Friday, March 2, 2012

Bakteria oh bakteria!


Assalamualaikum...

Hari ni mistulip tak ada mood nak buat lab. Penat asyik berebut laminar flow dengan student undergrad yang tengah buat thesis sekarang. Tak apa la, hari ni rehat kejap. Hilangkan tension dengan update blog. 

[picture] Benda ni la yang direbutkan.

Actually, dah start buat antibacterial test. Agak messy la buat test ni sebab kena make sure agar tak beku before masukkan bakteria dalam agar dan lepas tu baru boleh pour dalam petri dish. Kena make sure agar tak panas sangat jugak sebab nanti tak hidup la bakteria saya. Huhu..So, tak boleh panas dan tak boleh beku. Sedangkan cepat je agar tu nak beku kalau tak berapa panas.

Jadi, tak boleh buat banyak dalam satu-satu masa. Dengan nak buat well 6 mm lagi kat agar tu. Memang messy. Cerita pasal well ni agak kelakar sebenarnya. Untuk antibacterial test ni mistulip guna agar-well diffusion method, instead of disc diffusion method yang dah banyak sangat orang buat termasuk la mistulip (buat masa undergrad dulu). Then, bila nak masukkan dalam thesis writing, jenuh la mistulip fikir dalam bahasa melayu apa maksud agar-well tu. Perigi agar? Telaga agar? Hahaha. Pelik benar bunyinya. 

[perigi+hang+tuah.jpg]
bukan perigi hang tuah ni ye...

Oh ya, untuk makluman UKM memang gunakan bahasa melayu dalam penulisan thesis walaupun ramai yang tak puas hati. Tapi, bagi mistulip bagus sebenarnya sebab masa kita nak translate ke bahasa melayu tu, kita akan baca betul-betul dan mesti la lebih faham. Eh, dah melalut ke tempat lain. Berbalik pada agar-well tadi, lepas tanya-tanya orang dan refer pada engineering dictionary, memang untuk well dia guna telaga. So, agar-well diffusion method becomes 'kaedah resapan telaga agar'? Walaupun agak pelik, tapi dah betul kot. Huhuhu.

So, dalam minggu ni cuma dapat buat 2 kali je test tu. Yang kali pertama, tak berapa ok resultnya. Yang kedua, kena ambik ukuran inhibition zone pukul 12 nanti. Harap-harap ok la ye. Moga dipermudahkan oleh-Nya.

Yeay, terbukti kesum boleh merencatkan bakteria.




mistulip: ye, walaupun chemical engineering, tapi research ni melibatkan bakteria jugak...jenuh nak belajar benda-benda ni dari budak biochem...huhu...

No comments: