Wednesday, February 1, 2012

Bateri kereta lemah selepas setahun?


Assalamualaikum..

Semalam mistulip sangat down. Punya la semagat berkobar-kobar nak pergi lab untuk buat labwork, tapi terbantut. Sebabnya pinky tak boleh nak start! Huhuhu...

Ini bukan pinky

Alkisahnya, mula-mula mistulip nak buka pintu tu, bila tekan butang hijau langsung tak bunyi pape. Dan sah-sah la pintu tak boleh buka. Masa tu dah mula cuak. Ingatkan mungkin kunci tu yang bermasalah, then buka la pintu secara manual. Pastu, masuk kereta dan start engine. Malangnya tak boleh start. Lampu dekat meter pun langsung tak nyala. Masa tu dah gelabah tak tahu nak buat apa. Sebab first time experience kot.

Last-last telefon dua orang kawan, diorang yang tolong. Mula-mula jump guna kereta Azi, saga flx. Lampu meter dah nyala, power window semua ok, tapi still tak boleh start. Then baru terfikir yang kereta Azi guna bateri kering, pinky lak bateri basah. Mungkin sebab tu tak boleh. Pastu baru jump guna kereta Ayu, pinky jugak. Sekali buat, terus boleh.

Dah boleh start cepat-cepat pergi Perodua suruh dorang check. Akhirnya kena tukar bateri baru. Sebab memang dah lemah. Kalau still guna bateri tu, mungkin akan jadi lagi dikemudian hari. Melayang la RM195 dan malangnya warranty baru je expired 20 hb hari tu. Hahaha. Kenapa la tak jadi awal sikit. 


Dan bila ditanya kenapa cepat sangat bateri dah lemah, orang perodua tu cakap normal. Maksimum tahan 2 tahun, biasa setahun ke setahun setengah dah lemah. Pastu dia cakap jadi macam tu sebab pinky kurang berjalan. Hakikatnya tiap-tiap hari kot pinky berjalan tapi jarak dekat-dekat je. Mungkin dia tengok mileage still lagi 14k sedangkan kena servis ke 20k bulan februari ni. Hahaha.

Betul ke macam tu ek? Entah-entah bateri tu memang tak ok kot kualiti dia. Nampak sangat la kurang arif pasal kereta.

Dan ada orang cakap RM195 tu mahal, patutnya dapat lagi murah. Mistulip dah minta diskaun pun, tak boleh nak buat pape jugak. Redha je la. Dan akhirnya pukul 3 petang baru sampai lab. Sah-sah la semangat hilang entah ke mana. Tambah dengan sakit kepala. Mungkin sebab benda yang dirancang tak jadi, terus buat emosi terganggu dan sakit kepala datang. Poor me.





mistulip: baru setahun kot kereta tu dah jadi macam ni...sabar jela...

2 comments:

Anonymous said...

kes yg jadi kat kereta my tunang lg best. Viva Elite.. Bateri belum habis warranty (setahun) lagi dah problem. g lah hantar kat perodua balakong. servis advisor check then bgtaw bateri lemah sbb x byk jalan, sedangkan setiap hari melebihi 50km kot. xpela, kita x arif sgt kan pasal keta..so ckp kat servis advisor tu yg nak claim warranty batery, tp dia ckp kena hantar ke vendor dlu untuk check (perodua bg pinjam bateri 2nd sbb kereta nk kena bwk balik jugak sementara beteri asal hantar check) yang best nye & aku geram ni servis advisor 2 ckp "otherwise you beli beteri baru lah" panas je dengar..kan2..xpelah, bg masa kat deorg utk hantar bateri ke vendor..mula2 tunggu 1 minggu, xde pape berita, bila call dia ckp prosedur 21 hari br dpt respon dr vendor. tunggu lah lg, lepas 21 hari pon x call inform pape. bila kita call, ckp xdpt dr vendor lg..ni dah dah 2 bulan bateri di "check". tup2 bila aku call parodua, dia ckp x boleh claim warranty plak..aku panas btol, then aku ckp aku nak jugak batery baru coz mmg layak utk claim warranty yg setahun tu..bila deorg berkeras, aku ckp yg akan akan tuntut melalui Tribunal Tuntutan Pengguna yg diuruskan oleh KPDNKK. aku skang masih dlm proses failkan tuntutan ni.. so kpd korg2 yg tekene kes mcm ni, bek go to Tibunal Tuntutan Pengguna k..jgn biarkan deorg mainkan kita, kita pon ada hak jugak k..

Mistulip said...

tula..mentang2 kita kurang knowledge psl kete, die main ckp je..xtau btl ke x..tp kete tunang u tu mmg xptt la sbb still dlm warranty..kete sy mmg xblh buat ape sbb jadi cmtu a week after warranty expired..huhuhu...