Friday, January 27, 2012

Review: Mini Pelamin


Assalamualaikum...

Hari ni nak review tentang mini pelamin. Tak ada la pelamin sangat pun sebenarnya, just pasang tirai kat dinding, letak bunga-bunga, bantal dan karpet then, siap.

Karpet dah senget-senget sebab ambik gambar ni lepas habis majlis.

Boleh dikatakan hampir 90% DIY. 

  1. Untuk tirai mistulip beli kain dekat Nilai 3 dan upah jahit. Kain putih kain jersey (2.50 semeter) dan peach kain satin (2.50 semeter jugak). Kalau la ada mesin jahit sendiri, tak payah nak bazirkan duit upah orang. Huhuhu....
  2. Bunga tirai warna putih beli kat Nilai 3, then mistulip tambah paper flower warna pink. Ingat lagi entri ni?
  3. Pomander ball yang tengah tu guna paper flower saiz kecil dan yang warna pink tu carnation pomander ball yang mistulip pernah buat entri DIY dia kat sini
  4. Ranting beli kat Sabak bernam, then mistulip tambah paper flower dekat ranting yang kosong tu.
  5. Bantal besar beli. Mula-mula kononnya beli untuk buat bantal duduk,tapi tak sesuai sebab tak cukup besar. Last-last jadi hiasan kat belakang.
  6. Bantal comel warna peach dan putih kat tepi tu guna kain lebih buat tirai untuk buat sarung. Bantal ni jadi comel sebab ma mistulip tersilap bagi ukuran untuk sarung. Sepatutnya 17x17 inci tapi ma cakap 13x13 inci, tu yang jadi sendat semacam je. Tapi, guna je selagi boleh guna.
  7. Bantal kat tengah-tengah tu, Kak Na yang buat fabric flower dan jahit pada sarung yang dia beli.
  8. Karpet bulu-bulu beli dekat Nilai 3 dengan harga 100. Harga asal 150, mistulip dan mr.yakuza minta jugak sampai 100 sampai masam je muka mamat bangla jual karpet tu. Hehehe.
  9. Gubahan bunga yang belajar masa kursus kat Kolej komuniti Sabak Bernam pun ada. Pomander ball kecik warna merah, bunga topiary kiri dan kanan bantal dan juga bunga dinding yang kat atas bunga tirai tu. Ingat lagi tak entri ni?

Nak gantung pomander ball yang paling mencabar.

Ok tak mini pelamin mistulip? Bila dah siap pasang, baru nampak mini pelamin ni tak naik warna dia. Mungkin tirai putih tu should be warna peach dan sebaliknya, baru naik kot. Tapi takpe, asalkan puas hati boleh buat sendiri. Yang kelakarnya, ramai orang tanya sewa kat mana. Hahaha.






mistulip: seronok buat sendiri walaupun penat.

Thursday, January 26, 2012

I am engaged!


Assalamualaikum...

22.01.2012


Can't believe I am now a someone fiancee.


Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada saudara-mara yang banyak membantu.


Engagement ring with paper flower hb.


Satu lagi, mistulip dapat bunga tulip kristal tau hari tu. Ada 7 semuanya. Semua adik, kakak, sepupu dan makcik berebut nak bunga tulip tu, then bahagi la sorang satu. All thanks to mr.yakuza.


Bunga tulip kristal yang menjadi rebutan.





mistulip: review tentang e-day akan menyusul...coming soon....

Wednesday, January 18, 2012

I miss them


Assalamualaikum...

Rindu budak gemuk ni.

Si nakal eka


 Rindu budak ni jugak.

Si manja akif

Bila mood rindu anak buah datang, maksudnya mood balik kampung semakin membuak-buak. I'm going home tomorrow night! Sengih sampai ke telinga.

Eh, jap. Nak jugak letak gambar ni.

Eka yang malu-malu. Konon jela. Hahaha...




mistulip: 3 hari lagi...moga dipermudahkan segala urusan. 

Monday, January 16, 2012

Baucar buku vs Cecelia Ahern


Assalamualaikum..

Khamis lepas pegi PPS (Pusat Pengurusan Siswazah) ambil benda ni.

Voucher buku RM200. Empat keping semuanya.

Mula-mula duk fikir la nak beli buku apa la dengan voucher ni. Tapi masa tengah sign nama nak ambik voucher ni, pakcik staf PPS yang jaga kaunter tu tanya. 

Nak beli buku apa? Buku masak ke? 

Mistulip sengih je, tapi mistulip jawab soalan dia dengan soalan balik (ish3, teruk betul).

Buku apa je yang boleh beli pakcik? 

Apa-apa buku pun boleh. Stationary pun boleh.

Dengar je jawapan pakcik tu terus sengih. Hehehe..boleh tak mistulip nak beli novel? Dah lama nak kumpul novel Cecelia Ahern nak buat koleksi. Tapi faham-faham la, novel English kan mahal sikit kalau nak dibandingkan ngan novel melayu. Huhuhu, terus niat nak beli terbantut. Padahal kedekut, hahaha... Lagipun kan, tak semua novel die mistulip dah baca. Mula la excited kan. Bagi voucher kat orang gila novel macam ni la jadinya. Lagipun, student postgrad macam mistulip ni mana guna buku dah. Huhuhu..

Walaupun novel ni first novel Cecelia, tapi mistulip tak baca lagi. Sad.

[picture] Suka sangat ngan novel yang ni. Best!

Daripada 9 novel yang Cecelia tulis, baru baca 3 je. So, 6 lagi belum baca. Setakat ni, dua kedai buku yang confirm boleh beli apa-apa sahaja yang ada dalam kedai tu. Pustaka Rakyat di Seksyen 7 ngan Syabab dekat PKNS. MPH pulak skema, magazine tak boleh, dan memang buku ilmiah je yang boleh. So, before 31 Mac 2012 kena cepat-cepat pergi kedai buku la sebab sah sehingga tarikh tu je.





update: kat MPH pun boleh beli novel tau...yey!!


mistulip: Tapi, kat pustaka rakyat ada ke novel English? huhuhu...

Tuesday, January 10, 2012

Between methanol and ethanol?


Assalamualaikum...


Dalam dilema. Tak tahu nak pilih solvent mana yang terbaik as cosolvent in SFE extraction. Between 70% methanol and 70% ethanol. Based on preliminary test, seems like 70% methanol is better compared to other solvents. Jom, menilai bersama-sama mistulip. Hehehe.

1. Extraction result: 70% methanol produced higher yield of extract but not much different if compared to 70% ethanol.

Methanol win - 1:0

2. Antioxidant result: From the 3 assays that have been conducted, 70% methanol showed the best antioxidant capability but still not much different if compared to 70% ethanol.

Methanol win again - 2:0

3. Aldehyde detection:  Previous study by Saliza (2007) showed that three types of aldehyde have been detected in 50% ethanol (decanal, undecanal, dodecanal) and only two aldehydes have been detected in 80% methanol (decanal and dodecanal).

Ethanol win - 2:1

---> Saliza is actually a research assistant of Dr Masturah, my supervisor. The point is, the percentage of solvent that she used was obviously different from mine. So???? Need to consider this point.

4. Safety: Ethanol is a food grade solvent, so it is safe to use in food application but not for methanol.

Ethanol win once again - 2:2

5. Cost: Methanol is cheaper than ethanol.

Methanol completely win: 3:2

The winner!

---> Walaupun nak beli chemical bukannya guna duit sendiri, tapi kalau boleh jimat, jimat la kan. Kesian Dr banyak pulak duit geran dia habis nanti. Huhuhu...


So, mana satu pilihan hati? Mistulip rasa, stick dengan 70% methanol la. Sebabnya, lebih baik kita nilai dari segi performance. Walaupun ethanol detect lebih 1 aldehyde banding dengan methanol, tapi percentage yang Saliza guna tu lain berbanding yang mistulip guna. Jadi point tu agak tak boleh diterima sebab composition extract yang guna solvent berbeza peratusan  sepastinya berbeza. One more thing, although ethanol is a food grade solvent, but this research of mine is conducted in lab scale to optimize the SFE parameter only. More on optimization of operating parameter rather than application on food. Lain la kalau dah establish, nak guna untuk industri sangat penting la guna food grade solvent kan.

Ok, it is decided. I chose 70% methanol as the cosolvent to use in SFE extraction. So, dah boleh buat design expert to identify the 3 dominant parameter from 4 available parameter. Mistulip kena run 9 kali SFE extraction ikut design yang kat bawah ni.

Cuba cari perkataan momo. Hahaha...

Lepas semua tempat kosong tu berisi dengan result experiment, boleh la run analysis. Agak-agaknya parameter mana yang akan disingkirkan? Hahaha. Macam program realiti pulak. Harap-harap lancar la semua ni walaupun mistulip tahu nak run SFE 9 kali bukan satu perkara mudah. Huhuhu...




mistulip: No more dilemma. =)

Wednesday, January 4, 2012

Entri ke-100: Akhirnya...


Assalamualaikum..,

Akhirnya. Bukan akhirnya dah tulis 100 entri. Tapi, usaha mistulip selama seminggu untuk install printer HP Deskjet F4280 akhirnya membuahkan hasil.

Inilah rupanya printer yang degil sangat tu. HP Deskjet All in one F4280. Scan, copy and print.

Actually printer tu mr.yakuza yang punya. Tapi, before die bertukar kerja, he gave me the printer. Almost 6 months terbiar begitu sahaja. Sebabnya tak boleh nak install guna cd sebab tak compatible dengan windows 7. Mistulip cari driver kat internet, dapat tu dapat. Tapi, still bila install dia kata error. Sampai la mistulip give up, then malas nak fikir biar je printer tu dalam kotak.

Minggu lepas baru semangat balik nak install sebab nak scan dokumen untuk car renewal insurans. Penat la duk godek-godek printer tu. Semuanya tak menjadi. Sampaikan mr.yakuza pun jadi mangsa menghadap printer tu. Hahaha. Akhirnya, baru tahu rupanya masalah USB cable. Cable dah rosak kot. Bila mistulip cuba guna cable printer lain, akhirnya berjaya install. Seronoknya bukan main. Yela, seminggu kot sakit hati asyik tak jadi. Hehehe..

Print sample page. Bukti printer tu dah boleh diguna. Cuma ink hitam habis, kena beli baru la nanti.

Untuk masalah compatible tu mr.yakuza yang tolong carikan solution kat internet. Kalau siapa-siapa yang ada masalah yang sama, boleh la cuba step kat bwah ni:
How To Install Printer Drivers in Windows 7
  1. Insert the setup disk in your CD/DVD drive. Choose to view the files in Explorer. Scroll down to the file "Setup," which is identified as an application.
  2. Right-click the file and select "Properties." Click the "Compatibility" tab at the top of the resulting window.
  3. Check off "Run this program in compatability mode for:" and choose "Windows Vista" from the pop-up menu.
  4. ALSO check "Run this program as administrator" at the bottom of the window.
  5. Press "Apply," then "OK."
  6. Now you can double-click the "Setup" file and run the software installer. 

Untuk info lebih lanjut boleh la ke sini.


Cuma satu je mistulip pelik, kenapa kena choose windows vista dekat box "Run this program in compatability mode for"? Sedangkan OS guna window 7. Mungkin sama je kot. Nampak sangat tak berapa nak tahu pasal benda-benda computer ni. Apa-apa jela. Yang penting, dah boleh install kan? Senyum.





mistulip: tak sampai 3 minggu lagi untuk 2nd last step...

Tuesday, January 3, 2012

Cuti-cuti Malaysia


Assalamualaikum...

Entri pertama di tahun 2012. Entri ke-99. Niat nak publish 100 entri before bermula tahun 2012 nampaknya tak kesampaian. Never mind. Tak nak cakap banyak, kita tengok gambar jela ek.


Christmas Holiday: Port Dickson


Bayu Beach Resort


BBQ. Bersedia untuk ikan, udang, ayam, ketam, sosej.

Kanak-kanak ribena yang excited nak mandi laut

Mak Su yang kerisauan tengok kanak-kanak ribena mandi.


Anak sepupu. Dapat ikan pun tak, hehehe...


Sunset

New Year Holiday: Bagan Lalang, Sepang

Like dis pic.

Budak besar 1 makan aiskrim

Budak besar 2 makan aiskrim

Orang sangat ramai ok. Beza sangat dengan pantai kat Terengganu.



2 minggu berturut-turut pergi pantai. Tapi seronok menghabiskan cuti bersama mereka yang disayangi. Selamat tahun baru semua! Semoga tahun ni lebik baik berbanding tahun-tahun lepas. Amin.





mistulip: azam tahun lepas tercapai tak?