Wednesday, April 18, 2012

Happy birthday to me!


Assalamulaikum...

Hari ni hari ulang tahun kelahiran mistulip yang ke........teeeetttt..Hahaha. Dah bertambah 1 lagi angka pada usia saya. Yang pasti saya tahu saya dah semakin tua. Eh, tak ada la tua sangat. Huhuhu.


Kata orang, usia sekadar angka. Tak semestinya bila muda, kita boleh alpha dengan tanggungjawab dan amanah. Dan tak semestinya bila tua, semua yang kita lakukan kita saja yang betul tanpa perlu mendengar nasihat orang lain. Usia sememangnya tak menjanjikan apa-apa. Yang utama, kematangan. Bagaimana kematangan dalam hidup mencorakkan peribadi kita.

Bila difkirkan balik, mistulip belum betul-betul matang dalam meniti kehidupan sendiri. Kadang-kadang mengeluh lebih banyak dari bersyukur. Kadang-kadang lebih banyak merungut pada sesuatu yang tak sepatutnya. Kadang-kadang emosi lebih menguasai akal fikiran pada dugaan yang melanda. 


Tapi sekurang-sekurangnya mistulip boleh bersyukur kerana masih diberikan nikmat oleh-Nya. 

Diberikan nikmat kesihatan yang berpanjangan berbanding mereka-mereka yang terlantar menderita di atas pelbagai penyakit. Moga-moga dipanjangkan umur untuk terus hidup di atas muka bumi ini.

Diberikan nikmat rezeki yang cukup berbanding mereka-mereka yang terpaksa menahan kelaparan kerana kemiskinan dan kedhaifan. Moga-moga dimurahkan lagi rezeki yang ada. 

Diberikan nikmat kasih sayang untuk menyayangi dan disayangi oleh keluarga, saudara-mara serta sahabat handai berbanding mereka-mereka yang kehilangan ibu dan ayah, mereka yang sebatang kara. Moga-moga dieratkan lagi silaturahim yang terbina. 

Diberikan nikmat akal dan fikiran sehingga sekarang ini mampu menyambung pengajian di peringkat sarjana. Moga-moga ilmu yang dituntut ini berguna untuk diri sendiri dan juga masyarakat. 

Dan yang penting sekali diberikan nikmat iman untuk menyembah-Mu Allah Yang Maha Esa, untuk terus menjadi khalifah di muka bumi ini dan untuk terus bersyukur atas nikmat-nikmat yang diberikan. Moga-moga iman yang sedikit ini tidak goyah, malah bertambah teguh dan kuat. 

Sesungguhnya aku bersyukur atas nikmat-nikmat yang diberikan-Mu ini. Moga aku terus menjadi hamba yang bersyukur. Amin. 

[Pantai Bagan Lalang] Setiap hari lebih menggembirakan dengan mereka, housemate yang awesome.






mistulip: moga dapat siapkan labwork masters sebelum hujung tahun 2012 dan dipermudahkan segala urusan perkahwinan.

2 comments:

The ShomeL TwinZ said...

selamat hari lahir mistulip... :)
semga berbahagia dengan owg t'sayang...hihihii

mistulip said...

tq awak..