Friday, December 2, 2011

Teaser: Baju tunang peach saya


Assalamualaikum...

Hujung minggu lepas mistulip ke Terengganu untuk majlis kahwin roommate mitulip. Dalam 3 hari 2 malam kat sana. Tapi hari ni tak nak cerita pasal tu lagi, review kahwin Bilah nanti mistulip cerita lain kali. Sebabnya sehari selepas balik ke Bangi, mistulip tergerak la hati nak contact pekerja kedai MyJan, tanya pasal stok baju.

Eh, MyJan? Lupa pulak, mistulip tak pernah cerita pasal kedai ni kan. Sebenarnya, kedai ni boleh dikatakan butik la. Kebanyakan yang dijual baju kurung moden chiffon. Memang mistulip dah target kedai ni sejak raya puasa lepas lagi untuk mitulip punya baju tunang. Sebab berkenan dengan design manik dan pearl pada kebanyakan baju tu. Simple tapi mistulip suka.

Alkisahnya, mistulip punya engagement theme is peach and white. Of course la attire nak peach kan. Sejak bulan 10, boleh dikatakan setiap hujung minggu mistulip menjejakkan kaki kat MyJan ni semata-mata nakkan baju peach tu. Malangnya, setiap kali datang katanya stok belum sampai. Sedangkan sebelum raya hari tu, memang banyak sangat stok baju peach. Ramai sangat ke orang guna tema peach untuk raya? Huhu..

Setelah berkali-kali pergi kedai dengan membabi buta, last-last mistulip mintak nombor hp pekerja kedai tu. Senang nak tanya. Tak ada la penat, pergi dengan sia-sia. Lepas cubaan kali ke-4, baru dapat cakap dengan pekerja MyJan tu sebab 3 kali sebelum asyik suara operator je yang kuar, cakap number tu not in service. Bila tanya pasal stok baju peach, dia bagitau: 

Stok baju peach dah ada. Akak kena datang kedai sendiri la tengok, saya tak tau la akak berkenan ke tak dengan design ni. Kena cepat-cepat, saiz yang akak nak tak banyak yang ada.

Apa lagi, lepas solat Asar, terus siap-siap dan terjah MyJan. Sampai-sampai terus ambik dua design tu dan cuba pakai. Akhirnya RM180 (harga asal RM200) terbang untuk baju kat bawah ni.

Warna peach, fabric chiffon. Simple je...

Ngada kan, nak tunjuk sangat, tapi habis gambar kena crop, warna pun suram je. Hehe. Nak buat camne, namanya teaser kan. Lepas ni boleh la cari tudung dan veil pulak.





mistulip: tengah fikir nak pakai tudung macam mana nanti, shawl? tudung bawal? tudung awning? hmmmm....

No comments: