Friday, December 16, 2011

R.A.L.A.T


Assalamualaikum...

DONE!

Yeay, selesai submit paper yang ke-3. Apa nasib paper tu, mistulip kena tunggu la. Sebabnya, perlu lalui lots of reviewing and editing processes. Accepted or rejected, mistulip hanya mampu berserah. Harapnya positif la ye. Ok, tak nak cakap banyak pasal paper ni.

Tadi baru dapat tahu yang seorang coursemate chinese dah kahwin. Tahniah buat Pee Kiat Ru dan pasangan. Husband Ru student electric engineering, sebelum ni selalu nampak dorang kat fakulti berdua. Tak sangka pulak, cepat dorang kahwin. Selalunya orang cina lebih tumpukan pada kerjaya dulu, baru fikir kahwin. Sebab tu kebanyakan orang cina kahwin agak lambat. Lambat disini bermaksud sedikit lewat kalau nak dibandingkan dengan orang melayu. Ni bukan statement mistulip tau. Seorang junior (chinese) yang bagitau mistulip.


Cakap pasal ni, mistulip rasa sedikit ralat. Orang cina yang tak terikat dengan hukum-hakam boleh je kahwin awal. Tapi, orang Islam? Atau lebih tepat orang melayu. Ada yang nak kahwin cepat, tapi dikekang dengan masalah kewangan. Ada juga yang tiada masalah kewangan, pasangan pun dah ada, tapi masih belum kahwin. Katanya belum bersedia. Belum masuk lagi kes hubungan tak direstui keluaraga. Macam-macam. Sedangkan pernikahan tu, sesuatu yang perlu disegerakan untuk mengelakkan sesuatu yang agama, keluarga, masyarakat dan kita sendiri tak ingini.

Abdullah Ibnu Mas’ud Radliyallaahu ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda pada kami: “Wahai generasi muda, barangsiapa di antara kamu telah mampu berkeluarga hendaknya ia kawin, karena ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa belum mampu hendaknya berpuasa, sebab ia dapat mengendalikanmu.” Muttafaq Alaihi.

Mistulip ralat sebab mistulip mungkin dalam golongan yang pertama. Nak kahwin cepat bukan bermkasud gatal dan desperate ye. Tapi macam yang cakap tadi, kalau dah bersedia, perkara yang baik ni perlu disegerakan. Kewangan buat masa ni memang jadi salah satu faktor. Mistulip cuma student master, gaji ada tapi belum cukup untuk simpanan bagi belanja kahwin yang pastinya banyak diperlukan. Bukan tak bersyukur tapi itu hakikat.

Bagi si dia pulak, faham-faham saja la memang perlukan masa untuk semua ni. Sekarang, kata orang nilai hantaran berdasarkan tahap pendidikan si perempuan. Walaupun pasangan itu sendiri tak nak macam tu, lain pulak kata keluarga. Lebih risaukan pandangan masyarakat sekeliling berbanding keberkatan sesebuah pernikahan tu. Habis, mistulip yang tengah buat master sekarang ni, berapa nilainya? Huhuhu..tak perlu disebut, tapi agak kelakar sebenarnya. Sebab, baru tengah buat master, belum betul-betul grad pun lagi. Funny right?


Ralat. Sekali lagi mistulip ralat. Sebab bukan saja dikekang dengan masalah kewangan, tapi status mistulip sebagai seorang student membuatkan keluaraga agak berat untuk melepaskan. Dulu, mistulip buat keputusan sambung master. Memang mistulip nak, tapi atas dorongan keluarga. Kalau mereka tak bagi dorongan, mungkin sekarang mistulip dah bekerja, dan mungkin dah boleh simpan banyak duit untuk kahwin. Entah-entah dah kahwin? Hahaha...Ralat sebab bila mistulip suarakan soal perkhwinan, ayat yang keluar mesti macam ni:

Habis, belajar tak habis lagi, macam mana nak kahwin?

Fahamkah mereka yang seoarang student master yang berstatus GRA (graduate research assistant) sama je dengan mereka-mereka yang lain yang bekerja dalam biadang penyelidikan. Sekali lagi ralat bila pernah juga keluar ayat macam ni:

Nanti sambung ambik PhD pulak, kalau nak kahwin masa tu, kahwin la..

Fahamkah mereka, ambik master by research adalah sama dengan ambik PhD? Yang membezakan cuma tempoh untuk PhD adalah lebih lama. Kalau masa PhD bagi kahwin, kenapa masa ambik master ni mereka agak keberatan? Mistulip positif. Mungkin mereka bimbang kalau dah berkahwin sebelum ambik PhD, takut-takut tak sambung terus. Yela, kalau dah berkeluarga kekangan masa dan bertambahnya tanggungjawab mungkin boleh mengubah niat asal kita. Tapi, insyaAllah kalau diizinkan mistulip memang nak sambung sampai PhD. Doakan mistulip ye...

Moga segala ranjau sepanjang jalan menuju kejayaan dapat diharungi dengan tabah. Amin...

Walaupun ralat, tapi Alhamdulillah lepas mistulip slow talk dengan mereka yang plan mistulip dan si dia nak kahwin bila mistulip dah di semester akhir dan dah siap buat lab, mereka terima. Terima. Tapi mistulip tetap nampak kegusaran di wajah mereka. Sedikit sebanyak buat mistulip tak sedap hati. Walau apa pun, syukur hubungan kami direstui. InsyaAllah tak lama lagi mistulip akan jadi tunangan kepada si dia. Rasanya tak ada apa yang lebih menggembiarakan hati kami selain mendapat restu dari kedua-dua pihak. Alhamdulillah.

Buat masa ni, mistulip cuba untuk bersabar. Menanti masa untuk kami disatukan. Ketepikan rasa ralat yang ada. Moga segalanya dipermudahkan. Entah kenapa tiba-tiba boleh tertulis tentang ni. Mungkin sebab dah lama dipendam dalam hati ni. Sebelum ni cuma si dia yang mendengar, tapi bila dapat tahu Ru dah kahwin, rasa ralat tu muncul kembali. Tak habis-habis dengan ralat kan? Hehehe...ok, end of story. Kita fikir yang gembira-gembira saja ye. Jangan bersedih lagi. Allah sentiasa bersama kita ketika kita perlukan-Nya...





mistulip: teremosi sikit ari ni..

No comments: