Thursday, March 29, 2012

Penunjuk arah kiblat


Assalamualaikum...

Semalam gempar satu fakulti (tak la gempar sangat, saja nak hyperbola). Sebab tiba-tiba kiblat dekat surau perempuan dah bertukar. Dari kedudukan jam 12 ke 11 bertukar kedudukan ke jam 12. Tak ke haru, mistulip dah cecah 5 tahun solat kat fakulti dengan kiblat yang salah selama ni?

Brass Compass on an old cherrywood table Stock Photo - 6282802

Mula-mula masa solat Zohor, mistulip pelik sebab tengok ada yang solat kiblat lain dari kebiasaan (jam 12). Then, bila nak solat Asar, tengok penunjuk arah kiblat baru dah ditampal dekat dinding surau. Siap guna kertas warna merah lagi. Penegasan di situ ye.

Lepas tanya-tanya orang lelaki macam mana arah kiblat dekat surau lelaki, dorang cakap sama dengan kiblat yang dulu jugak (jam 12 ke 11). Dah kecoh-kecoh macam ni, baru la buat report dekat Biro Surau Fakulti. Ternyata dorang pun tak tahu. 

Jadinya mistulip tak puas hati la mana satu yang betul. So, search la kat google panduan arah kiblat.Then, jumpa website al-habib yang menyediakan cara praktikal menentukan arah kiblat dengan menggunakan Google map. Mistulip try buat dan ini hasilnya.


Fakulti Kejuruteraan dari satelit. Line merah tu la arah kiblat. 292.63 degree dari utara peta, bukan kompas.


So, betul la kiblat baru. Kalau dulu menyeget ke arah hutan belah kiri sikit, sekarang dah betul-betul tegak menghadap tasik. Macam mana Biro Surau boleh terlepas pandang benda-benda macam ni. Banyak darjah jugak bezanya.

Boleh jugak cari arah kiblat guna google earth macam kat entri ni.





mistulip: dah selalu sangat kan kes salah kiblat ni. hmmm...

No comments: