Friday, March 30, 2012

Paper quilling


Assalamualaikum...

Salam Jumaat semua! Sekarang ni memang ramai orang hiaskan wedding questbook guna teknik paper quilling kan. Mistulip pun nak jugak. InsyaAllah, nanti nak DIY guestbook guna teknik ni. Harap-harap rajin la kan. Kadang-kadang malas sangat nak menghadap kertas-kertas semua tu.

Bunga yang dihasilkan guna paper quilling. Credit picture to Claire.

Dan...hari tu cuba la buat quilling ni. Mistulip buat birthday card untuk en.tunang. Nak tengok ke hasilnya? Biasa je first trial ni. Ada yang ok, ada yang comot. Hahaha. Ok, here it is.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Love-love gitu. Hehehe..ni jela idea yang boleh dibayangkan pada masa tu. Ok tak? Sila cakap ok! Jenuh jugak la nak siapkan ni. Lepas dah buat ni, baru tahu kenapa wedding guestbook yang boleh ditempah tu agak mahal harganya. Memang boleh tahan sakit pinggang nak siapkan. Rasa sangat berbaloi dengan penat lelah sebab en.tunang suka dengan kad ni =)


Full front view. Front view je boleh tunjuk, isi dalam biarlah rahsia. Walaupun dalam pun ada jugak buat quilling ni, tapi segan la nanti kalau tunjuk ayat yang boleh buat semua orang muntah hijau. Hahaha. Just kidding, biasa-biasa je dalam tu cuma comot sikit. Tak yah lah tunjuk. 

Mistulip selalu tengok dua website kat bawah ni kalau nak dapatkan inspiration tentang paper quilling ni. Bukan setakat guestbook je boleh order, greeting card, rossette pun ada jugak.


Satu lagi! Claire sangat awesome buat craft guna teknik paper quilling. Belajar quilling ni pun tengok tutorial dari video yang Claire upload dekat youtube. Dekat blog pun ada tutorial jugak kat sini.

Banyak pulak mistulip promote. Takpe la kan, sharing is caring. Ok, bye.





mistulip: bakteria buat hal! dah tak nak hidup pulak...

Thursday, March 29, 2012

Penunjuk arah kiblat


Assalamualaikum...

Semalam gempar satu fakulti (tak la gempar sangat, saja nak hyperbola). Sebab tiba-tiba kiblat dekat surau perempuan dah bertukar. Dari kedudukan jam 12 ke 11 bertukar kedudukan ke jam 12. Tak ke haru, mistulip dah cecah 5 tahun solat kat fakulti dengan kiblat yang salah selama ni?

Brass Compass on an old cherrywood table Stock Photo - 6282802

Mula-mula masa solat Zohor, mistulip pelik sebab tengok ada yang solat kiblat lain dari kebiasaan (jam 12). Then, bila nak solat Asar, tengok penunjuk arah kiblat baru dah ditampal dekat dinding surau. Siap guna kertas warna merah lagi. Penegasan di situ ye.

Lepas tanya-tanya orang lelaki macam mana arah kiblat dekat surau lelaki, dorang cakap sama dengan kiblat yang dulu jugak (jam 12 ke 11). Dah kecoh-kecoh macam ni, baru la buat report dekat Biro Surau Fakulti. Ternyata dorang pun tak tahu. 

Jadinya mistulip tak puas hati la mana satu yang betul. So, search la kat google panduan arah kiblat.Then, jumpa website al-habib yang menyediakan cara praktikal menentukan arah kiblat dengan menggunakan Google map. Mistulip try buat dan ini hasilnya.


Fakulti Kejuruteraan dari satelit. Line merah tu la arah kiblat. 292.63 degree dari utara peta, bukan kompas.


So, betul la kiblat baru. Kalau dulu menyeget ke arah hutan belah kiri sikit, sekarang dah betul-betul tegak menghadap tasik. Macam mana Biro Surau boleh terlepas pandang benda-benda macam ni. Banyak darjah jugak bezanya.

Boleh jugak cari arah kiblat guna google earth macam kat entri ni.





mistulip: dah selalu sangat kan kes salah kiblat ni. hmmm...

Thursday, March 22, 2012

My adorable nephews


Assalamualaikum...

Dua minggu lepas family mistulip datang sini sebab attend majlis kahwin sepupu mistulip. Anak buah berdua tu pun mesti la ada jugak. Akif sekarang dah pandai. Dulu senyap je, takut je ngan orang tak berapa kenal. Sekarang bukan main lagi. Asyik gelak je. Eka pulak makin sombong. Orang tanya buat tak tahu je. Geram betul. Huhuhu...


Akif dan eka masa di i-city. Nampak kan bezanya. Akif muka excited, eka muka tak ada perasaan. Hahaha. Sekarang best jugak la i-city sebab dah ada funfair sume, tapi kena keluarkan duit la nak main benda-benda yang ada tu. Dulu macam bosan je kan, kira ok la sekarang..



Ni masa pergi rumah emapat musim kat Taman Botani Negara aka Bukit Cerakah. Musim bunga tau sekarang, cantik dan wangi je bau dalam rumah tu. Dan asal nak ambik gambar je, mesti akif akan duduk mencangkung macam ni. Abang dia pun jadi ikut sama. Last-last dua-dua mesti gelak. Macam sengaja je nak main-mainkan orang yang ambik gambar. Huhuhu...


Akif yang dah pandai buat muka bila ambik gambar. Tapi sangat cute!

Akif yang comot...makan sorang-sorang, tak nak kongsi langsung ngan orang lain...

Banyak cerita pasal akif je kan. Bukan apa, eka kan dah sombong. gambar dia semua tak ok, kalau ok muka macam tak ikhlas. Hahaha...Ok, tak ada apa dah nak cerita. Layankan jela mistulip membebel ni. Sejujurnya tengah bosan yang amat. Rindu pada akif dan juga eka. Sekian entri yang tak ada motif.





mistulip: tak sabar nak buat preparation for my big day, tapi macam tak tau nak mula dari mana...wuwuwu...

Wednesday, March 14, 2012

P.S. I Love You


Assalamualaikum...

Akhirnya, dapat jugak novel Cecelia Ahern ni. Suka!



Beli kat MPH Alamanda, pergi kali pertama hari tu semua stok dah habis. Ni baru ada balik. Terus ambik dua dan guna voucher yang terakhir. Tapi terpaksa la tambah sikit duitnya sebab lebih RM50 untuk dua novel ni. Many thanks to en. tunang sebab tolong bayarkan. Heeee...





mistulip: masih belum ada rezeki untukku...syukur dengan apa yang ada sekarang...

Friday, March 2, 2012

Bakteria oh bakteria!


Assalamualaikum...

Hari ni mistulip tak ada mood nak buat lab. Penat asyik berebut laminar flow dengan student undergrad yang tengah buat thesis sekarang. Tak apa la, hari ni rehat kejap. Hilangkan tension dengan update blog. 

[picture] Benda ni la yang direbutkan.

Actually, dah start buat antibacterial test. Agak messy la buat test ni sebab kena make sure agar tak beku before masukkan bakteria dalam agar dan lepas tu baru boleh pour dalam petri dish. Kena make sure agar tak panas sangat jugak sebab nanti tak hidup la bakteria saya. Huhu..So, tak boleh panas dan tak boleh beku. Sedangkan cepat je agar tu nak beku kalau tak berapa panas.

Jadi, tak boleh buat banyak dalam satu-satu masa. Dengan nak buat well 6 mm lagi kat agar tu. Memang messy. Cerita pasal well ni agak kelakar sebenarnya. Untuk antibacterial test ni mistulip guna agar-well diffusion method, instead of disc diffusion method yang dah banyak sangat orang buat termasuk la mistulip (buat masa undergrad dulu). Then, bila nak masukkan dalam thesis writing, jenuh la mistulip fikir dalam bahasa melayu apa maksud agar-well tu. Perigi agar? Telaga agar? Hahaha. Pelik benar bunyinya. 

[perigi+hang+tuah.jpg]
bukan perigi hang tuah ni ye...

Oh ya, untuk makluman UKM memang gunakan bahasa melayu dalam penulisan thesis walaupun ramai yang tak puas hati. Tapi, bagi mistulip bagus sebenarnya sebab masa kita nak translate ke bahasa melayu tu, kita akan baca betul-betul dan mesti la lebih faham. Eh, dah melalut ke tempat lain. Berbalik pada agar-well tadi, lepas tanya-tanya orang dan refer pada engineering dictionary, memang untuk well dia guna telaga. So, agar-well diffusion method becomes 'kaedah resapan telaga agar'? Walaupun agak pelik, tapi dah betul kot. Huhuhu.

So, dalam minggu ni cuma dapat buat 2 kali je test tu. Yang kali pertama, tak berapa ok resultnya. Yang kedua, kena ambik ukuran inhibition zone pukul 12 nanti. Harap-harap ok la ye. Moga dipermudahkan oleh-Nya.

Yeay, terbukti kesum boleh merencatkan bakteria.




mistulip: ye, walaupun chemical engineering, tapi research ni melibatkan bakteria jugak...jenuh nak belajar benda-benda ni dari budak biochem...huhu...

Thursday, March 1, 2012

Jalak


Assalamualaikum...

 Siapa Jalak? Ayam jantan kat bawah ni la Jalak. Hehehe....


Gambar yang mengingatkan mistulip pada satu kisah lama [sound effect lagu memori daun pisang] =)




mistulip: update blog sementara menunggu masa balik dari lab.