Friday, February 24, 2012

Code Blue 2 Downloaded


Assalamualaikum..

Ingat tak entri ni dulu? Entri yang mistulip nak sangat download drama Code Blue 2. Tapi sebab internet slow je kat lab, jadi susah sangat nak download. Hari ni baru nafsu men'download' datang balik dan yeay dah download separuh pun dari 12 episod. Hehehe...


Download kat website Heaven of Desires. Thanx admin HOD. Hujung minggu ni kita tengok yamapi jela ye.




mistulip: nape entah suka sangat ngan yamapi ni...

Tulip wedding cake


Assalamualaikum...

 Mari berangan lagi. Kali ni berangan nak tulip wedding cake nanti. Do want! Tak kisah macam mana design, asalkan ada bunga tulip. Boleh tak.


Yang ni cantik. Suci je warna. Tulip kembang pun ada.


Cantik jugak! Cuma tak berapa berkenan dengan warna hijau kek tu.

Cascade of tulips wedding cakes, cheap wedding gowns dresses

Dapat yang macam ni pun ok dah. Sweet and simple!


Yang ni macam tak berapa sesuai untuk kek kahwin. Tapi suka, penuh bunga tulip kat situ.


Cantik. Nampak mewah dan suka dengan susunan tulip yang macam ni. Boleh berangan jela...


Sweet sangat yang ni.


Kan dah excited. Haha. Kalau boleh memang nak kek ngan design bunga tulip nanti. Harap-harap tercapai la. Cuma kedai kek kat Besut macam tak banyak je yang boleh nak tempah kek fondant macam ni. Eh, tak banyak ke memang tak ada langsung ek. Sebab, selalunya tengok kat kedai-kedai tu macam kek krim yang biasa je ada. InsyaAllah ada kot.



mistulip: baru lepas submit paper untuk kali yang ke-4. moga tak ada yang ke-5...

Wednesday, February 22, 2012

Antara susu ibu dan susu formula


Assalamualaikum...

Ni anak-anak buah saya.

Eka 6 bulan

Eka, anak buah pertama. Dia sangat gemuk ok. Geram je tengok.

Akif 6 bulan.

Bila dapat anak buah ke dua, gemuk jugak. Huhuhu...

Dan setelah setahun, ni la yang jadi kat dua beradik ni.

Eka setahun setengah.

Eka bertambah gemuknya. Sihat sangat walaupun dia sangat aktif. Dan ya, dia memang obesiti. Sampai Dr. marah kat mama eka, suruh jaga pemakanan budak gemuk ni.


Akif setahun setengah.

Eh,eh...akif dah kurus...akif sekarang memang sangat kurus. Kadang-kadang macam kesian tengok. Tapi, nak dukung best la kalau banding ngan eka. Semua orang tak nak dukung dia sebab tak larat. Hahaha..

Nak tau macam mana boleh berbezanya dua beradik ni? Dua-dua gemuk masa baby, tapi bila dah besar sikit, sorang makin gemuk dan sorang lagi dah mengurus. Semua sebab susu. Eka dia ada G6PD, jadi masa baby dia tak boleh breast feeding sebab kesan ubat dalam badan mama dia boleh effect pada baby yang ada G6PD. Bila camtu, akhirnya susu ibu tak keluar pun dan eka memang tak nak langsung susu mama dia. Bahagia sangat dengan susu formula yang sah-sah banyak gula tambahan, sampai la sihat macam tu. 

Dan akif pulak yang memang tak ada masalah G6PD, sampai sekarang breast feeding. Masa mama dia pergi kerja je hisap susu botol, tapi tu pun dia tak nak sangat. Sebab tu la boleh kurus. Jadi, kalau tak nak anak obesiti, berusaha untuk breast feeding ye kawan-kawan. Wah, mistulip bercakap macam dah jadi mak orang, padahal kahwin pun tak lagi. Never mind, sebab mistulip sekadar nak berkongsi pengalaman yang menunjukkan kebaikan susu ibu.

Dua beradik comel di hari pertunangan saya!

Actually eka sekarang dah turun sikit berat dia, sebab dah tak minum susu sangat. Tapi yang ajaibnya, akif adalah seorang kanak-kanak yang banyak makan. Pantang tengok orang makan, semua pun dia nak jugak. Akif makan banyak boleh kurus, kalau lah mistulip pun macam tu, alangkah bahagianya =p




mistulip: i miss them...

Tuesday, February 21, 2012

Chemistry vs Chemical Engineering



Assalamualaikum...

I am very proud to be a chemical engineering graduate actually. Want to know why? Because the realization of CHEMISTRY is CHEMICAL ENGINEERING. 

Dulu selalu orang tanya, apa beza ambik chemical engineering dengan chemistry. Nak explain bukan susah sangat pun sebenarnya, tapi kalau orang yang bukan dalam bidang tu mesti tak berapa faham. Tapi satu je boleh cakap, tanpa kami siapalah mereka dan sebaliknya.


[picture]This is how we are different. The difference between a simple chemical reaction to a large scale production of a material. 

Tak sangka 4 tahun belajar benda yang complex, semata-mata nak realisasikan satu tindak balas kimia yang sangat simple. Malah lebih complex dari kat atas ni pun ada.Sekali tengok ABCD je, tapi kalau dalam large scale, mahu tak menangis nak siapkan projek. Yang paling menduga kesabaran mesti la final year project (fyp) masa tahun 4. Ditambah dengan kena siapkan tesis, tension dia memang terasa sampai hampir buat mistulip ubah fikiran tak nak sambung belajar lagi. Masih ingat entri ni dulu?

4 tahun yang penuh onak dan duri.  4 tahun yang menduga kesabaran. 4 tahun yang kalau main-main, memang tak boleh nak survive. Tapi sebenarnya tension buat masters yang belum tentu boleh siap dalam temph 2 tahun lagi menduga. Huhuhu. Ya Allah, permudahkan segala urusan hamba-Mu. Sabar, sabar dan terus sabar.

Konvo 7.8.10. Cuba teka mana saya?




mistulip: agak sedih sebab bakteria yang subculture semalam,tak hidup.

Monday, February 20, 2012

Saya nak jadi isteri solehah


Assalamualaikum...

Salah satu buku yang dibeli guna voucher 1M.

Isteri teladan igauan seorang suami...hehe, tajuk dia tak boleh tahan...


Kan dah nak jadi isteri orang, kena la tambah ilmu rumah tangga yang sepatutnya. Kisah-kisah isteri para rasul yang paling best baca. Ada yang buat mistulip kagum, ada yang sedih, ada yang syahdu, ada yang menginsafkan dan yang pasti banyak pengajaran yang mistulip dapat. Moga-moga mampu jadi isteri solehah nanti. InsyaAllah.





mistulip: voucher tinggal sekeping je lagi...

Wednesday, February 15, 2012

Review: Engagement outfit


Assalamualaikum...

Here it is my engagement outfit.

Peachy!

Semua dari baju, tudung, veil hatta head band beli yang dah siap kat kedai. Baju mistulip beli dekat myjan, butik kat Bangi area depan PKNS. Cerita pasal baju ni dah penah bagitau dulu kat sini. Simple je bajunya tapi suka dengan design yang serong berlapis kat bahagian bawah baju tu.

Baru nampak bahagian bawah baju yang serong berlapis ni. Suka!

Tudung pulak beli tudung awning kain  dari material chiffon kat pasar malam Bangi je. Murah pun murah kalau nak banding kat butik, kain padahal lebih kurang.Tudung ni kosong je sebenarnya, tapi masa pergi Sabak Bernam hari tu mistulip beli jugak batu tampal untuk tampal dekat awning dengan manik untuk jahit kat tudung tu. Dah tampal ngan jahit tu, jadi la meriah sikit.

Manik yang jahit kat bahagian bawah tudung. Masa ni tak siap lagi, lapisan bawah pun jahit jugak sebenarnya. Tapi bila dah siap, lupa pulak nak ambil gambar.

Veil pulak beli kat Nilai 3 dengan harga RM29. Harga asal RM30, minta kurang dari kedai tu sampai ke sudah dapat singgit je. Huhu. Head band yang macam spiderweb tu beli masa misi cari kain akad nikah kat Jalan TAR dulu. Tak mahal sangat pun dan tak kisah beli, nanti masa akad nikah boleh guna lagi. Adik-adik nak tunang ngan kahwin nanti pun boleh guna =)

Tu jela serba sedikit pasal outfit yang dipakai pada hari tersebut. Yang penting, baju tu nanti boleh pakai 
lagi. Senyum.




mistulip: kakak mistulip komen warna baju tu pucat. apa-apa jela, yang penting tuan punya badan puas hati kan?


Monday, February 13, 2012

Semester 3 dah...


Assalamualaikum...



Baru je register Semester 3. Waaa, takutnya. Sempat ke siap hujung tahun ni, dengan labwork asyik tergendala je. Sabarlah duhai hati. Perlukan lebih semangat dan kerajinan. Mesti!




mistulip: kata abah, tak siap lab, tak boleh kahwin...huhuhu...

Sunday, February 12, 2012

Kata kunci untuk bahagia?


Assalamualaikum...

Hari ni nak main buat karangan sambung-sambung ayat guna kata kunci. Kata kunci yang diberikan adalah:

Terus terang
Dengar
Terima
Fikir
Faham
Tenang
Percaya
Tolak ansur


Agak-agak boleh buat ayat apa ek dengan kata kunci kat atas ni. Mengada betul nak main sambung-sambung ayat pulak kan. Hehehe...ok, make sure amalkan apa yang tertulis kat bawah ni ek.

Sikap terus terang ke atas pasangan masing-masing perlu diamalkan. Dengar dengan teliti dan terima seadanya apa yang diperkatakan, fikir dengan mendalam dan bijaksana, faham setiap butir bicara dan teguran dengan tenang tanpa rasa marah serta percaya pada kejujuran yang diberikan. Dengan itu, perasaan tolak ansur akan hadir dan persefahaman dalam perhubungan pasti akan wujud =)


Hahaha..skema je ayat. Actually ni tips untuk berkomunikasi secara berkesan dengan pasangan masing-masing. Moga-moga bahagia. InsyaAllah. Pesanan untuk diri sendiri juga yang kadang-kadang emosi lebih merajai hati dan akal fikiran. 




mistulip: macam mana ye kalau hati sentiasa sensitif?

Friday, February 10, 2012

Mana satu pilihan hati?


Assalamualaikum...

Hari Jumaat bagi mistulip selalunya hari untuk berangan. Hahaha. Teruk betul. Tapi memang macam tu la selalunya, bila hari Jumaat je malas. Hari Isnin pun malas. Tak produktif langsung. Ok, stop membebel. 

Untuk big day mistulip nanti, setakat ni pilihan tema ke arah grey silver. Banyak-banyak kat bawah ni, yang mana ye cantik.

Grey silver and white.

Grey, silver and white lagi.

Ada unsur-unsur pink. Sweet tapi mesti mr.yakuza akan cakap NO! hehehe...

Unsur-unsur kuning. Cantik jugak.

Purple. Not bad.

Tiffany blue ke ni ek. Cantik!


Purple and pink tak kot. Dah ramai sangat orang buat. Ikutkan nak putih, tapi macam suram sangat pulak. Kuning ke tiffany blue? Dua-dua pun cantik, tapi hati nak putih. Hehehe, mengada betul. Nanti la bincang ngan mr.yakuza lagi.




mistulip: family semua tak setuju mistulip nak warna grey! dorang kata tak ceria langsung..hahaha...

Hukum menghebahkan pertunangan?


Assalamualaikum...

Zahirkanlah pernikahan dan sembunyikanlah pertunangan. Memang wajib disembunyikan ke? Nak tahu, jom baca ni.



Hukum Menghebahkan Pertunangan. Sekadar Ilmu Saya. (~.^)



Orang marah bila sebar(hebah) pertunangan. Kata itu salah di sisi Islam dan sebagainya. Orang persoal kenapa saya kata, hukum tidak patut sebar pertunangan itu bukan qat'ie. Saya pula, sentiasa berpegang bahawa, 'menghebahkan pertunangan' itu hukumnya harus. Tidaklah pula digalakkan, dan tidaklah pula jatuh kepada haram.

( أظهروا النكاح وأخفوا الخِطبة )

Terjemahan: (Zahirkanlah pernikahan dan sembunyikanlah pertunangan).

Hadith ini diriwayatkan oleh Ad-Dailami di dalam Musnad Al-Firdaus.
Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa hadith ini berstatus dhaif. Sheikh Al-Albani telah menyebutkan sedemikian di dalam kitabnya Silsilah Ad-Dho’ifah(no 2494) dan Dho’if Al-Jami’ Al-Saghir(no 922).

Ramai pula yang tersalah sangka, menyangkakan hadith di atas adalah hadith riwayat Ahmad daripada Abdullah ibn Zubair RA. Sedangkan, hadith riwayat Ahmad daripada Abdullah Ibn Zubair RA yang sebenar, yang dihassankan oleh Sheikh Al-Albani dalam kitabnya Irwa’ Al-Ghalil, hanya terdapat ayat:
"Iklankanlah pernikahan."

Tanpa menyebut pun: "Dan sembunyikanlah pertunangan."

Jadi, jelas bahawa, hadith tersebut do'if. Jelas kita nampak, yang dihassankan Sheikh Al-Bani pun hanyalah ayat: "Iklankanlah pernikahan." Al-Bani tidak pula menghassankan ayat: "Dan sembunyikanlah pertunangan."
Jelas di sini ya?

Orang akan kata pada saya, hadith do'if boleh juga pakai buat amalan. Betul. Tetapi yang saya belajar, hadith do'if tidak boleh dipakai untuk menetapkan hujah. Jadi, tak bolehlah marah orang yang sebarkan pertunangan, dan berkata bahawa itu bertentangan dengan Islam.

Maka pada saya, hukum menghebahkan pertunangan adalah harus. Buat tak mengapa, tak buat pun tak ada masalah. Ikut keadaan orang. Ada orang, dia perlu hebahkan pertunangannya. Takut ada orang lain mengorat, takut ada kawan pendam perasaan pada tunangnya lama sangat nanti sampai mereng bunuh diri ke apa ke bila tahu rupanya dia pendam perasaan lama-lama dekat tunang kawan dia, dan macam-macam lagi. Ada orang pula, dia rasa dia perlu sembunyikan pertunangannya, kerana takut hasad dengki orang dan sebagainya.

Jadi, benda ini(sebar pertunangan) adalah muhtamalah(optional, pilihan). Jangan kita selar yang hebah. Jangan kita selar yang tidak hebah.

Menguatkan lagi pandangan saya ini adalah fatwa daripada ahli majlsi fatwa Kuwait, Dr Ahmad Al-Hajji Al-Kurdi, yang menyatakan:

"Maka tidak ada halangan dalam mengisytiharkan pertunangan secara syarak, bahkan ianya adalah lebih utama(untuk diisytiharkan), kerana (hukum) asal bagi tiap-tiap sesuatu adalah harus, dan tidak datang nas yang menghalang (dari berbuat sedemikian)."

Rujukan: http://www.islamic-fatwa.com/fatawa/index.php?module=fatwa&id=4604

Dan begitulah juga fatwa di laman Islamqa yang diketuai Sheikh Muhammad Salih Al-Munajjid:

"Mengenai perbuatan sebahagian kaum Muslimin yang mengiklankan pertunangan serta menzahirkan kegembiraan(dengan mengadakan majlis),serta perbuatan memberi hadiah, adalah merupakan adat yang harus pada asalnya,dan tidak diharamkan ia, melainkan perbuatan-perbuatan yang diberi petunjuk oleh syarak akan keharamannya."

Rujukan: http://www.islamqa.com/ar/ref/20069

Orang melayu ini, dia adabnya lebih. Sebab itu dia lebih cenderung kepada sembunyikan pertunangan. Takut tak jadi katanya. Takut orang dengki katanya. Baik, itu satu alasan yang baik. Tetapi itu tidaklah menukar hukum yang sebenar. Akhirnya, terpulang kepada tuan punya tubuh untuk menilai keadaan diri sendiri bukan? ^^
Bukan orang lain berhak nilai benda itu untuk tuan punya badan yang hebahkan/tak nak hebahkan.

Kita janganlah sibuk compare mana yang lebih baik. Hebah lebih baik, atau tak hebah lebih baik. Ada situasi hebah lebih baik daripada tidak hebah. Ada situasi, tidak hebah lebih baik daripada hebah. Bila bendanya tidak qat'ie, tak bolehlah kita marah kepada orang yang pilih selain apa pilihan kita. Kecualilah, pilihan orang itu terkeluar daripada landasan syara'.

Saya ada kemungkinan silap di dalam hal ini, Saya mohon ada yang memberikan teguran jika saya silap. Actually, saya faham beginilah. Beginilah pegangan saya. Jadi kalau ada yang benar-benar boleh berikan dalil daripada Al-Quran dan As-Sunnah yang jelas, yang memang qat'ie, silakan. Semoga ini mencerahkan keadaan dan membersihkan pandangan.

Kesimpulan, saya berpandangan hukum menyebarkan pertunangan pada saya adalah muhtamalah(optional, pilihan), sebar bagi siapa yang rasa keadaannya patut sebarkan. Sembunyikan, bagi sesiapa yang rasa keadaannya patut sembunyikan. 

Sekian.

~ seorang hamba,
Hilal Asyraf
Pelajar Tahun Akhir,
Pengkhususan Usuluddin,
University of Yarmouk,
Irbid,
Jordan.

Share dari facebook Hilal Asyraf.


Jaga iman, jaga hati.


Mistulip pun dah lama fikir pasal benda ni. Kalau ikut keadaan sekarang, orang perempuan tak macam dulu, duduk kat umah dan tak perlu risau dengan keadaan sekeliling. Maksud mistulip, bila kat rumah peluang untuk dilihat oleh lelaki lain tu tak ada. Sekarang ni, zaman perempuan berpendidikan tinggi dan berkerjaya, sah-sah la akan berjumpa dengan bermacam-macam orang. Jadi, bila diketahui umum yang perempuan ni sudah bertunang, niat lelaki lain nak mendekati perempuan tu akan dapat disekat. 

Jadi, macam yang ditulis kat atas, ikut keadaan. Sembunyikan kerana ada hikmah disebaliknya. Kalau rasa perlu, hebahkanlah cuma jangan sampai keterlaluan. Wallahu'alam.







mistulip: cuma tukar status kat fb tanpa upload gambar, laki lain tak boleh ngorat saya dah. hahaha..bajet je...entri pasal tunang kat blog ni pun, berapa kerat sangat la yang baca..kira ok la tu kan..

Thursday, February 9, 2012

Baju kecik-kecik


Assalamualaikum...

Projek cuti Maulidulrasul dan Thaipusam.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ni orang panggil kain felt.


Bahan-bahan yang digunakan.



In progress.

Tadaaa...


Siap dah baju kecik saya. 


Ampaian yang kat atas tu adik mistulip yang buat. Yang I love my car tu baru mistulip punye. Cantik tak? Nak gantung kat cermin pinky nanti =) 

Actually tiru dari JajaKraf. Sangat adore dengan produk-produk yang JajaKraf hasilkan. Cute and sweet sangat.

Kemas je dia buat. Mistulip buat comot sikit, sebab kurang peralatan (alasan...huhu..)

Comey

Banyak lagi produk lain, kebanyakannya semua guna kain felt. 

Dan mistulip dalam proses buat 1 keychain bear ni. Design dan tampal-tampal dah siap. Cuma tunggu nak jahit dan masukkan fiber je. Malas je rasa nak siapkan sebab kat umah tu ada dua lagi novel menunggu untuk dibaca. Hahaha.



Bear mata terjojol. Hehehe..










mistulip: gambar tak cukup cantik, lighting kurang kot. malas nak edit...

Wednesday, February 8, 2012

Wedding Anis - 3 & 5 Feb 2012


Assalamualaikum...

Tahniah buat Anis & Zamani! Kita tengok gambar jela ek.

Akad nikah di Masjid TUDM Subang.

The bride.

Penyerahan mas kahwin.

Hantaran kedua-dua pihak

Majlis resepsi di Pusat Komuniti Bukit Damansara. Tema tradisional raja-raja dahulu kala.

Duit syiling emas. Coklat ni dah tak best la rasa dia, tak macam dulu.

The dais. Ni je yang jelas, yang lain semua tangan parkinson. Huhuhu.

4 dara pingitan bersama hidangan masing-masing.

Semua diminta berdiri. Raja dan Permaisuri sudah tiba.

The bride and groom.

Makan beradab.
 
Centrepiece ikan emas.

Guestbook corner. Suap-suap aiskrim gitu.

Photo booth corner dengan gambar-gambar pre-wedding. Nostalgia betul.

Wah, banyak betul mistulip upload gambar kali ni. Terlebih excited. Hehehe. Apa-apa pun, buat Anis & Zamani, semoga bercinta hingga ke syurga.


mistulip: terfikir macam mana wedding dream mistulip.

Friday, February 3, 2012

Review: Hantaran kepada pihak lelaki


Assalamualaikum...

7 hantaran dari mistulip kepada mr.yakuza.


Nampak tak bantal hantaran tu? Mistulip pernah buat entri pasal tu dulu kat sini. Tema mistulip actually peach and white. Tapi bila buat paper flower warna peach tu, warna tak naik suram je. Then, mistulip buat keputusan tambah paper flower warna oren. So, jadi la tema peach, orange and white!

Sirih junjung plastik. Hahaha.


Kek coklat tema peach and pink. 

Eh, tiba-tiba ada pink? Nanti mistulip cerita macam mana pink tiba-tiba termasuk sekali dalam warna tema dan ejaan nama dekat kek ni salah sebenarnya. Should be Norsyamimi & Abdullah. Orang asyik tulis salah je nama mistulip. Kalau dekat sijil pun macam tu jugak. Redha jela.


Buah-buahan. Warna dia membangkitkan selera kan? Ke mistulip je rasa camtu? Huhuhu...


Ni la sebabnya tiba-tiba warna pink termasuk dalam tema jugak. Nampak kertas yang balut ferrero rocher tu, warna pink kan? Warna peach dah habis masa mistulip nak beli tu, tinggal warna pink, merah, hijau dan warna-warna lain yang memang tak boleh digunakan. Disebabkan tu, mistulip gamble je ambik warna pink, sebab warna tu je la yang paling dekat dengan warna peach. Bila dah siap, cantik jugak (perasan). Untuk seimbangkan, sebab tu kek ada unsur pink dan mini pelamin pun mistulip banyakkan warna pink. Akhirnya tema dah jadi peach pink. Hahaha.

Sampin putih silver untuk akad nikah nanti. Lipat bentuk kipas je, senang. Sebenarnya takde idea nak gubah macam mana. Hehe.

 
Kain baju melayu untuk akad nikah. Mula-mula nak buat bentuk bunga, tapi susah sebab kain jenis tebal. Last-last buat macam bentuk kek, tapi jadi macam apa dah. 

Cuff watch. 1.50 PM. Masa ni pihak lelaki dah nak dekat nak sampai.

Puas hati sangat dengan hantaran yang digubah sendiri ni. Walaupun penat buat sorang-sorang kat rumah sewa tu, tapi bila ramai yang puji rasa sangat berbaloi. Untuk kahwin nanti, nak buat macam mana pulak ek. Idea belum ada =)




mistulip: malam ni seorang lagi kawan baik bakal jadi raja sehari.