Monday, January 16, 2012

Baucar buku vs Cecelia Ahern


Assalamualaikum..

Khamis lepas pegi PPS (Pusat Pengurusan Siswazah) ambil benda ni.

Voucher buku RM200. Empat keping semuanya.

Mula-mula duk fikir la nak beli buku apa la dengan voucher ni. Tapi masa tengah sign nama nak ambik voucher ni, pakcik staf PPS yang jaga kaunter tu tanya. 

Nak beli buku apa? Buku masak ke? 

Mistulip sengih je, tapi mistulip jawab soalan dia dengan soalan balik (ish3, teruk betul).

Buku apa je yang boleh beli pakcik? 

Apa-apa buku pun boleh. Stationary pun boleh.

Dengar je jawapan pakcik tu terus sengih. Hehehe..boleh tak mistulip nak beli novel? Dah lama nak kumpul novel Cecelia Ahern nak buat koleksi. Tapi faham-faham la, novel English kan mahal sikit kalau nak dibandingkan ngan novel melayu. Huhuhu, terus niat nak beli terbantut. Padahal kedekut, hahaha... Lagipun kan, tak semua novel die mistulip dah baca. Mula la excited kan. Bagi voucher kat orang gila novel macam ni la jadinya. Lagipun, student postgrad macam mistulip ni mana guna buku dah. Huhuhu..

Walaupun novel ni first novel Cecelia, tapi mistulip tak baca lagi. Sad.

[picture] Suka sangat ngan novel yang ni. Best!

Daripada 9 novel yang Cecelia tulis, baru baca 3 je. So, 6 lagi belum baca. Setakat ni, dua kedai buku yang confirm boleh beli apa-apa sahaja yang ada dalam kedai tu. Pustaka Rakyat di Seksyen 7 ngan Syabab dekat PKNS. MPH pulak skema, magazine tak boleh, dan memang buku ilmiah je yang boleh. So, before 31 Mac 2012 kena cepat-cepat pergi kedai buku la sebab sah sehingga tarikh tu je.





update: kat MPH pun boleh beli novel tau...yey!!


mistulip: Tapi, kat pustaka rakyat ada ke novel English? huhuhu...

No comments: