Wednesday, January 4, 2012

Entri ke-100: Akhirnya...


Assalamualaikum..,

Akhirnya. Bukan akhirnya dah tulis 100 entri. Tapi, usaha mistulip selama seminggu untuk install printer HP Deskjet F4280 akhirnya membuahkan hasil.

Inilah rupanya printer yang degil sangat tu. HP Deskjet All in one F4280. Scan, copy and print.

Actually printer tu mr.yakuza yang punya. Tapi, before die bertukar kerja, he gave me the printer. Almost 6 months terbiar begitu sahaja. Sebabnya tak boleh nak install guna cd sebab tak compatible dengan windows 7. Mistulip cari driver kat internet, dapat tu dapat. Tapi, still bila install dia kata error. Sampai la mistulip give up, then malas nak fikir biar je printer tu dalam kotak.

Minggu lepas baru semangat balik nak install sebab nak scan dokumen untuk car renewal insurans. Penat la duk godek-godek printer tu. Semuanya tak menjadi. Sampaikan mr.yakuza pun jadi mangsa menghadap printer tu. Hahaha. Akhirnya, baru tahu rupanya masalah USB cable. Cable dah rosak kot. Bila mistulip cuba guna cable printer lain, akhirnya berjaya install. Seronoknya bukan main. Yela, seminggu kot sakit hati asyik tak jadi. Hehehe..

Print sample page. Bukti printer tu dah boleh diguna. Cuma ink hitam habis, kena beli baru la nanti.

Untuk masalah compatible tu mr.yakuza yang tolong carikan solution kat internet. Kalau siapa-siapa yang ada masalah yang sama, boleh la cuba step kat bwah ni:
How To Install Printer Drivers in Windows 7
  1. Insert the setup disk in your CD/DVD drive. Choose to view the files in Explorer. Scroll down to the file "Setup," which is identified as an application.
  2. Right-click the file and select "Properties." Click the "Compatibility" tab at the top of the resulting window.
  3. Check off "Run this program in compatability mode for:" and choose "Windows Vista" from the pop-up menu.
  4. ALSO check "Run this program as administrator" at the bottom of the window.
  5. Press "Apply," then "OK."
  6. Now you can double-click the "Setup" file and run the software installer. 

Untuk info lebih lanjut boleh la ke sini.


Cuma satu je mistulip pelik, kenapa kena choose windows vista dekat box "Run this program in compatability mode for"? Sedangkan OS guna window 7. Mungkin sama je kot. Nampak sangat tak berapa nak tahu pasal benda-benda computer ni. Apa-apa jela. Yang penting, dah boleh install kan? Senyum.





mistulip: tak sampai 3 minggu lagi untuk 2nd last step...

No comments: