Friday, December 21, 2012

I am moving...

Assalamualaikum...

Akhirnya, esok last day dah kat rumah sewa ni. Setelah berhempas pulas siapkan lab selama 3 minggu lepas majlis kahwin hari tu. 

Dan hari  ni, sangat penat plus tumit kaki sakit. Sebab berdiri je buat lab.  

Kalau dulu, mengenangkan labwork asyik tertangguh sebab SFE sikit-sikit rosak, macam dah tak ada harapan lab boleh siap tahun ni. Sampaikan pernah rasa nak give up dengan masters ni. Macam nak berhenti, kahwin dan jadi suri rumah je. Hahaha. 

Walau apa pun, tetap kuatkan semngat. Bila SFE ok, elok-elok je  masa tu tengah busy dengan segala urusan kahwin. Sampaikan stress berganda-ganda dan lepas je balik dari conference kat Sabah hari tu, mistulip demam seminggu. Mungkin juga sebab perubahan hormon. Bila pergi klinik doc cakap sebab stress.  Entahlah, yang mana satu sebabnya. Dua-dua la kot.

Tapi, sekarang dah boleh senyum sebab tinggal lagi sehari nak jumpa suami tercinta. Alhamdulillah, perjuangan dah hampir selesai. Now, it's packing time! Banyaknye barang nak kena kemas. Yang pasti tak muat semua barang nak sumbat dalam pinky. Huhuhu...

Tak sabar tunggu hari Ahad. Sebab dah rindu sangat dekat 'photographer' saya ni....

Masa jalan-jalan kat Tanjung Aru...


Sutera Harbour, Kota Kinabalu. Lepas habis presentation, jalan-jalan ambik gambar jap dekat kawasan hotel. 

Kami di hari kejadian...





mistulip: nak review pasal wedding, tapi tak ada mood lagi sebab gambar photographer semua kat kampung...

Wednesday, November 28, 2012

New life of mine...

Assalamualaikum...

Punya la lama tak update, sampai lupa ada blog. Boleh ke camtu? Terlalu banyak cerita yang nak ditulis tapi masa betul-betul terhad. Apa-apa pun Alhamdulillah dah banyak perkara yang selesai, tinggal perjuangan nak habiskan masters dan urusan pindah rumah awal tahun depan. Tertunggu-tunggu saat itu. Moga dikuatkan hati kami sepanjang hidup berjauhan.

Alkisahnya apa yang mistulip busy sangat dalam dua bulan lepas, pertama sekali persiapan majlis kahwin. Setelah berhempas pulas seorang diri di rumah sewa, berhempas pulas sekali lagi di kampung bersama family, alhamdulillah majlis kesyukuran di rumah mistulip berjalan lancar. Walaupun ada sedikit kekurangan, tapi itu adat sebab manusia kan serba kekurangan. Apa yang penting, majlis yang dijalankan diberkati dengan doa-doa dari semua yang hadir. Dan selang sehari, majlis sambut menantu selamat dijalankan. Jadinya, setel bab kahwin. Nah sekeping gambar pada hari kejadian.

My family and us..

Selang sehari kemudian, bertolak la kami ke Bangi. Sampai-sampai, checkin kat hotel dan berkemas untuk ke Sabah esoknya. Ingat lagi entri jom ke Sabah sebelum ni? Alhamdulillah, dalam kesibukan dengan urusan kahwin dan buat lab, sempat juga siapkan full paper dan slide semua sebelum cuti kahwin bermula.

So, dah setel conference di Pacific Sutera Hotel, walaupun menggeletar present atas pentas dalam ballroom  yang boleh tahan besarnya. Sangat lega dah ada dua paper conference. Satu yang Sabah ni, dan satu lagi hantar ke conference di Bali, cuma conference tu mistulip tak attend, cuma hantar paper. Sepanjang 5 hari 4 malam di kota kinabalu? Rasanya perlu buat satu entri khas untuk tu. Nanti-nanti la ye.

Ballroom Pacific Sutera Hotel, tempat presentation




Sekembalinya ke Semenanjung, dari LCCT ke Bangi, sampai je Bangi terus ambik kunci kereta dan tinggalkan baju-baju kotor kat rumah sewa. Singgah makan dan solat di pkns kejap, pastu terus bertolak ke Johor. Mistulip tidur je sepanjang perjalanan, kesian en. suami drive sorang-sorang. Sampai-sampai memang terus pengsan, walaupun perut kelaparan tapi lebih rela tidur. Badan pun mula rasa tak sedap, panas macam nak demam.

Esoknya, terus ke rumah sewa baru kitorang. Cuci rumah, mop, pasang tikar getah, angkat barang dari rumah sewa lama en. suami. Dalam 3 kali jugak la ulang alik angkat barang. Maklum la pinky saya tak berapa besar. 2 hari urusan pindah dan kemas rumah baru, semalam baru saya balik ke Bangi semula. Terus ke lab, tapi blur tak tahu nak buat apa. Penyelesaiannya, main fb tengok gambar kahwin. Hahaha...

Baiti jannati yang masih kosong...


Sekarang rasa sangat happy plus rasa sedikit cuak. Mistulip cuma ada masa 1 bulan untuk siapkan semua urusan lab kat sini. InsyaAllah cuti krismas nanti, mistulip akan pindah dari rumah sewa. Rumah sewa yang menjadi saksi segala urusan kahwin, yang menjadi 'stor' barang-barang kahwin. Tak cukup dengan bilik, ruang tamu pun penuh dengan barang kahwin. Hehehe.. Terima kasih housemate kerana memahami.




mistulip: 1 bulan yang pastinya penuh dengan kesibukan dan tekanan, moga dipermudahkan segala urusan.

Friday, October 5, 2012

Life after marriage...

Assalamualaikum...

Lamanya tak update. Orang lain busy menjalankan tugas sebagai isteri, tapi tidak bagi mistulip. Suami nun jauh di sana. Agak sedih berjauhan, tapi apakan daya demi nak siapkan masters, terpaksa la kami tabahkan hati. Kehidupan lepas kahwin? Actually lebih kurang sama macam dulu. Cuma batas sebagai seoarang isteri perlu lebih dijaga berbanding zaman single dulu.

Jadinya, saya busy buat lab menghadap sfe setiap hari. Siapkan paper, uruskan permohonan untuk dua conference. Malam pulak nak rehat je. Hujung minggu ke sana-sini uruskan pasal majlis kahwin. Eh, bukan dah kahwin ke? 

Sebenarnya, 3 Syawal hari tu cuma majlis akad nikah, kenduri insyaAllah akan diadakan bulan November nanti. Sebab kami masing-masing jauh, jadi decide untuk setelkan yang wajib dahulu. InsyaAllah by the time lepas majlis November nanti, kalau tak ada apa-apa halangan dan labwork dah siap, dah boleh pindah dekat dengan suami samada hujung tahun ni atau awal tahun depan. 

Untuk majlis november nanti, barang hantaran semua dah beli, cuma gubahan untuk hantaran je belum. Kad insyaAllah minggu depan siap, pertengahan oktober dah boleh edarkan. Doorgift dah beli, cuma paper bag belum lagi. Pelamin, baju, makeup semua dah bayar deposit, photoG pun sama dah book dan bayar deposit. Khemah dan urusan rewang, family kat kampung yang uruskan. Setakat ni Alhamdulillah semua berjalan lancar. Raya haji nanti balik kampung fitting baju. Teruja...heeee...

Tak sabarnya nak habiskan lab. Moga dipermudahkan semuanya. Doakan mistulip ok!


Jakun first time pegang rabbit..hehehe...




mistulip: kadang-kadang rasa macam belum kahwin, still sama masa couple dulu sebab belum duk sama, tanggungjawab sebagai seorang isteri pun belum terasa sangat lagi...huhuhu...

Sunday, September 2, 2012

I am married!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz mistulip sah bergelar seorang isteri pada 3 Syawal yang lalu. Semoga cinta yang dianugerahkan Allah ini terus subur hingga ke syurga. Amin.

Credit pic to Ja Ismail




mistulip: lama sangat tak update blog...

Friday, July 20, 2012

DIY: Nest lantern

Bismillah dan assalamualaikum...

Macam dah lama tak upadate blog, padahal baru seminggu kot. Kononnya busy. Konon jela, huuuu...Persiapan kahwin? Bergerak secara perlahan. Dan ni la aktiviti mistulip sejak 2 minggu lepas

Bahan-bahan

Wrap, wrap, wrap and wrap..sampai sakit pinggang..

Dah siap...

My own nest lanterns (sebiji lagi tak masuk dalam gambar)

Alhamdulillah siap juga akhirnya. Punya la malas nak siapkan. Especially yang saiz besar tu agak mencabar nak buat. Sekarang dah boleh senyum =)

Tutorial


Dan satu lagi....

Siapa boleh teka apa saya nak buat dengan benda kat bawah ni?


Nah, hint.

  
Terlalu banyak yang perlu fikir untuk persiapan kahwin. Kadang-kadang bila dekat lab asyik fikir je apa lagi benda yang tak siap, apa lagi yang perlu buat, apa lagi yang tak beli. Tapi bila dah kat rumah tengah buat apa-apa yang berkaitan dengan urusan kahwin, asyir fikir paper, fikir sfe, fikir boleh ke siapkan labwork hujung tahun ni. Last-last sepanjang hari serabut. Betul-betul perlukan kesabaran dan kekuatan nak hadapi semua ni. Moga dipermudahkan segalanya.

Eh, esok dah 1 Ramadhan. Cepat je masa berlalu. Selamat berpuasa semua. Jom perbanyakkan ibadat. Moga-moga semua amalan kita diterima dan diberkati oleh-Nya. InsyaAllah.





mistulip: malam ni balik kampung, nak tengok ayahanda yang tak sihat. hari tu dah masuk wad tiga malam. insyaAllah first day puasa kat kampung. moga semuanya selamat...

Thursday, July 12, 2012

Perkhidmatan penghantaran gas memasak Petronas

Bismillah dan assalamualaikum...


Semalam, tengah semangat duk masak-masak tiba-tiba gas habis. Nak telefon orang kedai kat kawasan perumahan, nombor pulak tak pernah simpan.

Then, terus teringat pernah tengok iklan kat tv pasal perkhidmatan penghantaran gas memasak oleh petronas. 

Sah-sah la tak pernah peduli pun pasal nombor tu kan. Huhuhu.Terus google dan dengan cepat dan tangkasnya mistulip telefon la nombor 1-300-888-GAS(427).


Tapi masa call tu, abaikan jela GAS tu, dial je 1300888427. Maka anda akan terus disambungkan kepada operator. Dah siap bagi nama, contact number dengan alamat serta saiz gas yang nak ditukar, tunggu la dalam tempoh 1 jam paling lama. Dia la yang cakap.

Tunggu punya tunggu, memang dalam sejam jugak la baru sampai. Tu pun lepas orang tu call dua kali sebab tak jumpa rumah. Alamat kat kawasan perumahan tu memang pelik sikit, bikin orang confuse. 

Dah sampai, terus tukar. Untuk tong 14 kg, bayarannya RM29. Kira ok la, tak payah bersusah payah pergi kedai semua kan.

Cumanya, masa google pasal perkhidmatan ni, ada yang cakap nanti orang petronas tu akan hantar dan tolong pasangkan untuk kita, siap terus check kalau-kalau ada kebocoran dekat line ke apa.

Tapi yang jadi kat rumah mistulip, orang tu just hantar depan pintu rumah je. Kena pasang sendiri dan tak ada pun dia nak check kebocoran semua. 

Tak apa la, maybe dia penat bawak naik tong berat tu ke tingkat 2. Huhuhu. Tak kisah pun sebenarnya, walaupun tagline dorang 'Bukan sekadar menghantar gas' T_T

Dalam 2 jam lepas tu, staff petronas ada call buat survey kepuasan pelanggan. Tanya gas sampai pukul berapa, ok ke tak service diorang.

Soalan last dia tanya, cik akan recommend tak service kami kepada kawan-kawan cik? So, of course la jawab ye.

Jadi, oleh sebab itu tertulisnya entri ini pada hari ini. Hehehe. Gas habis boleh la call nombor kat atas tu ok.

Kedai-kedai runcit kat kawasan perumahan pun ada je buat service penghantaran ni. Cuma kitorang je tak pernah nak simpan nombor telefon dorang. Dan 1 lagi rasanya kedai tu ada ambik caj tambahan.


Tapi service ni tak semua kawasan ada. Kalau nak tahu kawasan mana yang ada service ni, boleh la check dekat website  www.mymesra.com.my/beyondgasdelivery or call je nombor kat atas tu tadi.



'Bukan sekadar menghantar gas'. Ok, dah habis iklan berbayar. Petronas tak nak bayar kat saya ke? Hahahaha...





mistulip: hari ni demam selsema makin teruk...suara pun dah jadi macam ramli sarip =p

Monday, July 9, 2012

Kisah tentang coklat, si adik dan balik kampung lagi

Bismillah dan assalamualaikum...

22 Jun lepas, alhamdulillah adik kesayangan selamat sampai ke Malaysia setelah 6 tahun merantau di bumi Jordan. 

Jadinya, mistulip agak sibuk ke sana ke mari dari bangi ke klia. Esoknya ke klia balik sebab hantar si adik nak naik flight ke kampung pulak.

Dan seperti yang dijanjikan, dia belikan 2kg coklat untuk doorgift masa nikah nanti. 

Dengar cerita, family kat kampung bebel-bebel kat si adik sebab coklat 2kg tu dah beratkan beg dan buah tangan untuk dorang jadi berkurang. Hahaha. 

Yela kan, nak naik flight ni beg ada limit berat dia, kalau lebih kena bayar. Padahal banyak je adik mistulip belikan buah tangan untuk dorang. Saja je dorang tu. Ish3...

Ini la coklatnya! Pelbagai bentuk, rupa, warna dan rasa. Seronok tengok coklat banyak-banyak macam ni.


Tergoda tak tengok? Mistulip boleh rasa seketul dua je. Selebihnya simpan dalam peti ais, akan dikeluarkan kemudian bila sampai masanya...

Nah, gambar jarak dekat. Geram tengok coklat-coklat ni, tapi tahan jela nafsu. Huhuhu...


Oh, ini bukan coklat. Tapi manisan. Lebih kurang biskut raya kat tempat kita la tapi semuanya berasaskan kacang. Sedap jugak, tapi tak boleh makan banyak sebab muak. 


Manisan ni bukan untuk doorgift, tapi buah tangan untuk kitorang je. Saja nak tunjuk. Hehehe...

Selepas seminggu, mistulip pulak balik kampung. Singgah rumah en. tunang dulu, ambil borang pihak lelaki.

Borang pihak lelaki terlebih dahulu dapat kebenaran dari pihak pejabat agama KT (sebab en.tunang orang KT), kemudian baru la boleh hantar bersama-sama dengan borang nikah pihak perempuan di pejabat agama besut (mistulip orang besut).

Proses memakan masa selama seminggu dan InsyaAllah minggu ni surat kebenaran nikah dah boleh ambil. Lepas tu boleh la bawa surat kebenaran tu kepada jurunikah.

Itu je prosedur untuk pasangan satu negeri tapi berlainan daerah.

Dalam masa yang terhad tu, sempat juga la pergi tengok pelamin dekat satu butik yang mistulip berkenan. Yang ni kita story lain kali ye. 

Dalam masa yang terhad tu, sempat jugak makan durian yang baru je gugur masa mistulip sampai umah. Sebelum ni musim durian asyik terlepas je, tak sempat nak balik kampung dah habis.

Dan dalam masa yang terhad tu jugak, sempat pergi Lata Belatan dan Lata Tembakah bawa budak kecik dua orang tu mandi air terjun. 

Bukan main seronok lagi mereka-mereka bermandi-manda. Mistulip? Macam biasa, jadi tukang ambil gambar je =)

Ini la si adik dengan 2 orang budak kecik yang baru lepas mandi air terjun.

Eka memang pro kalau buat muka yang camtu -_-





mistulip: nest lantern in progress....tapi tali kertas tak cukup pulak dah..

Thursday, July 5, 2012

Andai Ku Bercinta Lagi

Bismillah dan assalamualaikum...

Sangat suka dengan mtv lagu andai ku bercinta lagi nyanyian mojo ni. Best dan sangat sedih...huhuhu...kisah kesetiaan seorang suami pada isterinya yang dah meninggal...nape entah hari ni mood tiba-tiba terjiwang...rindu kat orang jauh la kot...huuuu...


Andai Ku Bercinta Lagi -MOJO


Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati









mistulip: mood kerajinan dah hilang ke mana-mana...

Thursday, June 28, 2012

Jom ke Sabah!

Assalamualaikum...

Siapa nak ikut mistulip ke Sabah? Hahaha..orang lain dah sampai ke mana-mana dah, kita ni nak ke Sabah punya la excited. Jakun pun ada. Hehehe..mesti la excited kalau pergi bercuti dengan orang tersayang kan? Oppsss, bercuti ke? Dengan orang tersayang tu dah betul, bercuti tu ya jugak tapi after menghadapi 3 hari conference, present depan orang ramai. Takutnya....



Actually, baru dapat email dari secretariat SOMChE, abstract yang mistulip hantar hari tu dah accepted untuk conference yang akan berlangsung 21-23 Nov nanti dekat UMS, Sabah. SOMChE ni stands for Symposium of Malaysian Chemical Engineers untuk siapa-siapa yang tak tahu. Jadinya, student postgrad seperti saya ni perlu attend conference, present our research project sebagai salah satu syarat untuk grad.

Lepas ni, kena lagi-lagi rajin siapkan full paper sebab kena hantar before 15 Ogos nanti. Before raya tu, huhuhu. InsyaAllah, kalau ok semua, dah boleh register bulan 9 dan ke Sabah la kita bulan 11 nanti. Tapi...ada tapi tau..Sangat risau takut tak sempat nak siapkan, sebabnya masa tu tengah busy dengan urusan kahwin semua. Huhuhu. Moga-moga Allah tunjukkan jalan. Amin.

Dan disebabkan itu (ayat skemanya), saya sangat happy sebab boleh ambil kesempatan ni untuk honeymoon terus. Hehehe. Plus, tiket flight dan penginapan akan ditanggung oleh duit geran projek. Cuma untuk bahagian en. tunang (akan datang en.suami) je kena tanggung sendiri. 

Tapi semua tu still dalam perancangan, sebabnya kalau pergi sama-sama, masa mistulip dalam conference tu nanti en.suami nak buat apa sorang-sorang? Mungkin after conference baru en.suami datang...kita tengok la nanti...harap-harap diterima la paper tu nanti. Ya-Allah, kuatkan hatiku, permudahkan lah segala urusanku, moga-moga semuanya berjalan lancar. 

Tengok Tiz Zaqyah dengan Aqasya dalam cerita Dejavu di Kinabalu, jadi teringin nak daki gunung kinbalu. Hahahaa, stamina entah ke mana-mana ada hati nak mendaki ye...yang pasti pulau-pulau kat Sabah cantik kan?






mistulip: esok balik kampung lagi, nak hantar borang nikah..yeay!

Tuesday, June 26, 2012

Allah itu dekat

Bismillah...





Di kala hati terluka...


dan kecewa membalut diri...


Sakit itu pasti...


Hingga terasa ingin lari buat selamanya...


Biar saja aku sendiri...


Tapi, percayalah Allah itu dekat...


Allah sentiasa bersamaku...


Allah, aku perlukan-MU...


Bersabarlah duhai hati...


Langit pasti akan cerah...


Menerbitkan pelangi di hati...


Yang mampu buatku tersenyum...





mistulip: cukuplah Allah bagiku...

Monday, June 25, 2012

Berkelah di hujung minggu

Bismillah dan assalamualaikum...

Semalam kitorang (mistulip dan 6 orang ex-coursemate) berkelah kat sungai tau. Setelah bermacam-macam plan dibuat, dari nak ke Genting, tukar ke Sg. Tekala, tukar ke Teluk Kemang, tukar ke Desa Water Park and lastly decide ke sungai  kat Kg. Ulu Rening, Batang Kali, Selangor. Macam-macam hal, bila dah ramai (ramai ke?) memang susah la nak buat plan yang betul-betul lancar.


Actually kampung ni kampung nenek kawan mistulip, Ayu namanya. Sungai ni walaupun air tak berapa dalam tapi sangat best sebab takde orang pun. Namanya pun sungai belakang rumah nenek je. Hehehe. Jadinya, bebas la kitorang bermandi-manda. Hahaha. Yang penting, dapat la gosip-gosip setelah lama tak jumpa dan ni mungkin gathering terakhir before mistulip bergelar seorang Puan =) Jom tengok gambar...



The foods...nasi goreng dengan sambal bilis, sandwich, potato wedges, nugget, rojak buah, air oren, jajan..banyak betul makan...


On the way ke tebing sungai dari rumah nenek...

Kami dah sampai...

Ni la sungainya..cantik..keindahan alam yang masih terpelihara..

Tempat kitorang mandi...

Ni la muka semangat tengah cari udang kat celah-celah batu..hehehe..

Antara hasil udang yang ditangguk (tangguk ke istilah dia?). Mula-mula dapat udang seekor, semua excited. Hahaha, jakun.

Overall, semalam adalah hari yang awesome...Dapat rehat, hilangkan stress, dapat gosip2, dapat makan2..dan lepas ni susah dah la nak hangout dengan korang semua. Definitely will miss those moments.





mistulip: dah jumpa bola pantai untuk nest lentern project...yeay!

Tuesday, June 19, 2012

Pening fikir pasal doorgift


Bismillah dan assalamualaikum...

Entri kedua untuk hari ni ye. Tadi update konon sebab mengantuk, kali ni sebab apa pulak ek..Hahaha. Nampak sangat la mistulip ni banyak masa terluang. Padahal ngelat malas buat report. 

Actually dah mula rasa serabut. Fikir pasal lab, pasal tesis, pasal sfe yang sampai sekarang tak ok2, tambah nak fikir pasal kawen lagi. Bukan senang nak kahwin ni kan, banyak betul nak difikirkan. Lepih-lebih lagi buat perantau-perantau sekalian, jauh dari kampung. Belum masuk jauh dari en. tunang lagi. Apa-apa bincang pun semuanya di alam maya. 


Dan minggu lepas pening fikir nak bagi apa sebagai doorgift untuk nikah nanti. Mula-mula nak bagi yassin. Survey la customize yassin kat beberapa website. Cantik-cantik tapi kalau nak tempah sikit je, haraganya agak mahal. Sampai fikir nak beli yassin secara bulk dekat mydin, then diy sendiri. Tapi bila difikirkan banyak lagi benda yang nak diy, takut tak mampu terus tak jadi.

Lastly, decide nak bagi tasbih dari Creatively designed. Siap dengan kotak RM2.50 satu.

Tasbih & Box

Cantik kan? Nanti boleh la letak reben sikit, bertambah la cantiknya. Tapi mistulip belum order, tunggu dapat gaji minggu depan la. Duit dah nyawa-nyawa ikan dah. Huhuhu. Kat creatively designed banyak jugak produk lain macam customized yassin, al-mathurat, surah-surah amalan, tag/sticker, paper bag dan banyak lagi.

Tasbih ni bagi kat orang-orang dewasa je, untuk kanak-kanak riang macam biasa la bagi coklat, jelly dan kerepek je kot. Cakap pasal coklat, mistulip import khas dari Jordan tau. Hahaha. Sebenarnya kirim kat adik mistulip yang baru je grad dekat universiti kat Jordan tu. Alang-alang coklat kat sana murah-murah, kirim la terus. Hujung minggu ni bakal doc tu akan sampai di Malaysia. 

Jadinya, setel fikir part doorgift. Cuma tunggu masa nak beli je. Tak sabar dah nak order =)




mistulip: untuk kenduri tak tahu lagi nak bagi doorgift apa..akan pening lagi sekali. sigh.

Tentang baju nikah


Bismillah dan assalamualaikum...

Hari ni tak tahu la kenapa, duk kat lab ni mengantuk yang amat. Dari tadi asyik menguap. Mood hilang entah ke mana. Teruknya perangai. Ish3. menaip kat blog ni kurang la sikit rasa mengantuk tu. Ok, dah-dah la membebel. 

Just nak kongsikan yang masa balik kampung hari tu pun mistulip dah pergi upah jahit baju nikah. Tailor ni makcik kawan mistulip. Pilih dia sebab setelah survey2 dengan harga tailor kat sini beza harga upah jahit dalam 50 ringgit. 

Design baju inspired dari baju kat bawah ni (ambik dari majalah pengantin tahun lepas, bulan tak ingat dah). 


Dress yang simple je. Material chiffon french putih, lining guna kain satin putih dan patch guna lace warna pink. Semua kain-kain ni dah dibeli tahun lepas lagi sebab dijadikan hantaran tunang hari tu. Suka dengan design baju macam ni sebab dari pinggang ke bawah dia flowy. Menampakkan effect ayu untuk pemakainya. Hehehe. Ayu la sangat kan.


Bila bincang-bincang ngan tailor, ada la beberapa cadangan tambahan untuk baju tu. Mistulip ok je, asalkan cantik. Jadi, takkan 100% sama dengan yang dalam gambar la baju saya nanti. Harap sangat hasilnya cantik and turn out to be ok bila mistulip pakai, kena dekat badan, tak pelik dan tak menyakitkan mata orang yang memandang. 

Kalau kain chiffon tu ada lebih, tailor tu cakap dia akan buat veil sekali sebab lace yang mistulip beli tu agak banyak (mentang-mentang murah kan), boleh tampal dekat veil plak. Kalau tak lebih pun tak apa, sebab veil dah beli pun sebenarnya. Huhuhu. Saja standby. 

Sekarang ni dalam dilema nak pakai tudung macam mana nanti. Ikutkan hati nak pakai tudung bawal je sebab muka dah terbiasa ngan tudung bawal, tapi sesuai ke dengan baju kain chiffon? Nak pakai shawl takut muka terbulat je nanti walaupun dah siap beli 1 shawl standby. Tudung chiffon yang ada awning tu macam tak berapa suka walaupun tudung tu la paling senang dipakai. Tak tahu la kenapa, kurang sikit dengan tudung awning ni, padahal masa tunang pakai tudung tu jugak. Wuwuwu. Harap jumpa la tudung yang berkenan di hati nanti.




mistulip: bulan 7 nanti baju melayu en. tunang akan siap di jahit manik. tak sabar nak tengok!


Wednesday, June 6, 2012

Prosedur Kahwin: Borang Kebenaran Berkahwin & Ujian HIV


Bismillah dan assalamualaikum...

Rabu lepas mistulip balik kampung bersama en. tunang untuk uruskan borang nikah. Kitorang bertolak malam rabu sebab pagi khamis dah nak ke pejabat agama. Disebabkan hari jumaat, sabtu kat Terengganu cuti dan kebetulan hari keputeraan agong jatuh hari sabtu, then cuti di bawa pulak ke hari ahad. Jadi, hari khamis je masa yang kitorang ada untuk setelkan borang.

Maka, bermula la perjalanan kami yang pastinya akan memenatkan badan pada malam rabu tersebut. Dekat karak pulak hujan sangat la lebat, slow je drive. Pandangan 2 m ke hadapan je nampak. Selebihnya gelap gelita. Sampai di KT dah subuh. Rehat jap, then terus ke pejabat agama. Kitorang ambik dua borang terus untuk lelaki dan perempuan, untuk 1 borang bayaran satu ringgit.

Borang permohonan kebenaran berkahwin bagi lelaki.

Disebabkan en.tunang berlainan daerah dengan mistulip walaupun satu negeri, borang lelaki kena hantar di pejabat agama KT dulu, bila dah dapat kebenaran baru la borang lelaki tu boleh dihantar bersama-sama dengan borang perempuan di pejabat agama daerah tempat akad nikah akan berlangsung, yang biasanya daerah tempat tingggal perempuan. 

Isi lah borang dengan jayanya di samping sediakan salinan IC kedua-dua bakal pengantin, salinan IC wali, salinan IC dua orang saksi kedua-dua belah pihak, surat akuan bujang yang asal serta salinan, sijil kursus kahwin asal beserta salinan dan juga gambar passport kedua-duanya.

Checklist bagi borang perempuan.

Ok, dah dapat borang kitorang pun terus ke klinik kesihatan berdekatan untuk buat HIV test, Sampai-sampai nurse tu cakap test tak buat hari khamis. Kecewa pastinya ada. Yela, dah penat semalaman drive dari Bangi, tapi tak boleh nak buat HIV test. Sedangkan mistulip dah rasa nak pengsan sebab tak tidur semalaman, nanti nak drive ke Besut lagi sorang-sorang. Huh! 

Then, decide ke klinik yang agak jauh sikit dan sampai-sampai je, test memang ada dibuat hari khamis, tapi pukul 2 petang baru start. Jadinya, kitorang pun balik la dulu. Rehat-rehat kejap, lepas lunch  terus gerak ke sana balik. Bila sampai giliran kitorang, seminit je kot dah siap. Tapi result terus dia seal dalam sampul surat. Rahsia la konon kan.

Borang HIV test yang dah siap kena seal. Cepat je dia masukkan dalam sampul, tak bagi mistulip tengok. Hahaha.

Yeay, dah boleh kahwin. Walaupun MA tu tak tunjuk pun result kat mistulip, mistulip tahu tak reaktif sebab ada satu line je dekat control, dekat test line takde pape. En. tunang pun sama. So, setel bahagian HIV test. Lega. Kalau kitorang decide buat HIV test dekat Bangi, lambat lagi la nak siap sebab kena buat appointment bagai. Kat Terengganu ni pergi je on the spot, terus boleh buat. Nampak sangat rakyat Terengganu tak ramai. Eh silap, rakyat Terengganu ramai jadi perantau sebenarnya. Hehehe.

Dalam 3 petang, bertolak la mistulip ke kampung halaman bertemankan radio yang dipasang kuat-kuat tak nak bagi mengantuk. Pukul 4.45 petang, sampai rumah terus lembik. What a hectic day. 

Jadinya sudah setel urusan borang, tunggu nak hantar je nanti dan selewat-lewatnya hantar sebulan sebelum tarikh nikah. In case ada pape hal-hal berbangkit sempat la nak betulkan, kalau hantar lambat tak ke kalut nanti. Nampaknya, balik kampung lagi la nanti =)

Nah, seketul gambar eka yang susah nak dikawal bila jumpa pantai.







mistulip: mana nak cari bola pantai ni?huhuhuu...