kecik, lebar dia 1 garisan, panjang mistulip potong kepada dua. Untuk bunga besar, lebar 1.5 garisan, panjang mistulip x potong dah. Lupa pulak nak ukur kertas tu. Huhu..ampunnn...Tapi kalau tak silap, ukran dia lebih kurang;

Bunga besar: 100 cm x 7.5 cm (P x L)
Bunga kecik: 50 cm x 5 cm (P x L)


3.Yang ni mistulip tunjukkan untuk saiz bunga kecik. Ambik kertas yang dah potong tadi, lipat kepada 8 bahagian.

4. Potong membulat kat bahagian atas, biar jadi macam kubah.

5. Bila buka, akan dapat 8 kubah. Lipat dua, tapi biar bertindih selang seli. Gunting tiga kubah yang bertindih di belakang.

6. Bila buka, hanya tinggal 5 kubah dan 3 kubah yang dipotong tadi dah jadi macam budak tadika lukis rumput. Hahaha..macam-macam nama dah bagi...5 kubah ni la yang akan jadi petal dan rumput tadi akan jadi flower bud (kudup?).


7. Letak gam di sepanjang bahagian rumput dan gulung je rapat-rapat.

8. Gulung bahagian kubah tadi. Tapi, bukan main gulung je, ada teknik dia jugak tau. kalau tak petal tu tak jadi cantik. Mistulip buat berpuluh-puluh bunga baru dapat dia punya teknik gulungan tu. So, kalau first time buat tak jadi, it's normal. Cuba, cuba dan cuba lagi.

9. Bila dah di gulungan petal terakhir, pegang kemas-kemas bunga dan ikat dengan dawai kat bawah. Kalau nak secure kan lagi, leh la tape guna flower tape yang warna hijau. Dah siap, boleh la adjust petal bunga, kembang-kembangkan sikit ke sebab crepe paper tu memang jenis yang boleh stretch.


Ni la hasilnya... Pink dan peach bunga kecik. Oren bunga besar. 


Benda ni la yang mistulip mengadap tiap-tiap malam. Alhamdulillah, dah siap semua. Kebanyakannya memang mistulip guna paper flower ni untuk buat hiasan hantaran, hiasan mini pelamin dan jugak hand bouquet. Hand bouquet yang mistulip DIY guna bunga ni boleh tengok kat sini.

Eh, lupa pulak nak bagitau pasal kos.

Kertas : RM1.50 sekeping
Gam: 50 sen
Dawai: RM1.00/plastik

Bunga kecik boleh buat dalam 18 kuntum untuk sekeping kertas, RM1.50/18 = 8 sen sekuntum. Lebih kurang 10 sen jela kalau campur dengan kos gam dan dawai.

Bunga besar boleh buat dalam 7 kuntum untuk sekeping kertas, RM1.50/7 = 21 sen sekuntum. Tak sampai 25 sen if campur ngan bahan lain.

Murah kan????


Selamat mencuba!




mistulip: bunga carnation pun mistulip ada buat..untuk buat pomander ball...hehe..dh siap, baru tunjuk ek...

4 comments:

Sara said...

Assalamualaikum, Tumpang bertanya. Di mana boleh saya beli crepe paper warna macam yg digunakan oleh mistulip? Berminat utk mencuba. Terima Kasih. :)

mistulip said...

Wslm..sorry lmbt reply..ms2 cuti ni, aktvt online pn ct jgk..paper crepe tu sy beli kat kedai buku Czip Lee sebelah metro kajang. Biasanya kedai buku ada jual, cm beza mahal n murah je. Setakat ni kedai czip lee tu je yg plh murah..=)

Feeruz SR said...

Kenapa crepe paper awk murah sy punya mahal? Selamat berkenalan...

Mistulip said...

Slmt berkenalan feeruz..crepe paper yg sy beli ni dia dh potong lbh krg 1 mtr pjg..mgkin yg awk punye mhl yg segulung bsr tu kot..klu kat kdai yg sy beli tu segulung bsr rm6.50,bila dh potong akan dpt 4 gulung yg 1 mtr...jd lg murah bl yg 1 mtr dr segulung bsr..xpun lain kedai lain hrga..huhu..