Friday, April 27, 2012

PAPA = MAMA



Hahaha. Funny. Love the last sentence 'Engineers are the species with solution of any problem'.  Jadi, bukan alasan nak mengeluh sini-sana macam saya ni. Setiap masalah ada penyelesaian. Moga terus tabah. I can do it!




mistulip: rindu nak balik kampung....=(

Monday, April 23, 2012

Pencarian penunu bunsen yang berhasil


Assalamualaikum...

Rentetan dari entri ini, dan jugak hasil dari presentation yang mencabar minda minggu lepas, mistulip nekad untuk beli sendiri penunu bunsen. Yes, I need my own bunsen burner. Malas nak tunggu beli guna duit geran semua, sebab super lambat so decided beli sendiri. Saya rela korbankan wang saya demi nak siapkan lab.

Target object yang dicari. Penunu bunsen yang selalu guna masa kat sekolah dulu. Dekat U, dah tak ada yang macam ni, semua guna yang ada hose sambung ke tong gas masak 14 kg tu. Huhuhu....

Dah desperate nak benda kat atas ni. Sebabnya dah tak sanggup berebut laminar flow dengan student undergrad, dah tak sanggup nak biarkan lab tertangguh-tangguh dan juga baru tahu nak buat ujian antibac atas bench macam tu je pun dah boleh. As long as ada api, bersihkan ruang kerja dengan etanol dan ianya bukan tempat laluan orang keluar masuk. No need laminar flow anymore. Kalau la tahu lama dulu lagi. Huhuhu, poor me. Ini la akibatnya kalau budak chemical tiba-tiba kena buat test bio, tak tentu arah jadinya.

So, pencarian bermula semalam di econsave sebab seorang senior ada bagitahu yang dia pernah nampak penunu bunsen untuk camping ada jual kat econsave. Cari punya cari tak jumpa, dan ternyata tak ada lepas tanya pekerja econsave tu sendiri. Kecewa itu pasti, sebab kalau boleh nak buat lab dengan jayanya bermula minggu ni jugak. Gantt chart pun dah agak drag, lari dari planning asal. Sekarang ni bukan mistulip yang ikut gantt chart, tapi gantt chat yang ikut mistulip. Hahahaha.

Kecewa dengan econsave, pencarian kedua hari ni di kedai barangan hardware dekat Hentian Kajang. Mula-mula punya susah nak terangkan penunu bunsen yang mistulip nak tu. Siap lukis semua, dia cakap tak ada tapi boleh order dengan supplier. So, tinggalkan je contact number bila dah ada, nanti tauke kedai contact balik.


Kecewa tak jumpa penunu bunsen sampai nak nangis dah. Ok, itu satu penipuan.

Tak puas hati, pergi lagi cari dekat Giant. Dan super excited sebab jumpa burner tu (untuk camping) walaupun tengok harga memang buat mistulip telan air liur. Tapi, malang sekali gas dia pulak tak ada, yang ada cuma saiz besar dan tak muat dengan corong burner tu. Fikir-fikir punya fikir, telefon kedai hardware tu balik dan tanya ada tak tong gas kecik. Tauke cakap ada dan dia siap hantar mms gambar gas tu. Memang lebih kurang sama dengan yang dicari. 

Bila difikirkan balik, kalau gas tu ada, means corong dia pun ada la. Jadinya, dengan semangat berkobar-kobar pergi la balik kedai tu dan rupa-rupanya dia punye burner bentuk macam pistol. Patut la bila mistulip lukis penunu bunsen macam kat atas tu dia kata tak ada. Then, terus beli dan ini lah 'penunu bunsen' saya walau pun bentuk dia lain sikit. 


Duk dalam kotak lagi. Gas dia mistulip beli satu lagi buat spare.

Asalkan boleh keluarkan api sudah. Perasaan sangat-sangat lega dan gembira sebab jumpa jugak akhirnya walaupun agak banyak duit dikeluarkan untuk benda ni semata-mata. InsyaAllah ikhlas dengan pengorbanan ni. Lagipun, boleh simpan buat harta sendiri. Mana tahu banyak kegunaannya nanti. Kalau guna duit geran, penat-penat cari, akhirnya kena tinggal dekat lab je. Ok, dah membebel. Tak sedar, entri dah 'ter' panjang. Hehehe.





mistulip: mari la kita rajinkan diri buat lab.

Friday, April 20, 2012

DIY Idea: Giant Hand Bouquet


Assalamualaikum...

Nak giant HB macam ni boleh tak? Waaa,jatuh cinta! Tapi should be giant hand flower, sebab sekuntum je. Hehehe...

diy-giant-paper-rose-02
credit pic to studiocastillero

Pelik ke ek? Bagi mistulip macam tak, tapi takut orang lain tak suka. Huhuhu. Tapi kalau kita dah suka, sepatutnya tak jadi masalah kan. Saya yang nak kahwin bukannya mereka. Hahaha, ayat jahat. 

Untuk DIY giant HB ni, boleh la ke website Greenweddingshoes.

diy-giant-paper-rose-18







mistulip: mood diy belum datang.

Pameran Pengantin - PICC, Putrajaya


Assalamualaikum...

7 April lepas mistulip ke Pameran Pengantin Malaysia 2012 kat PICC. Saja je pegi, tengok-tengok apa yang boleh dijadikan idea, nak buat tempahan semua tu memang tak la. Sebab kenduri kat Terengganu, mana mungkin nak guna vendor area sini kan.


Kalau macam OP ngan sewa baju tu mungkin boleh, tapi agak tak berbaloi sebab kena bayar transport untuk dorang lagi dan kalau baju pulak, membazir masa sebab perjalanan nak balik kampung dah memakan masa 2 hari pergi dan balik. Jadi, baik lah guna vendor kat Terengganu je.

So, pergi la saya ke sana tanpa ditemani encik tunang yang gigih bekerja, tapi ditemani 2 orang housemate merangkap ex-coursemate dulu. Masuk-masuk je dalam ruang dewan, BLUR. Tak tahu nak buat apa. Lalu je dekat booth, ampik pamphlet, dengar sikit-sikit apa yang dorang promosikan, tengok sikit-sikit apa yang ada. Kesimpulan - B O S A N. Sebabnya, boleh tengok je. Orang lain semua sibuk menempah sini sana dengan tunang masing-masing, siap ada yang parents pun ikut sekali. Huhuhu.

So, lepas habis je pusing satu dewan, kitorang terus balik tapi mesti la singgah Alamanda dulu. Jalan-jalan kejap, then balik rumah. Memang tak ada makna sangat, cuma ada la sikit ambik gambar.

Kad kahwin

Pelamin


Sangat-sangat nak giant paper flower tu dekat pelamin nikah nanti. Jom DIY!





mistulip: bukan senang nak prepare untuk majlis kahwin di zaman sekarang, ongkosnya perlu banyak.

Wednesday, April 18, 2012

Peti sejuk kami rosak


Assalamualaikum...

Hari ini sempena ulang tahun kelahiran mistulip, tamatlah sudah riwayat peti sejuk di rumah sewa. Orang sambut birthday, dia dah rosak pulak. Huhuhu...


Alkisahnya, semalam mistulip tak masuk lab, buat keje kat rumah je sebab esok ada progress meeting presentation. So, baik la siapkan slide di rumah saja. Padahal alasan sebab malas. Huhuhu. Tengah khusyuk menaip depan laptop, tiba-tiba dengar bunyi gedegang. Ingatkan ada barang jatuh, cari-cari takde. So, buat tak tahu je. Dua kali jugak la kejadian tu berlaku. Sampai naik risau jugak, mana tahu ada orang nak pecah masuk ke apa.

Sampai la petang, bila housemate dah balik, kitorang pun sibuk la dengan aktiviti memasak. Potong bawang, potong sayur, siang ikan. Ayat macam rajin sangat masak kan. Hehehe. Dan masa mistulip lalu depan peti sejuk nak ke dapur, bunyi tu kedengaran lagi dan obvious dari peti sejuk. Rupa-rupanya peti sejuk tu la yang buat bunyi misteri dari pagi. 

Malam tadi bunyinya makin tenat. Berdentum-dentam. Sampai bergegar-gegar peti sejuk tu. Kadang-kadang bunyi macam orang start motor pun ada. Setiap kali berbunyi, memang buat orang terkejut. Risau je takut meletup ke apa, paling kurang semua barang-barang dalam tu habis keluar. Hahaha, logik ke.

Memang dah boleh agak, riwayat peti sejuk tu takkan tahan lama. Mungkin gas dia dah habis, bocor atau compressor rosak ke apa mistulip pun tak tahu. Dan pagi tadi, sebelum keluar rumah, buka peti sejuk memang dah arwah. Langsung tak sejuk dah. Rupa-rupanya semalam bunyi-bunyian tu tanda dia nak rosak. Kasihan. 

Akak tuan rumah, sila la beli peti sejuk yang baru bukan beli yang second hand. Dah dua peti sejuk kot, asyik rosak je after seminggu guna. Eh, demand lak. Yela kan, dah bayar sewa mahal-mahal, nak tak nak je sediakan kelengkapan. Mengharapkan tuan rumah lebih serius jaga kebajikan kami penyewa ni. Kan saya dah membebel.






mistulip: slide dah siap!

Happy birthday to me!


Assalamulaikum...

Hari ni hari ulang tahun kelahiran mistulip yang ke........teeeetttt..Hahaha. Dah bertambah 1 lagi angka pada usia saya. Yang pasti saya tahu saya dah semakin tua. Eh, tak ada la tua sangat. Huhuhu.


Kata orang, usia sekadar angka. Tak semestinya bila muda, kita boleh alpha dengan tanggungjawab dan amanah. Dan tak semestinya bila tua, semua yang kita lakukan kita saja yang betul tanpa perlu mendengar nasihat orang lain. Usia sememangnya tak menjanjikan apa-apa. Yang utama, kematangan. Bagaimana kematangan dalam hidup mencorakkan peribadi kita.

Bila difkirkan balik, mistulip belum betul-betul matang dalam meniti kehidupan sendiri. Kadang-kadang mengeluh lebih banyak dari bersyukur. Kadang-kadang lebih banyak merungut pada sesuatu yang tak sepatutnya. Kadang-kadang emosi lebih menguasai akal fikiran pada dugaan yang melanda. 


Tapi sekurang-sekurangnya mistulip boleh bersyukur kerana masih diberikan nikmat oleh-Nya. 

Diberikan nikmat kesihatan yang berpanjangan berbanding mereka-mereka yang terlantar menderita di atas pelbagai penyakit. Moga-moga dipanjangkan umur untuk terus hidup di atas muka bumi ini.

Diberikan nikmat rezeki yang cukup berbanding mereka-mereka yang terpaksa menahan kelaparan kerana kemiskinan dan kedhaifan. Moga-moga dimurahkan lagi rezeki yang ada. 

Diberikan nikmat kasih sayang untuk menyayangi dan disayangi oleh keluarga, saudara-mara serta sahabat handai berbanding mereka-mereka yang kehilangan ibu dan ayah, mereka yang sebatang kara. Moga-moga dieratkan lagi silaturahim yang terbina. 

Diberikan nikmat akal dan fikiran sehingga sekarang ini mampu menyambung pengajian di peringkat sarjana. Moga-moga ilmu yang dituntut ini berguna untuk diri sendiri dan juga masyarakat. 

Dan yang penting sekali diberikan nikmat iman untuk menyembah-Mu Allah Yang Maha Esa, untuk terus menjadi khalifah di muka bumi ini dan untuk terus bersyukur atas nikmat-nikmat yang diberikan. Moga-moga iman yang sedikit ini tidak goyah, malah bertambah teguh dan kuat. 

Sesungguhnya aku bersyukur atas nikmat-nikmat yang diberikan-Mu ini. Moga aku terus menjadi hamba yang bersyukur. Amin. 

[Pantai Bagan Lalang] Setiap hari lebih menggembirakan dengan mereka, housemate yang awesome.






mistulip: moga dapat siapkan labwork masters sebelum hujung tahun 2012 dan dipermudahkan segala urusan perkahwinan.

Wednesday, April 4, 2012

Weekend with him


Assalamualaikum...

Hasil dari jalan-jalan cuci mata kat IKEA. Best!

Tak nak beli ke?Hehehe...

mistulip yang kononnya dah kepenatan sebab banyak jalan...






mistulip: dah dapat idea nak guna apa as dulang hantaran...nampaknya lepas ni kena ke IKEA lagi la =)