Friday, January 27, 2012

Review: Mini Pelamin


Assalamualaikum...

Hari ni nak review tentang mini pelamin. Tak ada la pelamin sangat pun sebenarnya, just pasang tirai kat dinding, letak bunga-bunga, bantal dan karpet then, siap.

Karpet dah senget-senget sebab ambik gambar ni lepas habis majlis.

Boleh dikatakan hampir 90% DIY. 

  1. Untuk tirai mistulip beli kain dekat Nilai 3 dan upah jahit. Kain putih kain jersey (2.50 semeter) dan peach kain satin (2.50 semeter jugak). Kalau la ada mesin jahit sendiri, tak payah nak bazirkan duit upah orang. Huhuhu....
  2. Bunga tirai warna putih beli kat Nilai 3, then mistulip tambah paper flower warna pink. Ingat lagi entri ni?
  3. Pomander ball yang tengah tu guna paper flower saiz kecil dan yang warna pink tu carnation pomander ball yang mistulip pernah buat entri DIY dia kat sini
  4. Ranting beli kat Sabak bernam, then mistulip tambah paper flower dekat ranting yang kosong tu.
  5. Bantal besar beli. Mula-mula kononnya beli untuk buat bantal duduk,tapi tak sesuai sebab tak cukup besar. Last-last jadi hiasan kat belakang.
  6. Bantal comel warna peach dan putih kat tepi tu guna kain lebih buat tirai untuk buat sarung. Bantal ni jadi comel sebab ma mistulip tersilap bagi ukuran untuk sarung. Sepatutnya 17x17 inci tapi ma cakap 13x13 inci, tu yang jadi sendat semacam je. Tapi, guna je selagi boleh guna.
  7. Bantal kat tengah-tengah tu, Kak Na yang buat fabric flower dan jahit pada sarung yang dia beli.
  8. Karpet bulu-bulu beli dekat Nilai 3 dengan harga 100. Harga asal 150, mistulip dan mr.yakuza minta jugak sampai 100 sampai masam je muka mamat bangla jual karpet tu. Hehehe.
  9. Gubahan bunga yang belajar masa kursus kat Kolej komuniti Sabak Bernam pun ada. Pomander ball kecik warna merah, bunga topiary kiri dan kanan bantal dan juga bunga dinding yang kat atas bunga tirai tu. Ingat lagi tak entri ni?

Nak gantung pomander ball yang paling mencabar.

Ok tak mini pelamin mistulip? Bila dah siap pasang, baru nampak mini pelamin ni tak naik warna dia. Mungkin tirai putih tu should be warna peach dan sebaliknya, baru naik kot. Tapi takpe, asalkan puas hati boleh buat sendiri. Yang kelakarnya, ramai orang tanya sewa kat mana. Hahaha.






mistulip: seronok buat sendiri walaupun penat.